• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Personal / Selamat Menempuhi Dunia Baru

Selamat Menempuhi Dunia Baru

14/05/2011 by Toji Ali Leave a Comment

Apa yang aku merepek ni? Dunia baru la, apa la. Sebenarnya aku mengucapkan selamat menempuhi pengalaman baru kepada adik-adik yang baru sahaja menempuhi pengalaman menuntut di kolej, tak kira la kolej mana tapi yang aku nak highlight ialah kepada yang menuntut di kolej matrikulasi, membuatkan aku teringat balik kehidupan tatkala aku di matrikulasi. Sayu. Syahdu. Terasa nak kembali ke matrikulasi. Dan secara rasminya sistem pembelajaran di matrikulasi dipinda dan digunapakai sistem yang baru.

Aku dengar cerita masa aku dulu-dulu, sistem baru ni akan menggunakan empat subjek (yang ini kalau kursus sains, yang lain aku tak tahu) untuk dikira dalam nilaian pointer berbanding tiga kalau yang dulu-dulu. Kalau sains, dia akan ada tiga modul:

Modul 1: kena ambil Matematik, Kimia, Biologi dan ICT
Modul 2: Matematik, Kimia, Fizik dan ICT
modul 3: Matematik, Kimia, Fizik dan Biologi

Ini yang aku dengar hari tu la, tak tahu betul ke tak. Aku suka subjek yang baru ni pasal dia ada subjek ICT, aku memang minat gila ICT dan aku memang minta nak belajar bidang ICT dalam permohonan ke ijazah sarjana muda aku. Kalau nak aku pilih antara 3 ni susah jugak pasal aku dulu belajar fizik memang susah bagi aku, kalau nak choose Biologi, aku takut tak boleh nak ingat semua fakta dan mengingat fakta adalah benda yang paling aku elergik. Aku suka kalau dulu SPM kena ambil both Fizik dan Biologi, tapi kalau aku pilih yang tu, ICT pulak takde.So daripada aku pening dok pilih-pilih tatkala aku bukan nak repeat matrik pun, baiklah aku doakan adik-adik pilih yang terbaik dan berjaya mendapatkan PNGK 4.0 di matrik untuk bekalan pemilihan kemasukan ke universiti sesi 2012 nanti.

Berbalik kepada KMPP, aku ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi jadi sukarelawan untuk jadi fasilitator minggu orientasi pelajar baru sesi 2011/12. Nampaknya korang begitu sayangkan KMPP hingga sanggup untuk jadi fasi semata-mata untuk berkunjung lagi ke KMPP. Dan aku mengucapkan selamat berjaya kepada rakan-rakan Program Dua Tahun yang aku kenali masa batch aku, korang akan menempuhi pengalaman Program Satu Tahun pulak pada batch nih, so semoga berjaya. Aku bangga dapat belajar di KMPP. Semoga dapat kembali lagi ke KMPP dan berjumpa dengan kawan-kawan yang pernah aku kenali semasa di sana. Classmates, roomates, lecturehallmates, budak-budak searas C3.4.6 yang kita selalu tengok movie sama-sama. Janganlah lupakan antara satu sama lain, ada masa jumpa lagi. Aku akan rindukan korang semua. 2010, 2011, kenangan manis telah tercipta di KMPP di Pulau Mutiara di Utara tanah air.

dewan besar KMPP
Kenangan di KMPP
Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Personal Tagged With: KMPP, personal

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Animasi Tempatan Malaysia Tahun 1980-an, 1990-an dan Moden 2D dan 3D
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in