Saya sudah memindahkan blog dari domain tojiali.com kepada domain sanazi.my ini yang dibeli daripada KedaiDomain.my. Selain itu blog ini juga dihoskan di hosting NetKL. Maka eloklah saya buat panduan untuk membeli hosting daripada NetKL, antara hosting provider terbaik yang ada di Malaysia.
Panduan membeli hosting NetKL
1. Mula-mula sekali pergi ke website NetKL dan pergi ke pautan View Hosting Plans.
2. Pilih pakej yang ditawarkan. Setiap pakej menawarkan satu domain name percuma .com/.net/.info/.org sahaja. Domain name ini percuma selagi mana anda renew pakej hosting ini. saya pilih pakej myGold, dapat host domain percuma tadi bersama-sama 2 lagi domain name tambahan . Sudah pilih klik pada butang Order Now di sebelah kanan pakej yang telah dipilih.
(Update: NetKL sudah mengemas kini spesifikasi pelan hosting mereka. Harga tetap sama tetapi spesifikasi telah ditingkatkan – Jumlah addon domains yang lebih banyak, saiz storan yang lebih besar, quota pindahan data bulanan yang lebih besar dan sebagainya. Memang sangat berbaloi.)
3. Pilih option I want NetKL Hosting to register a new domain for me. Ini langkah untuk claim free domain yang ditawarkan. Kalau pilih selain yang ini, rasanya tawaran free domain burn lah rasanya. Mana-mana hosting sekalipun, free domain mestilah jadi primary/main domain untuk hosting yang dilanggan.
4. Product configuration. Sekali lagi senarai features seperti transfer/bandwidth, hard disk space, database, jumlah domain can host, etc akan dipapaparkan. Juga boleh pilih billing cycle, kalau pilih 2 tahun jimat RM5. Sekiranya setuju dengan apa yang ditawarkan, klik Add To Cart untuk proceed.
Optional, boleh tambah Privacy Protection berharga RM15 setahun. Kalau tak ambik, nanti maklumat yang didaftarkan nanti akan publicly visible di carian WHOIS. Takde masalah pun sebenarnya, untuk elakkan spam, boleh gunakan email dan nombor telefon yang jarang digunakan. Alamat boleh pakai alamat rumah sewa dan lain-lain. Klik pada Update Cart.
5. Teruskan dengan klik pada Checkout.
6. Untuk new customer, isikan borang yang disediakan. Returning customer boleh terus log masuk dan proceed.
Proses membuat bayaran dan tindakan lanjut
7. Seterusnya invoice akan dikeluarkan. Jumlah yang perlu dibayar dan nombor akaun bank penerima akan diberikan. Sila rujuk panduan membuat pembayaran online untuk panduan bayaran online dengan Maybank2u. Boleh jugak nak bayar dengan mesin ATM/CDM atau PayPal (not recommended sebab kena caj extra).
8. Selepas selesai buat bayaran, bagi mereka masa untuk setup akaun hosting anda. Email yang mengandungi username dan password untuk akses CPanel akan diberikan.
9. Akses ke CPanel melalui URL yang diberikan ataupun www.namablog.com/cpanel lalu masukkan username dan pasword yang diberikan.
10. Sudah boleh install WordPress atau software lain dengan script installer Softaculous. Boleh juga tambah addon domain dan pindahkan blog lama ke hosting baru di NetKL ini. Tapi sebelum tambah addon domain, jangan lupa point domain name lama ke server NetKL.
Tutorial setup domain name biasa (gTLD) point ke server baru dan setup blogspot.
Tutorial setup domain .MY (ccTLD) point ke server baru.
Tutorial pasang WordPress.
Diharap tutorial ini bermanfaat user baru yang belum biasa dengan hosting dan blog WordPress.
[…] berkaitan: Beli domain name daripada NetKL Beli hosting dapat percuma domain name daripada NetKL Daftar domain name percuma Freenom Daftar hosting percuma […]
[…] Entry berkaitan: Tutorial setup domain name MyNIC (dot MY) untuk kali pertama (coming soon) Tutorial pembelian hosting NetKL dapat percuma satu domain name […]
[…] Tutorial untuk setup domain name dengan NetKL sudah dipindahkan ke artikel yang lain. Tutorial beli web hosting NetKL. Tutorial beli domain .MY daripada kedaidomain.my. (coming soon) Tutorial setup domain […]
[…] dengan OK, hanya masalah hosting sahaja. Apa hal pulak dengan hosting yang aku pakai (NetKL) ni. NetKl antara hosting terbaik Malaysia yang jarang ada masalah downtime. Bila aku check sepintas lalu […]
[…] sebarang usaha untuk bersihkan kembali namanya. Beberapa hari yang lalu terdapat masalah dengan hosting NetKL. NetKL telah pindahkan kesemua blog-blog dan laman-laman web pelanggan dari server asal ke server […]
[…] saya juga ada langgan beberapa hosting lain daripada NetKL untuk buat side projects lain. Malangnya semuanya hangat-hangat tahi ayam, minggu pertama sahaja […]
[…] Kalau berminat dengan NetKL, boleh cuba baca panduan daftar dan setup WordPress di hosting NetKL. […]