Modem luaran TP-Link adalah salah satu penyelesaian untuk laptop modem lemah.

TP-Link External Modem
Kotak packaging model TP-Link yang aku beli
TP-Link External Modem
Serba sedikit maklumat di bahagian belakang kotak

Disebabkan modem laptop aku yang terlalu lemah, terpaksa lah beli external modem. Patut la harga laptop dulu murah, tengok spec dah ok, tapi modem punya stregth hampeh.

Masa duduk kat kolej dulu, memang sakit kepala dan sakit hati sebab laptop orang lain boleh connect internet tapi laptop aku jer yang tak boleh. Sampai terpaksa pinjam roomate punya external modem, thanks bebanyak, kalau tak, memang tak blogging la aku. Rujuk sini dan sini. Roomate aku pulak tak beli yang lain, yang memang sedut signal kaw-kaw punya.

External modem yang aku beli ni adalah yang sebijik yang roomate aku bagi pinjam dulu. Jenama TP-Link. Model TL-WN822N. Nak beli yang lain tak tahu menjadi ke tak. So, baik beli model yang dah pernah guna, komfem boleh pakai.

Apa yang aku boleh kata ialah memang berbaloi beli menatang ni. Kepada mereka yang punya problem modem laptop yang lemah, kita sama, so, jangan ragu-ragu untuk beli benda ni atau yang sewaktu dengannya, memang berbaloi-baloi.

Dulu, member boleh connect internet, laptop aku tak boleh, dammit, diorang siap mengejek lagi, tapi sekarang diorang siap cakap, aku dah ada ‘senjata’. Dulu asal pegi library jer, kadang-kadang boleh connect, kadang-kadang tak boleh,
Sekarang ni, tak kisah orang kat sana ramai ke sikit, speed steady je.

Harga dalam RM70 jer. Aku beli kat BHL kat depan kampus UPSI je. Sem lepas aku tengoh harga dia dlm RM70, sem ni, bila aku nak beli tengok harga, mak ai, dalam RM100. Lepas tu siap tulis “Promosi: RM70”. Tektik ke apa ni? Kalau dah 70 tu, xyah la nak kelentong harga RM100 tapi bagi diskaun 30%.. Tektik yang memang puiih!

Kalau nak beli yang ni, aku rekomenkan, install driver jer, software dia jangan install. Nak connect, connect macam biasa, tak payah pakai software dia. Sebab problem bila guna software dia, windows sentiasa akan lost focus, maksudnya, kalau korang tengah main game mode fullscreen, tiba-tiba dia akan terpadam dan paparkan desktop. Macam ni memang potong mood la kan.

TP-Link External Modem
Connect macam biasa tanpa perlu guna software TP-Link

Ni adalah specs ringkas daipada kotak packaging:

Standards: IEEE 802.11 b/n/g
Interfaces: Mini USB
Freq. Range: 2.4~2.4835 GHz
Wireless Data Ranges: Up to 300MBPS
Antenna: Dual 3dBi External Antennas
Security: WEP, WPA/WPA2, WPA-PSK/WPA2-PSK Encryptions
Green LED status indicator
Working OS: Windows XP/Vista/7/8
Operating Temp.: 0-40 darjah celcius (32-104 darjah farenheid)
Operating Humidity: 10%~90%RH, Non-condensing
Dimensions (WxDxH): 3.5 x 2.5 x 0.7 inchi (90x68x16.8mm)

TP-Link External Modem
Kalau tak pakai, langsung tak boleh connect
0 thoughts on “TP-Link Penyelesaian Laptop Modem Lemah”
  1. […] rosak jugak, tak ke rabak jiwa dan ragaku ini haha. Patutnya aku beli terus jenama TP-LINK ni, TP-LINK memang sudah banyak berjasa pada aku. Tenda ni jenama entah apa-apa entah, aku tak pernah dengar […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *