• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Personal / Hari Yang Sangat Memenatkan

Hari Yang Sangat Memenatkan

05/05/2011 by Toji Ali Leave a Comment

Pada 19 haribulan April, masa second last day di KMPP, aku pergi la round-round KMPP untuk tangkap gambar kenangan terakhir, ditemani oleh room mate aku, Helmi. Ting! Ting! Handphone aku berbunyi. Aku dapat SMS daripada USM menyuruh supaya cetak slip temu duga USM sebab interview akan diadakan pada 24 April, jam 2 petang. Yup, aku dapat temuduga USM, kursus patologi pertuturan, first choice aku. Biar betul, 24 haribulan, mana sempat aku nak balik Kelantan sebab 20 haribulan aku ada exam paper last, Kimia paper 1. Aku takkan balik terus sebab aku akan menginap di Hotel Seri Malaysia Taiping dulu sebelum bertolak balik pada keesokan harinya. Sebabnya, family aku baru bertolak datang ke Penang pagi 20 haribulan tu so kena la rest dulu kan. Dah la aku takkan balik Kelantan terus, kena balik Melaka dulu. Ini akan jadi hari yang sangat memenatkan bagi aku.

Mula-mula ingat nak balik Kelantan 22 haribulan, lepas tu tunda kepada 23 haribulan, malam pula tu baru mula bertolak. Mampus aku, interview 24 haribulan. Malam tu memang tak boleh nak tidur. Aku dapat call dari member aku tanya aku dok kat mana. Dia bagitahu aku, Abu, roomate dia ada di rumah dia dah. Abu, orang penang, pun dapat USM Kubang Kerian. Tapi dia punya sesi pukul 8 pagi. Nasib baik aku punya sesi petang. Sempat la aku prepare last minute. Malam tu aku memang tak boleh nak tidur. Kalau terlelap pun, aku akan terbangun di setiap pitstop, kat Kemaman, lepas tu time bas berhenti di Paka, di Besut sampai la aku tiba di Kota Bharu. Sampai je kat KB, bas nak balik rumah belum ada lagi, tak ada orang nak datang jemput aku nih. Jenuh aku menunggu.

Sampai je rumah, aku terus mandi dan bergegas ke pekan Wakaf Bharu sebab aku kena sediakan salinan sijil-sijil yang diperlukan. Tak sempat nak sahkan pun salinan tu, walaupun diwajibkan untuk disahkan. Balik rumah, aku prepare la sikit, agak nervous jugak sebab ini first experience temuduga. Tepat jam 12 tengah hari, turun dari rumah, bukan apa, kat jambatan tu selalunya sesak, so ni precaution la. Sampai di USM, tak jumpa pula tempat temuduga tu, habis satu kampus pergi pusing, tak jumpa-jumpa. Nasib baik aku ada print pelan USM akhirnya jumpa. Masa nak di-interview tu, punya la lama menunggu, aku yang datang first, sudah paling akhir. Di sana aku jumpa sorang budak kuliah aku, dapat la borak jugak kat sana. Yang sesi aku tu, untuk kursus tu sepatutnya 13 calon tapi 6 je hadir. Sepatutnya ada 3 lelaki, tapi aku seorang je yang hadir. Masa di-interview, aku memang tak tahu nak kelentong apa, sebab aku langsung tak tahu apa itu patologi pertuturan, akak aku yang arrange semua ni. Dah la speaking pula tu. Aku ni memang jarang speaking. Tu yang kekok sikit tu.

sanazi ali
Interview pun interview jugak, but first, lemme take a selfie

Dia tanya kenapa aku pilih kursus ni, kenapa mesti aku diterima kat sana, lepas tu masalah semasa yang melanda negara, mati aku nak jawab semua. Tapi tak apa sebab kami di-interview secara berkumpulan, 3 panel dan kami berenam, kurang gugup sikit dan boleh saling backup. Overall, okay la temuduga tu, aku dapat pengalaman ditemuduga dan aku dapat berkenalan dengan aweks baru dari Kelantan dan Kemaman, amoi pun ada sorang. Aku nak tergelak sebab ada sorang panel ni paku amoi tu pasal dia cakap pelat kuat sangat. Aku harap dapat kursus ni, sebab Kubang Kerian dekat je dengan rumah aku, nanti boleh la aku balik rumah tiap-tiap minggu. Kalau ada apa-apa hal senang, sebab dekat. Lagipun, maybe akan dapat sponsorship dari USM kot kalau dapat kursus tu. Doakanlah untuk kejayaan kami berenam ya.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Personal Tagged With: personal, temuduga, USM

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Verify PayPal Dengan Kad Debit
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in