• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Komik / Mat Gempak Kompilasi Jumbo

Mat Gempak Kompilasi Jumbo

13/09/2014 by Toji Ali Leave a Comment

Sebelum ini aku pernah membuat entry tentang komik Mat Gempak, tapi itu hanyalah daripada memori silam tatkala aku baca komik itu masa aku pinjam dulu. Tapi bulan 4 yang lepas Gempakstarz dan Popular Bookstore telah mengeluarkan balik komik Mat Gempak dalam bentuk kompilasi hardcover. Aku sempat membeli kompilasi ini bersama-sama dengan kompilasi komik Jinggo pada bulan lepas. Kompilasi ini dinamakan Mat Gempak Kompilasi Jumbo dan memuatkan 3 jilid terawal Mat Gempak

Mat Gempak
Letz Gempak
Mat Gempak Redux

Aku yakin mesti ada lagi novel grafik Mat Gempak yang ke 4 dan seterusnya tapi aku tidak ingat nama-namanya tapi yang pasti mesti ada kerana aku tidak ingat episod-episod yang aku pernah baca secara berasingan dalam majalah Gempak terdapat dalam 3 jilid ini. Dan yang paling aku ingat episod yang mana Rizal menculik Linda serta Mat berubah hati kepada Ella tidak terdapat dalam ini.

Tapi kalau ada sambungan mesti Popular akan kompilasikan sekali lagi sama seperti Lawak Kampus yang setakat aku tahu sudah ada Kompilasi Mantap 2.

Aku berharap sangat agar akan ada kompilasi kedua Mat Gempak kerana semua jilid Mat Gempak dan komik-komik lama era aku follow majalah Gempak sudah out of print dan mustahil untuk miliki versi firsthand. Keluar je kompilasi yang ini, mata aku terus bercahaya tatkala melihatnya.

Mat Gempak Kompilasi Jumbo
Cover Mat Gempak Kompilasi Jumbo

Baiklah, ceritanya mengisahkan Mat Gempak budak botak bewarna kuning yang tinggal di kampung Gondolan. Ceritanya dimulakan dengan Mat ceria semacam kerana ingin menyambut kedatangan penpalnya dari KL iaitu Linda. Mat memang jatuh cinta dengan Linda. Dalam masa yang sama Ella, sepupunya dari KL yang awalnya membenci Mat, jatuh cinta kepada Mat selepas mendapati Mat sanggup bersusah-payah menghantarnya ke klinik walau menggunakan kereta sorong.

Selepas Linda melawat Mat pada hari raya, itulah kali terakhir Mat bersua dengan Linda. Selepas itu Mat menjadi tidak tentu arah.

Kerana cintanya Ella akan Mat, Ella menyamar menjadi bomoh dan memberitahu Mat supaya berbuat baik kepada sesiapa yang bernama Ella, jika tidak dia tidak akan bercinta lagi seumur hidup. Semasa dalam perjalanan pulang, Mat terjumpa kucing yang terkurung di dalam kotak. Mat menamakan kucing itu Ella dan berbuat baik kepadanya sepertimana arahan bomoh temberang si Ella tadi.

Kerana rindukan Linda, Mat bertekad untuk menyusulnya ke Kuala Lumpur. Beli la komik ini untuk ikuti kisah selanjutnya. Best kot komik ni, RM 36.90 je sebuah.

komik mat gempak
Starting cerita Mat Gempak. Karakter Mat ketika ini memang comel, menunjukkan zaman kanak-kanaknya, berbeza pula stail lukisan bila dia meningkat remaja.

Oh ya, aku perasan dialognya sudah diolah semula tanpa mengubah makna asal. Penggunaan bahasa pasar agak signifikan untuk keluaran asal tapi penggunaannya sudah minimal dalam kompilasi ini. Dan di semua tempat, perkataan Apoh yang merujuk kepada pelukis komik ini diganti dengan [email protected] kerana pelukis kini menggunakan nama Zuan.

komik mat gempak
Perbandingan dialog antara terbitan baru dan terbitan asal. Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.
Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Komik Tagged With: gempakstarz, komik tempatan, kompilasi popular bookstore, mat gempak

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Lagu Spongebob Squarepants Versi Loghat Malaysia
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in