Pemandangan menarik sepanjang perjalanan aku dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ke rumah.
KMPP –> Taiping –> Sepang –> Bukit Rambai –> Kelantan
Perjalanan dari KMPP untuk balik rumah bagi aku ibarat makan angin secara tidak langsung kerana telah melalui displacement yang agak jauh dan aku dapat pergi ke tempat-tempat yang aku belum pernah sampai lagi sebelum ini. Perjalanan bermula di Hotel Seri Malaysia Taiping, aku dan family menginap kat situ dulu sebelum bertolak balik ke rumah. Mula-mula nak menginap di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas tapi dah penuh, lepas tu nak tanya kat Sungai Petani tapi tak jadi. Dari Taiping kami telah pergi sampai ke Kuale Kangsor gara-gara follow GPS yang tak berapa betul, ya la, entah version zaman lapuk bila GPS punya peta, sampai dia tunjuk jalan kampung padahal jalan Highway dah lama ada, hingga la kami tiba kat Kuala Kangsar, tapi okey la, dapat juga melancong kan.
Aku tak ingat sampai ke mana lagi. Kat perak, tapi Ipoh tu memang mesti la, tapi suasana pemandangan kat Perak, kat Ipoh rasanya, memang best la, aku dapat tengok gunung-gunung di sana-sini, tak tahu macam mana aku nak gambarkan, susah la. Memang tak boleh nak bagitahu, aku memang telah terpesona. Tapi aku tak sempat la nak tangkap gambar, mata aku memang sempat nak tengok, tapi phone aku ni, tak boleh nak rakamkan saat-saat indah semua tu, angle tak betul la, dihadang kenderaan la, yang aku dapat cumalah permandangan yang biasa saja, tapi kira boleh la untuk kenang-kenangan.
Masuk selangor, nampak pintu gerbang yang ada tulisan PKNS kat situ. Masuk KL tapi bukan kat tengah-tengah la, kat pinggir jer. Sebab nak pegi kat quarters (betul ke eja camni?) akak aku di Nilai berdekatan Sepang, kena hantar dia dulu. Lalu kat Sepang nampak la Litar F1 tu. Walaupun nampak macam dalam hutan, tapi besar jugak erk. Lepak kejap kat situ lepas tu sambung balik journey balik Melaka. Sampai Melaka aku lepak kat rumah akak aku yang sorang lagi dua malam sebelum balik ke Kelantan. Sampai je Kelantan, aku kalau boleh nak terkam je benda-benda yang dah lama aku takleh buat, tapi apakan daya itu semua tak boleh berlaku lagi kerana ini.
Hanya gambar-gambar ini yang sempt diambil. Pemandangan ini hanyalah pemandangan gunung-ganang dan hutan-belukar yang biasa sahaja. Scene yang menarik dan mempesonakan tak sempat nak diambil. Kalau sempat pun tertampan oleh kenderaan dan gambar shaky serta kabur. Tapi yang ada ini pun kira okay lah untuk kenang kenangan.