• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

You are here: Home / Pelbagai / Selamat Tinggal NetKL

Selamat Tinggal NetKL

05/08/2021 by Toji Ali Leave a Comment

Assalamualaikum semua. Sudah lama saya tidak muat naik sebarang artikel baru sejak September 2020. Ini adalah artikel pertama untuk tahun 2021, setahun selepas artikel terakhir.

Setahun tidak menulis artikel, bermakna setahun juga kos sewa hosting dan domain name dibayar tapi disia-siakan.

Sejak beralih daripada platform Blogger/Blogspot ke self-hosted WordPress ini, sudah macam-macam hosting saya cuba sebelum kekal dengan NetKL. Namun saya merasakan sudah tiba masa untuk saya cari rumah yang baru untuk blog saya ini.

Macam-macam yang saya tidak puas hati dengan NetKL, antaranya:

  • Domain name percuma yang saya pilih ketika daftar hosting tersebut ialah domain .net namun kini tidak lagi ditawarkan secara percuma. Kalau mahu kekalkan domain itu saya perlu bayar RM45. Terpaksa saya pilih domain .com pula.
  • Asalnya, hosting saya ada recurring discount RM10 setiap kali renew. Namun selepas kejadian di atas, mereka memberikan invoice baru tanpa diskaun RM10 itu. Saya malas untuk bertanya lebih-lebih sebab saya renew ketika malam raya, hampir tengah malam, support agak perlahan ketika itu, jadi redha je lah.
  • Kini, domain name tidak lagi diberikan secara percuma kepada pelan-pelan hosting NetKL kategori basic. Jadi invoice saya kembali dikira untuk kos hosting dan domain name.
  • Blog saya kurang trafik tapi banyak kali juga downtown yang dilaporkan oleh plugin Jetpack monitor.
jetpack downtime monitor
Blog saya down 🙁

Saya rasa cukuplah sebab untuk saya angkat kaki dari NetKL dan memilih alternatif lain.

Sejujurnya, saya beredar bukan sebab benda yang buruk dari pihak NetKL, lebih kepada saya ingin mencuba hosting yang lain pula, jika hosting lain lebih buruk, pasti saya akan kembali ke NetKL.

Sebab kenapa saya mahu beredar tapi tidak semestinya sebab perkara buruk di pihak NetKL:

  • Meminta domain name percuma untuk kos hosting RM100, saya rasa memang tidak wajar kerana harga domain name semakin lama semakin naik harga, jadi saya faham memang patut domain name percuma tidak diberikan lagi. Harga hosting dan domain name yang ditawarkan oleh NetKL antara yang murah di Malaysia, boleh cuba banding dengan penyedia-penyedia lain.
  • Downtime yang saya alami bukanlah terlalu banyak sehingga langsung tidak boleh diakses dan buat saya tawar hati. Sekali sebulan atau beberapa bulan sekali, dan selalunya untuk beberapa minit sahaja. Dengan apa yang saya bayar, rasanya downtime sebanyak itu bukan masalah besar.

Kalau berminat dengan NetKL, boleh cuba baca panduan daftar dan setup WordPress di hosting NetKL.

netkl
Serendah RM60 setahun

Apa-apa pun, pilihan sudah dibuat. Saya mahu cuba hosting yang lain. Kini saya sedang bereksperimen dengan hosting percuma Google.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Pelbagai Tagged With: NetKL, web hosting, Wordpress

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • TP-LINK TL-MR100 4G Router (Unboxing, Setup & Test)
  • Unboxing 70mai Jump Starter & Test Jump Start Kereta
  • Panduan Aktifkan DNSSEC Domain Name MYNIC .MY Dengan CloudFlare
  • Pengalaman Mengundi Pilihan Raya
  • Dapat Akses Kembali Ke Akaun Oracle Cloud

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (30)
  • Blogging Tutorial (8)
  • Buat Duit Online (9)
  • Catatan Harian (75)
  • Pelbagai (1)
  • Pengalaman Menggunakan Servis & Produk (2)
  • Review Gadget (4)
  • Semakan (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in