Gomo Klate Gome! This Is Kota Bharu! Istilah yang selalu bergema bila sahaja ada perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA. Bukan sahaja kegilaan kelantan terhadap bola sepak, malah bola sepak adalah sukan nombor satu yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

Logo Kelantan FA (KAFA), pasukan bola sepak Kelantan
Logo yang digunakan sebagai emblem pada jersi setakat 2020

Bila ada perlawanan yang melibatkan pasukan kelantan, stadium akan dipenuhi oleh lautan merah, penuh di setiap penjuru. Kadang-kadang sampai penyokong lawan tak dapat masuk menyaksikan perlawanan ini. Dan bilamana ada sahaja siaran langsung yang melibatkan pasukan The Red Warriors, penyokong pasukan merah inilah yang berlonggok di depan televisyen.

Mungkin hal ini menyebabkan orang luar menganggap kami ni terlalu taksub dengan bola, makan bola, minum bola, tidur bola, hidup kami semata-mata untuk bola sepak. Sukacita kami maklumkan bahawa kami ni bukannya taksubkan bola, cuma ini adalah satu kebanggaan kepada kami rakyat Cik Siti Wan Kembang.

Menyokong sepenuh hati bola sepak Kelantan

Kami menyokong pasukan bola sepak kami sepenuh hati, di setiap kemenangan, di setiap seri dan di setiap kekalahan. Kami sentiasa memberi semangat kepada wira-wira kami. Jika bukan mereka yang kami megahkan, apa lagi yang mampu kami banggakan? Kami tak ada wakil untuk sukan lain yang mampu melonjakkan nama dan maruah negeri kami, hanya bola sepak sahaja yang mampu. Jika dilihatkan dahulunya pasukan Kelantan FA tidaklah menyerlah sangat, tapi sejak dua menjak ni apabila KAFA, Tan Sri Anuar Musa, jurulatih B. Satianathan dan seterusnya Datuk M. Karathu memainkan peranan mereka, pasukan bolasepak kami menjadi salah satu kuasa bola sepak yang besar bukan sahaja di pantai timur, malahan juga di mata seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah perkembangan kepada bola sepak kami dan kami berbangga dan akan terus menyokong mereka. Bola Sepak adalah jiwa raga kami, maruah kami.

Tanggapan negatif

Mungkin ada segelintir yang tidak suka kepada kami, mereka sangkakan kami ini terlalu taksub la apa la. Bila ada je kekalahan, kami kononnya akan mencela pemain pasukan sendiri, kononnya akan membaling botol dan mercun ke dalam padang bila jaringan gol oleh pihak lawan, termasuk juga mencetuskan pergaduhan dengan penyokong pasukan lawan juga membuat tindakan di luar kawalan kepada kenderaan pemain pasukan lawan.

Aku selaku rakyat kelantan dan juga penyokong The Red Warriors mengakui mungkin ada yang berperangai seperti itu, namun itu cumalah bilangan yang sedikit, kurang daripada 1% sahaja. Janganlah kerana seorang dua, kami semua dicerca, jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Aku sendiri tidak suka mereka yang berperangai sebegitu, kerana aku seorang yang mahukan persaingan secara sihat. Bila menang aku bersorak dan bersyukur. Bila seri, aku terima, lebih baik daripada kalah. Dan bila menerima kekalahan, aku redha, dah adat permainan menang dan kalah, takkan sekali menang akan menang sentiasa dan begitu jugak sebaliknya.

Bola sepak bagi aku adalah untuk unity, bukannya punca untuk mencetuskan satu pergaduhan. Lihat sahajalah pada final AFF suzuki tahun lalu. Komen-komen panas di FB antara penyokong Malaysia dan penyokong Indonesia saling bergaduh menaip komen-komen yang mampu membuatkan hati membara. Apa guna kita bergaduh, kita berada di rantau yang sama, kita berada di Nusantara. Bola sepak bukannya untuk bergaduh, mungkin sebab “isu” yang timbul semasa perlawanan itu menyebabkan pergaduhan berlaku.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *