Entah kenapa baru-baru ini, aku bermimpi. Mimpi kembali lagi ke zaman persekolahan menengah aku. Bukan sekali, dua tiga kali ada rasanya. Lebih tepat lagi aku rindukan zaman tingkatan empat aku. Zaman itu lah zaman yang paling aku enjoy sekali. PMR sudah lepas, SPM lambat lagi, ditambah dengan keadaan aku yang berada di pertengahan remaja. Memang enjoy sakan. Istilah form 4 sebagai “Honeymoon Year” dan form 6 sebagai “Honeymoon Phase” memang digunapakai oleh kami semua. Bukan kami ya yang buat statement tersebut. Statement tersebut, cikgu-cikgu sendiri yang bagitahu kami.

Aku suka dengan budak-budak lelaki kelas aku yang kepala otaknya sorang-sorang gila-gila. Walaupun kami budak-budak lelaki cuma 8 orang, namun kami mampu control kelas kami daripada di-dominasi oleh budak-budak perempuan yang majoriti kelas kami. Kenangan kami yang tak berapa nak study dalam kelas dan cikgu-cikgu yang mengajar
kami time itu yang spoting, membuatkan aku ingin sangat sangat kembali ke zaman itu, walaupun dalam mimpi.

Ditambah pula dengan kelas kami yang berada di dewan exam, tiap kali budak form 3 atau form 5 akan menduduki exam, kami akan pindah kelas. Pindah kelas itu la bahagian yang paling syok. Sebab kami akan berpindah ke bilik Self Access Learning. Tempat tu memang strategik sebab bila kami pindah je ke situ, mesti cikgu akan lambat masuk kelas kami. So, aku memang suka. Kalau cikgu tak masuk kelas langsung lagi bagus. Dalam bilik itu juga lah kami main permainan yang pelik-pelik tatkala cikgu tiada. Hemisfera yang jadi perhiasan dalam bilik tu , kami cantumkan jadi bola. Batang penggulung kertas kami ambik buat batang pemukul (bat). Dengan menggunakan kerusi sebagai gawang gol, kami bertanding siapa yang dapat memukul “bola” hemisfera tu masuk dalam gol guna batang tadi dari jarak yang paling jauh, dia menang.

Aku rindukan kawan-kawan form 4 aku. Aku sebenarnya memang rindu sangat sekolah aku, seawal bermula persekolahan sesi 2010. 2009 adalah tahun terakhir di sekolah itu. Aku memang tak apply nak ke sekolah yang cluster walaupun result PMR aku agak ok kerana di sekolah itu banyak kenangan manis dan pahit yang aku dan kami semua harungi bersama-sama semasa adolescence kami. So sweet memories.

Buktinya aku begitu rindukan zaman itu waktu itu, aku coretkan rasa hati aku itu
dalam blog lama aku.

Petikan isinya adalah:

2010,
Kerinduan untuk kembali lagi ke sekolah,
Rindunya aku ingin berjumpa kawan-kawanku,
Rindunya aku dengan cikgu-cikgu,
Rindunya aku nak mencuci mata pagi-pagi melihat aweks,
Rindunya aku nak berpiknik dalam jamban sekolah,
Rindunya aku dengan Role-Call,
Rindunya aku dengan denda-denda yang pelik2-pelik dari guru-guru yang becking-becking,
Dah lama aku tak kena jemur panas kerana lewat ke sekolah,
Dah lama rambut afro aku tak kena hard-style-cut oleh Mr. Deris,
Dah lama aku tak dirotan di depan assembly,
Dah lama aku tak dengar bebelan Cikgu Nura pasal aku selalu je cari alasan nak ponteng kelas Bitara,
Dah lama aku tak dengar Cikgu Zarinah dan Cikgu Roslinor merungut pasal aku selalu buat dek aje dalam kelas,
Dah lama aku tak tengok Cikgu Teh, Cikgu Mariani dan Cikgu Zubaidah migrain pasal kami selalu je tak buat homework esp. PEKA,
Dah lama aku tak dengar ceramah daripada Cikgu … (rahsia!),
Rindunya aku pada semua itu,
Lama la jugak aku tak tengok bebudak ni tertonggeng-tonggeng disebat oleh Mr. Lokman pasal banyak sangat kes disiplin,
Lama la jugak aku tak rasa perasaan nak sangat berhajat tapi “bilik rehat” itu selalu berkunci 24 jam sehari,
Dan lagi,
Apa la agaknya keadaan member-memberku sekarang ni ya,
Lebih-lebih lagi, apa khabar junior-juniorku sekarang ni, sihat ke tak, okey ke, …semoga hepi sokmo!!!
Aku terasa sangat ingin mengecapi itu semua lagi,
Tapi tak mungkinlah,
Baru tahun lepas aku menamatkan Form 5 aku,
Kadang-kadang aku terasa hari-hari persekolahan akan kekal selama-lamanya,
Namun akhirnya akan juga menemui penamatnya,
Kepada kawan-kawanku,
Kita akan berjumpa lagi dilain masa,
Masa itu kita sudahpun dewasa,
Dan ingatlah,
Jika aku melupakan kamu, maaflah banyak-banyak,
Jika aku sudah lupa pasal kamu, sorry sangat-sangat,
Tapi itu adalah perkara yang sangat tidak ingin aku lupa,
Kerana kawan-kawanku are my golds.

perhimpunan smk wakaf bharu
Perhimpunan pagi kini hanya tinggal kenangan

Walaupun aku sedar bahawa zaman lalu tidak akan datang lagi dan kita tidak seharusnya menoleh ke zaman belakang, seharusnya kita pandang jauh ke hadapan untuk terus berjaya tanpa mensia-siakan zaman yang dilalui sekarang ini kerana ~

Past is History – Present is Gift – Future is Mystery

Kepada yang masih bersekolah, janganlah sia-siakan peluang kamu ini. Zaman sekolah hanya sekali. Zaman sekolah adalah zaman yang paling seronok. Seronok untuk belajar dan bersantai-santai. Di zaman sekolah ini adalah fasa dimana kamu perlu memahami erti hidup ini sebelum kamu melangkah ke alam yang lebih mencabar. Melangkah ke alam kolej dan universiti, di mana kamu akan mencoret dirimu untuk seterusnya melangkah ke alam kerjaya. Janganlah membiarkan usia muda kamu lalai dan tenggelam dalam mengharungi lautan remaja kamu. Janganlah sesekali ponteng kelas/sekolah tanpa sebarang sebab. Sesungguhnya alam sekolah hanya seketika. Enam tahun sekolah rendah, dan tujuh tahun jika termasuk tingkatan enam di sekolah menengah. Cepat atau lambat masa persekolahan berlalu, kamu enjoy atau sebaliknya alam sekolah kamu, nikmat atau catastrophe bagi kamu, hakikatnya, ia akan pergi dalam sekelip mata. Samada kamu lalui hari-hari dengan suka ria dan kejayaan exam etc. Samada kamu lalui hari-hari dengan duka cita dan result exam yang kurang memuaskan etc. Kamu harus hargai zaman ini yang dianugerahkan kepada setiap orang sekali dalam seumur hidup. Kalau kejayaan menemani persekolahanmu, teruskan untuk lebih berjaya lagi. Kalau kedukacitaan menemani pembelajaranmu, carilah di mana silapnya untuk baiki pencapaian kamu. Semoga berjaya dalam hidup anda.

Renungkanlah. Sebuah pesanan drpd seorang yg telah mengharungi alam persekolahan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *