Assalamu ‘alaikum. Hari ni aku nak share serba sedikit tentang komik yang aku baru beli. Memang dah lama nak beli komik ni kerana mendapat sambutan yang menggalakan dan komen-komen positif oleh ahli akademik. Buat makluman, ini ialah novel grafik pertama keluaran Komik-M yang aku beli. Sebelum-sebelum ni asyik beli komik dari Gempakstarz jer seperti Lawak Kampus. Komik ni keluar tahun 2010 lagi, tapi tahun ni baru aku tergerak nak beli. Yang ni dah masuk cetakan yang keenam dah, cetakan kedua untuk tahun 2013.

komik Misi 8A
Cover komik Misi 8A
komik misi 8a
Ulasan pembaca pada cover belakang

Sinopsis

Aizad, 15, datang daripada keluarga yang kaya namun dia seorang yang malas untuk belajar. Masa dihabiskan dengan bermain X-Box, baca komik dan berfesbuk sahaja. Akibat markah yang rendah dan ada mata pelajaran yang gagal, ibunya merampas semua komik dan konsol mainannya. Ibunya akan memulangkan satu demi satu barangnya dengan syarat dia perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu A dan tanpa gagal dalam ujian-ujian yang seterusnya. Malangnya dia gagal dua mata pelajaran dan gred terbaik hanyalah B. Akhirnya Aizad membuat keputusan untuk berguru kepada pelajar paling cemerlang iaitu Zahid. Pada mulanya Zahid menolak namun selepas Aizad menolongnya daripada dibelasah sekumpulan samseng, dia akhirnya bersetuju. Mereka belajar bersama di rumah Zahid selama seminggu sewaktu cuti penggal persekolahan. Selepas itu, Aizad menjadi semakin rajin belajar dan memberikan tumpuan dalam kelas. Berkat usaha gigihnya, dia mendapat 2A dalam ujian yang seterusnya. Mampukah Aizad menggapai MISI 8A ini? Pada masa yang sama, dia begitu tertarik kepada Nasya, adik kepada Zahid.

Watak-watak

Aizad

Datang daripada keluarga yang kaya, dia memiliki semua tetapi satu iaitu gred yang tinggi. Dia malas untuk study, menurutnya otak akan meletup jika belajar terlalu kuat. Baru belajar sekejap, dah terlena.

Zahid

Seorang yang rajin belajar dan mempunyai strategi belajar yang berkesan. Baik hati dan sentiasa membantu disaat diperlukan. Sanggup berkorban demi rakan sehingga memakan diri sendiri.

Nasya

Adik kepada Zahid. Muda setahun berbanding abangnya dan Aizad. Menyangkakan Aizad adalah pencuri ketika mula-mula berjumpa.

komik Misi 8A
Antara watak komik Misi 8A

Cerita ini menceritakan tentang pengorbanan demi rakan baik, pengorbanan utama adalah ketika ending komik ini. Diselitkan fakta-fakta menarik. Mengajar bagaimana teknik belajar yang berkesan. Penerapan fakta saintifik melalui cerita dalam komik. Buku ini menyelitkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam peperiksaan.

Komik Misi 8A
Kesalahan yang dilakukan oleh pelajar

Kebaikan novel grafik Komik-M (PTS) ialah penggunaan bahasa Melayu baku berbanding bahasa pasar.
Penyelesaian masalah dan contoh kesalahan fahaman dan kecuaian membaca soalan.

komik misi 8a
Kecuaian semasa membaca soalan

Komik ni memang best, kelakar, kalau komik ni wujud time aku sekolah dulu, surely boleh jadi pembakar semangat untuk score dlm exam. Nak ikuti perkembangan artis komik ni boleh lawati blog feeqry.blogspot.com

Preview daripada laman web PTS: http://pts.com.my/upload/book_content/misi8a.jpg

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *