• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Catatan Harian / Baucer Buku 1Malaysia Datang Lagi

Baucer Buku 1Malaysia Datang Lagi

26/04/2014 by Toji Ali Leave a Comment

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) datang lagi, dan macam biasa, genre buku yang akan aku beli adalah seperti berikut:

  • Buku agama
  • Buku interfaith
  • Buku teori konspirasi
  • Komik

Buku yang bersangkut-paut dengan pelajaran aku, bukan aku tidak mahu beli. Tapi apabila memikirkan harganya, satu buku itu sahaja sudah hangus baucar buku aku. Mana tidaknya, buku tentang Adobe, tentang 3D Modelling, satu buku itu kalau tidak kurang dari RM100 memang tidak sah. Memanglah sudah full colour dengan glossy paper lagi, takkan hendak jual RM10, bukan? Jadi bila tengok harga sebegitu yang boleh membuatkan aku demam berminggu-minggu, lebih baik aku beli buku lain. Aku bukan cheapskate ok, Cuma kaki jimat cermat sahaja.

Jadi buku-buku yang dalam radar aku adalah dari 4 kategori dekat atas itu lah.

Baucar kali ini, aku pergi belanja di Kedai Buku Banggol cawangan Wakaf Bharu, dekat depan klinik. Aku terbelek-belek, tercari-cari, buku apa yang hendak dibeli. Datang tanpa sebarang list, kalau ada list pun, belum tentu ada apa yang aku mahu. Akhirnya sambar buku ‘Why A students work for C students and B students work for government,’ satu buku teori konspirasi, satu buku interfaith dan satu komik. Sum up semua ialah RM99.90, cukup guna 2 keping baucar. Rupa-rupanya Kedai Buku Banggol ini ada nilai rebat tertentu dengan belian harga yang tertentu (padahal aku sudah tahu, sebab itu sengaja datang ke sini), beli RM100 dapat rebat RM15, so dapat tambah 2 komik lagi.

Untung juga rupa-rupanya berbelanja di Kedai Buku Banggol ini. Lain kali boleh pergi ke sana lagi lah nampak gayanya. Sebenarnya aku ingin pergi beli buku di Popular, maklumlah, sudah ada membership card, kalau tak guna, sia-sia sahaja menjadi ahli berbayar.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Catatan Harian, Komik Tagged With: baucar buku, personal

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. My First BR1M berkata:
    04/08/2016 6:43 PM

    […] BB1M tak sama rasanya dengan BR1M sebab BR1M dapat duit manakala BB1M pula adalah baucar untuk membeli buku sahaja. Dan, bagi course degree aku pulak, tak perlukan sangat rujukan buku sebab lebih kepada perlukan tutorial video. Kalau betul perlukan buku, buku-buku ini adalah yang diimport daripada luar dan alamatnya, semua baucar habis untuk satu buku sahaja sebab mahal sangat. Disebabkan BB1M tidak boleh pakai untuk beli barangan lain, maka BB1M dihabiskan untuk buku-buku bacaan umum atau komik sahaja dan selalunya buku-buku yang aku terpaksa beli untuk habiskan BB1M disimpan sahaja dan menjadi tempat berkumpulnya habuk-habuk dan microorganism yang lain ? […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Verify PayPal Dengan Kad Debit
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in