Ini adalah resepi rekaan aku untuk menghasilkan sajian telur dadar yang gebu dan kembang.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
-telur sebiji
-tepung gandum 1 sudu
-bawang merah seulas
-cili sebiji
-sedikit garam
-sedikit pati ayam
01. Pecahkan telur, pukul hingga sebati.
02. Masukkan tepung gandum. Pada mulanya aku nak taruk tepung jagung, tapi takde kat rumah aku, so aku hentam gandum je lah. Satu sudu jer tau, jangan banyak. Karang telur dadar entah ke mana, lempeng pulak yang jadi.
03. Masukkan sedikit garam dan sedikit pati ayam, dua-dua masin so pastikan masukan sedikit sahaja. Pukul hingga sekata.
04. Hiriskan bawang dan cili, kalau nak pedas, pakai cili api atau cili padi. Bawang dan cili ni bergantung atas bilangan telur, kalau telur dua biji, mereka pun kena la dua bijik juga, bagi balance.
05. Kalau ada rasa nak tambah rencah lain yang dirasakan sesuai, silakan. Nak masukkan biskut meri pun takpe. Kalau aku, ramuannya dah lengkap..
06. Sedia untuk digoreng, bila menggoreng anda akan dapati telur mengembang. Bila masak, warnanya kuning keemasan dan sedap dimakan.
Selamat mencuba.