Kepada yang ingin membuka akaun myBSN (BSN Online Banking) untuk kali pertama, di sini aku tunjukkan secara ringkas langkah-langkah yang perlu diikuti.
Keperluan untuk BSN Online Banking
1. Akaun BSN
2. Kad ATM
3. Nombor i-PIN (sila daftarkan di mesin ATM)
4. Nombor telefon anda (sila daftarkan di mesin ATM)
Langkah-langkah pendaftaran myBSN
1. Pergi ke laman pendaftaran kali pertama myBSN.
2. Skrol sampai ke bawah (dan sila baca) Terms & Conditions. Klik pada radio button “Accept” dan klik “Next”. (Tak skrol T&C, butang Next tak boleh ditekan)
3. Masukkan nombor kad, nombor CVV2, tempoh sah laku dan nombor IC.
4. Seterusnya korang akan diberikan borang untuk isikan nama dan maklumat yang lain termasuk meminta nombor telefon yang telah didaftarkan di mesin ATM. Kod keselamatan juga akan dihantar kepada nombor tersebut semasa dalam proses pendaftaran.
5. Korang mungkin perlu login terlebih dahulu selepas selesai proses pendaftaran untuk teruskan ke myBSN.
6. Jika korang dapati nombor akaun korang tidak disenaraikan pada ruangan Account Overview, sila ke Profile Management > My Registered Account dan klik pada Update Account List.
Aku dapati lepas klik pada Update account List, nombor akaun aku yang ada tiba-tiba jadi hilang. Aku perlu klik dua tiga kali barulah masuk balik. Nombor akaun mungkin juga akan update secara manual jika tunggu seharian.
Tujuan aku klik pada butang Update Account List walaupun nombor akaun aku sudah disenaraikan kerana nombor debit kad aku tidak disenaraikan. Lepas klik butang Update, bukan sahaja nombor kad debit masih tidak muncul, malah nombor akaun bank yang sedia ada tiba-tiba hilang pula.
Aku terpaksa klik update banyak kali sebelum nombor akaun muncul semula. Ruangan kad debit pula keluar error – tiada sebarang kad debit. Aku tunggu seharian sebelum nombor kad muncul.
Update: Cara untuk aktifkan semula akaun online banking myBSN
Disebabkan aku buka akaun BSN dan online banking myBSN khas untuk verify akaun PayPal aku, jadi aku jarang sangat pakai akaun BSN dan log masuk ke myBSN. Bila aku sudah lupa untuk log masuk dalam masa 3 bulan, akaun myBSN terus deactivated.
Nak tak nak memang kena call nombor yang ada kat belakang kad. Itu yang aku malas tu, sebab walaupun “toll-free number” tapi kalau call pakai telefon mudah alih, mahu kering kontang baki kredit.
Aku try hantar email ke BSN walaupun tak letak harapan sangat. Cuba je lah, mana tahu kalau-kalau dapat. Seperti yang dijangka, balasan email yang diterima menyuruh aku call pihak support BSN. Aku dah boleh agak ianya for obvious reason: untuk verify identiti. Walaupun aku dah bagi segala maklumat yang diperlukan termasuk salinan IC aku, tetap tak boleh jugak 🙁
Aku call saja lah nombor kat belakang kad tu. Boleh tahan juga lah menunggu, selepas berinteraksi dengan mesin, berapa kali entah aku dengar lagu BSN dipasang berulang-ulang sampai bosan aku dengar 🙂 barulah dapat bercakap dengan manusia.
Selepas aku beri maklumat-maklumat yang diperlukan, katanya dalam masa 5 minit aku akn dapat log masuk semula. Apa lagi, alang-alang menunggu, pekena nasik dulu lah. Akhirnya aku dapat log masuk semula ke akaun myBSN.
Moral of the story, rajin-rajinkan lah diri untuk log masuk. Sebulan sekali untuk beli topup online pun jadilah.
Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:
Sharil muktar says
Ok
Mohamad hanafi bin razali says
Saya tahu tetang aktivasi untuk aktif transaksi intrenasional
Sharil muktar says
Rujar jad baru
Anonymous says
Nk tnya, sya cuba buat kt mesin atm bsn tpi kluar mesej akaun tidak sah urusniaga tidak diterima…mcm mna nie?..sya cuba cipta i-pin tpi x dpt…
Toji Ali says
Kalau dapat mesej akaun tidak sah mungkin ada masalah dengan akaun la kot.. Kena tanya bank untuk sahkan status akaun..
Zaid Alfian says
Saya nak bagi info sedikit,
Kepada pengguna bank BSN.
Jika anda sedang menggunakan kad BSN dan anda ingin mendaftar online banking, pastikan kad yang anda guna telah di tukar ke debit kad / i-Bankin.
Macam mana nak tahu?
Ini untuk pengguna yang baru.
lihat pada kad yang anda pegang, di muka depan kad tertera tulisan (VISA DEBIT) atau (DEBIT CARD). Jika tiada tulisan ini pada kad anda, segeralah tukar kad anda di cawangan bank BSN di tempat anda. Tapi jika kad anda ada tertulis DEBIT itu bermakna anda boleh membuat online banking.
Jadi sekiranya anda tidak boleh mendaftar atau ada masalah pada akaun bank anda, pastikan anda selesaikan dahulu kad BSN anda seperti yang saya tulis di atas.
Cara nak daftar online banking boleh rujuk di atas apa yang di tujuk oleh admin Toji Ali.
Anna says
Mvm mna nk dptkn nom i-pin?
Kna tekan kat mna?
Blh detailkn lgi x?
Maaf sbb sy xfhm sngat
ain says
hai sy nak tanya, kad bank saya ada tertera visa debit.. saya dah pegi ATM dan buat mcmtu tapi bila tekan sms/internet tu, dia kluar *TUKAR* no fone and pin.. so saya tak faham sebab disini dikatakan untuk memasukkan no fone.. mohon penjelasan.
Anna says
Macam mna nk dpt nom i-pin?
Kna tekan kat mna?
Bleh detailkn lgi x?
Maaf sbb sy xfhm sngat..
Azita jamian says
Sy nak buat pembyrn kad kredit bsn di mesin atm bsn, dah tgg punya lama urusan sedang diproses. Tup2 kuar akaun tidak sah. Knapa ye?
Khairul says
Macan mna nk register nom telifon dkat mesin ATM untk Dpatkn kod OTP..
Dion says
Permudahkan pendaftaran online dan BSN sepatutnya sudah ada apikasi ini spt mybank dan cimb .
Jika Bank swasta lebih boleh buat untuk kemudahan pelanggan mengapa tidak BSN juga..
Betul tak
Aie says
nak tanye pernah buat online transfer duit ke akaun selain BSN, cothnye BSN transfer duit ke CIMB, saya first time nih, risau duit kelain pulak,
Toji Ali says
Boleh je, pilih option Interbank GIRO (IBG) atau Instant Transfer. Tak ke mana pun duit tu, asalkn no akaun penerima diisi dengan betul.
Adlina says
Kenapa saya punya tkbleh nak daftar online? Di kad saya dah ade tulis visa debit tapi tkbleh jgk. Kenapa ye?
MUHAMMAD AFIQ BIN MASRI says
SAYA TIDAK MENGATAHUI ‘EXPIRY DATE’ SAYA, MACAM MANA SAYA INGIN TAHU EXPIRY DATE SAYA?
Toji Ali says
Expiry date ada kat belah kiri logo VISA tu. Tengok contoh gambar kat step nombor 3 kat atas: VALID THRU 06/23, maksudnya expiry date pada bulan Jun 2023.
Ierwan says
Hye, saya dah daftar no. Handphone dekat kaunter bsn, tapi apabila saya cuba reg dekat first time registration, dia ckp no phone saya belum didaftarkan time nak req otp code tu..
Ke ada apa2 yang saya belum lakukan?
Toji Ali says
Saya sudah tak berapa ingat langkah-langkah yang terperinci, mungkin juga ianya sudah berbeza berbanding ketika saya daftar dulu. Sebaiknya anda dapatkan bantuan di cawangan BSN atau call nombor yang ada di belakang kad ATM untuk bantuan lanjut.
* says
Tadi saya baru pergi bank BSN, saya nak tukar no telefon lama kepada no telefon baru tapi bila saya da tekan no telefon yang sekarang dia kata tidak sah.. Ape maksudnya ye saya tak faham? Bole jelaskan tak? Time saya pergi bank tadi kaunter semua tutup.. Tak tahu nak mintak pertolongan dari siapa
Syaf says
Hai nak tanya. Apa tu beneficiery account number? Saya nak transfer duit dr bsn ke bank lain. Tp tak tahu cara dia. Mohon pencerahan
Siti says
Saya dah scroll berkali2, tak boleh pun nak pilih accept, kenapa?
Johan Maidin says
Betul
Nur Syamimie says
salam..nak tanya kalau daftar no.hp melalui panggilan customer servis dapat tak? Sebab saya berada di pedalaman..tak ada atm @ bank bsn yang terdekat..
Ediey says
Assalamualaikum..
Sy nk tanya Klau tersalah tranfers ke no akaun lain boleh cancel balik tak..sb akaun tu accepeted bukan success..
Ediey says
Assalamualaikum..
Sy nk tanya Klau kita tersalah transfer duit ke akaun lain kita boleh Coll bank suruh stell ke..lagi pun akaun tu transaksi dia accepeted bukan success..
shima says
mohon bANTUAN NPA erkk balik2 nak daftar password asyik2 tak ngam.
macam2 daht tulkar no la.huruf la xdpt juga.first time daftar ni
jayceline says
jikalau kad bank hilang ? bagaimana kita perlu mengisi tu cvv2 dn tarikh tamat ?
Sanazi Ali says
kalau kad bank hilang kena beritahu ban untuk batalkan kad tu. nanti orang lain boleh pakai kad anda.
Sya says
Kalau nk buat online banking pkai telefon boleh tak
lyn says
pasword yang 8 – 12 tu alahai susahnya tidak pas pas
Norashidah says
Mcm mne nk wt paswod ..dye tulis 8- 12 tpi sy cuba2 tak lepas
muhamad hafis says
kalau akaun kita dah tak aktif dan kita kena call customer service..maklumat apa yang kita perlu bagi ye untuk aktifkan balik akaun kita..
Lynn says
Kalau dah daftar online banking mybsn cmna seterusnya