Sudah lama saya berhasrat untuk pasang internet Unifi di rumah saya. Namun hasrat itu asyik tertangguh sahaja dengan pelbagai alasan dan andaian “Ada port kosong ke nak pasang Unifi ni?” “Boleh ke nak pasang Unifi ni? Rumah aku penuh dengan pokok-pokok dan semak-samun!” Tapi alasan yang paling utama ialah tak nak terikat dengan kontrak. Internet sebelum ini yang saya langgan seingat saya semuanya tanpa kontrak, kecuali YES. Saya pernah ada pengalaman dengan Unifi iaitu Unifi Air, yang itu pelan internet 4G.

Tahun 2026 saya buat keputusan untuk langgan Unifi. Saya nak pasang yang paling murah iaitu 100 Mbps. 11/08/2026 saya snap gambar beberapa banner Unifi yang dipasang di tiang elektrik. Ada lebih daripada satu banner agent berbeza duduk berdekatan, malah di tiang elektrik yang sama, ada 2 banner agent yang berbeza.

12/08/2026 – Asalnya nak Whatsapp nombor yang saya ambil tu je, tapi entah kenapa rasa macam nak cari yang lain di Facebook. Ya lah, entah yang kat banner tu dah lama, dah tak jadi agent Unifi dah. Asalnya saya cari Unifi Tumpat tapi tak jumpa. Kemudian saya cari Unifi Kota Bharu, jumpa dan saya Whatsapp nombor tertera.

Selepas selesai chat dan berikan maklumat dan dokumen yang diperlukan, temujanji pemasangan dijadualkan esok hari 13/08/2026 petang. Jadi saya terus memohon kebenaran meninggalkan pejabat daripada supervisor saya untuk tujuan ini.

13/08/2026 – Crew Unifi telah datang ke rumah saya lebih kurang jam 2:30 petang. Setelah datang, mereka mendapati pemasangan tidak dapat dilakukan kerana tak sampai nak tarik wayar dan perlu pasang tiang dulu.

17/08/2026 – Crew Unifi telah datang ke rumah saya untuk pasang tiang Unifi.

18/08/2026 – Saya telah dapat SMS daripada Unifi dan slot pemasangan adalah pada 19/08/2026 9:30 pagi hingga 12 tengah hari. Jadi sekali lagi saya telah memohon kebenaran meninggalkan pejabat daripada supervisor saya.

19/08/2026 – Dari pagi sampai tengah hari, sampai tamat slot appointment, tiada siapa yang datang, tiada siapa yang call. Saya dah Whatsapp crew yang bertanggangjawab untuk pemasangan, tak tahu lah baca ke tidak, bluetick pun tidak. Lepas saya masuk kerja semula pun saya masih menunggu kalau-kalau crew datang lewat, tapi sampai ke sudah tak datang. Saya buat aduan melalui chat di aplikasi MyUnifi tapi ejen hanya maklumkan akan buka tiket untuk aduan ini.

Dan tiket ditutup tanpa ada jawapan.

21/08/2026 – Saya sekali lagi telah dapat SMS daripada Unifi dan slot pemasangan adalah pada 24/08/2026 9:30 pagi hingga 12 tengah hari. Hurm…

22/08/2026 – Saya dapat panggilan daripada TM Unifi Center menyatakan 24/08/2024 crew confirm akan datang.

24/08/2026 – Kali ini saya tak tunggu di rumah. Saya tunggu panggilan daripada crew Unifi di ofis je sambil monitor melalui CCTV di rumah. Still, dari pagi ke petang masih tiada siapa yang datang! Hurmmm… nak kena tunggu sampai mampus dulu agaknya ni. Saya buat aduan sekali lagi. Kali ini saya Whatsapp kepada Unifi Kota Bharu, nombor pertama yang saya hubungi untuk pemasangan tempoh hari. Sambil tengah buat aduan petang tu, crew call, orang yang sama ketika 13/08/2026, dia maklumkan tak dapat datang sebab stock modem/router tak ada. Boleh caye ke??? Tapi at least saya dimaklumkan, tak macam 19/08/2026, tunggu punya tunggu macam biawak, takde siapa pun yang datang atau call.

26/08/2026 – Crew yang sama call bertanya sama ada saya berada di rumah pada hari ini, bolehkah pemasangan dilakukan pada hari ini. Saya cakap boleh je. Selepas dia Whatsapp bagitahu dia sudah on the way ke rumah saya, saya terus minta kebenaran daripada supervisor saya untuk pulang ke rumah. Dan Alhamdulillah crew datang juga akhirnya dan pemasangan berjalan dengan lancar. Ketika pemasangan sedang berjalan, TM Unifi Center hubungi saya untuk pengesahan adakah crew ada datang buat pemasangan pada hari ini.

Sebelum crew balik saya dah test stream video 4K lancar dan tak tersekat-sekat. Speedtest juga dalam range 100 Mbps.

Download speed sebenar pula, naik turun tak konsisten tapi cecah 20 MB/s. OK lah tu sebab 100 Mbps bahagi 8 dapat 12.5 MB/s. Sepatutnya secara teori 12.5 MB/s adalah speed maksimum yang saya akan dapat.

27/08/2026 – Saya Whatsapp Unifi Kota Bharu pasal free gift. Ya, akan dapat free gift selepas pemasangan berjaya dilakukan. Setakat ini saya tak terima lagi. Free gift itu akan dihantar melalui pos.

Antara free gift yang ditawarkan:

Free gifts untuk pemasangan Unifi

Saya dah check free gifts ni dalam range harga RM60 ke RM80.

Selain itu saya perlu bayar RM100 deposit dan saya masih belum bayar lagi setakat hari ini. Deposit itu akan ditolak dalam bil nanti.

Pelan 100 Mbps RM89 sebulan dan RM94.35 selepas tax. Kontrak 27 bulan, 3 bulan free.

Setakat 2-3 haripenggunaan saya berpuas hati. Ya lah, masih baru lagi kan, masih belum buat hal lagi kan.. Nanti kalau dah start buat hal, barulah rasa geram.

Setakat ini saya dah test pelan internet yang berikut, Starlink belum test lagi.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *