TP-LINK TL-MR6400
TP-LINK TL-MR6400

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah lama benar aku abaikan blog ini. Minggu lepas, aku terima sepucuk email daripada NetKL kerana domain name asal untuk blog ini (www.tojiali.com) sudah hampir expired. Rasanya baru sahaja aku renew domain ini, sudah perlu renew lagi. Sebab blog langsung tak disentuh, walaupun sudah setahun tapi rasa masih baru. Domain name www.tojiali.com itu memang langsung tidak disentuh setelah blog ini menggunakan domain name www.sanazi.my. Kalau difikir-fikirkan balik, rugi je bayar tiap-tiap tahun tapi langsung tak dipakai, lebih-lebih lagi kalau domain .MY ini yang berharga lebih kurang RM120 setahun, itu belum campur GST lagi tu. Nasib baik aku beli domain name ini ketika ada promosi. Jadi daripada membazir bayar tak digunakan, baiklah aku buat posting secara ala kadar di blog aku ini.

Untuk post ‘comeback’ ini, aku nak story serba sedikit tentang sebuah modem 4G atau 4G router yang aku beli baru-baru ini. Peranti ini adalah jenama daripada TP-LINK yang menyokong slot untuk simcard 4G telefon. Modelnya ialah TP-LINK TL-MR6400.

TP-LINK TL-MR6400
TP-LINK TL-MR6400

Sometimes sh^_^t happens

Sebelum itu, lebih kurang sebulan sebelum aku beli yang jenama TP-LINK ini, aku beli portable 4G modem jenama Tenda, model Tenda 4G185. Asalnya memang aku nak beli yang TP-LINK tapi sebab yang Tenda ini mudah alih, lebih murah dan pakai bateri jadi tak perlu nak pasang plag sepanjang masa. Namun nasib aku agak malang, beli-beli terus rosak. Daripada nak jimat duit, RM300 yang dikeluarkan terus masuk longkang.

Tenda 4G185
Tenda 4G185

Alhamdulillah, 4G Router TP-LINK ini berfungsi dengan baik seperti yang aku harapkan. Lepas kejadian modem rosak tu, aku dah jadi trauma nak beli yang baru. Beli karang kalau rosak jugak, tak ke rabak jiwa dan ragaku ini haha. Patutnya aku beli terus jenama TP-LINK ni, TP-LINK memang sudah banyak berjasa pada aku. Tenda ni jenama entah apa-apa entah, aku tak pernah dengar pun.

Tujuan beli

Tujuan aku beli 4G router ini adalah untuk dijadikan modem untuk pelan internet alternatif bagi menggantikan YES 4G yang akan aku terminate dalam masa terdekat. Jadi sebelum terminate, aku kena pastikan dulu liputan dan kelajuan penyedia internet yang baru. Pilihan pertama adalah Digi dan Maxis. Aku plan nak langgan pelan Digi Broadband yang RM100, dapat 40GB quota dan 60GB quota untuk streaming. Dan juga tidak menolak kemungkinan untuk langgan Digi Infinite RM150 sekiranya liputan dan kelajuan cun melecun. Kalau langgan Digi tanpa ambik modem, tak perlu kontrak kecuali yang Digi Infinite. Pilihan kedua sekiranya Digi tidak memuaskan adalah Maxis. Maxis tak perlu disangkal lagi memang penyedia internet terbaik untuk kawasan rumah aku. Maxis pun sama juga, kalau tak ambik modem jadi tak perlu kontrak.

Sebelum beli modem ini aku dapati pelan Hotlink Fast 3.0 edisi Pantai Timur, Sabah dan Sarawak agak menarik untuk dicuba. Maka aku turut beli starter pack untuk pelan Hotlink Fast yang ini. Niat asal untuk test Digi entah kemana, tapi akan menyusul selepas ini. Sekarang nak test samada dengan hanya langganan internet prabayar RM45 sebulan, penggunaannya mampu bertahan selama sebulan tanpa sebarang keperluan untuk topup quota. Ada harapan untuk aku bertukar semula daripada internet pascabayar kepada prabayar setelah sebelum ini aku agak berjaya dengan Celcom Internet Burung Hantu. Lagipun, kalau aku stay dengan prepaid, aku akan dapat rebat setiap kali topup.

Hotlink Fast
Pek permulaan Hotlink Fast

4G router TP-LINK ini aku beli dengan harga RM418 daripada kedai komputer terdekat, kalau beli online mungkin dapat murah lagi. Ada satu lagi model yang lebih mahal sikit dalam RM460+- camtu. Tapi beza dia hanya pada kelajuan dan jarak coverage WiFi sahaja. Kalau aku yang cucuk cable Ethernet terus, yang ini sudah memadai.

Packaging dan ciri-ciri TP-Link TL-MR6400

Yang disertakan dalam kotak bungkusan ialah modem itu sendiri, dua batang antenna, plag, kabel ethernet, risalah panduan dan juga dua keping simcard adapter untuk simcard saiz nano dan micro.

Pada bahagian atas modem terdapat lampu-lampu indikator bagi power, sambungan internet, isyarat 4G, WiFi, ethernet dan juga kekuatan isyarat (4 bar).

TP-LINK TL-MR6400
Indikator yang terdapat pada bahagian atas router

Pada bahagian bawah modem terdapat nama SSID (nama WiFi) dan juga kata laluan default untuk sambung ke line modem ini. Sambungan tanpa kata laluan juga disokong dengan fungsi WPS. Kedua-dua ini boleh diubah dengan mengakses ke 192.168.1.1.

Pada bahagian belakang terdapat lubang power cable, butang power, butang WPS, butang on/off WiFi, slot simcard saiz standard, 4 port untuk sambungan kabel dan juga tempat untuk pasang antenna.

TP-LINK TL-MR6400
Slot dan butang yang ada pada bahagian belakang

Penggunaan kali pertama

Sebelum masukkan simcard, pastikan simcard sudah dipasang pada adapter yang disediakan sekiranya simcard bukan saiz standard. Kalau gunakan adapter asal simcard juga boleh rasanya, asalkan simcard saiz standard. Masukkan simcard pada adapter yang disediakan dan ‘gam’ simcard pada adapter tersebut menggunakan pelekat yang disediakan.

Untuk masukkan simcard, pastikan bahagian cip simcard menghadap ke bawah dan tolak masuk simcard sampai dia bunyi ‘klik’. Sama macam cara pasang memori kad micro-SD pada slotnya.

netkl-banner
Blog ini dihoskan oleh NetKL

Hidupkan plag dan tekan butang power, tunggu dalam 10-20 saat sehingga modem hidup sepenuhnya berserta dengan lampu-lampu indikasi yang berkaitan menyala. Yang bestnya, modem ini plug and play. Tak payah setting apa-apa, terus masuk simcard dan sudah boleh guna, sama macam smartphone jugak.

Spesifikasi 4G router TP-Link TL-MR6400

Modem ini menyokong kedua-dua gelombang 4G TDD dan FDD. Jadi nak pakai simcard YES boleh (YES/Webe pakai gelombang TDD), nak pakai simcard Maxis/Digi/Celcom/etc pun boleh (telco lain pakai gelombang FDD).

Berikut adalah spesifikasi lengkap untuk model 4G router TP-Link ini. Sumber daripada laman web TP-Link.

TP-Link TL-MR6400
Specs lengkap TP-Link TL-MR6400

So far aku rasa modem ini berfungsi dengan baik. Speed laju bergantung kepada liputan simcard yang dipakai. Masa mula-mula test, aku buat speedtest menggunakan cable dan WiFi, hasilnya adalah sama sahaja.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

4 thoughts on “TP-LINK TL-MR6400 4G Router”
  1. Berapa ratus harganya bro? kalau tempat coverage 4G ok lah. Kalau masuk kampung sikit naya..

    Aku pun tengah survey Modem router baru ni, sebab nak upgrade pakej internet.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *