Setelah hampir tujuh bulan aku tidak update blog ini, kini aku kembali dengan beberapa tutorial ringkas dan kini aku akan tunjukkan tutorial mendaftar dan setup web hosting GempakBox. GempakBox hosting murah pilihan aku setelah membuat perbandingan daripada syarikat-syarikat lain.
Bermula dengan blogging pada platform percuma Google, Blogger ataupun blogspot, kemudian membeli domain name sendiri daripada NetKL pada tahun lepas, kemudian aku beli web hosting sendiri daripada GembakBox gara-gara mahu guna platform WordPress setelah berjinak-jinak dengan WordPress menggunakan hosting percuma. Di lain masa, aku akan ceritakan tutorial beberapa web hosting percuma.
Sebelum aku putuskan untuk membeli hosting daripada GempakBox, aku ada membuat sedikit research di internet, antara hosting Malaysia yang terbaik dan pengguna yang lain puji. Asalnya aku nak cuba beli hosting antarabangsa iaitu sama ada Bluehost atau Hostgator tapi memandangkan aku blogging hanya untuk suka-suka, aku batalkan sahaja niat untuk beli dari mereka dan mahu beli hosting tempatan sahaja.
Antara hosting Malaysia yang banyak mendapat pujian dari para blogger Malaysia ialah ServerFreak, NetKL, DataKL dan ExaBytes. Aku juga hampir-hampir membeli hosting daripada Sempoi Hosting memandangkan syarikat ini membolehkan kita membeli sacara ala carte, pilih sendiri kapasiti storan, trafik bulanan dan lain-lain. Tapi akhirnya aku putuskan untuk beli hosting daripada GempakBox kerana harganya yang bagi aku memang murah dan uptime dia reliable untuk menampung trafik yang tidak terlalu sesak, memang sesuai untuk blog aku ini. Daripada komen pengguna GempakBox, tiada sebarang masalah site down setakat ini.
Korang boleh pilih untuk beli hosting RM50 sekali dengan domain name iaitu RM30 setahun untuk TLD .com, atau beli hosting sahaja dan beli domain dari syarikat lain seperti mana aku telah ada domain name daripada NetKL dan hanya beli hosting sahaja. Rujuk sini, tutorial setup domain name NetKL untuk blog BlogSpot. Memandangkan tutorial ini aku gabungkan domain name NetKL dan hosting GempakBox maka elok kiranya korang jenguk juga tutorial yang itu. Aku syorkan beli domain name daripada NetKL kerana bukan sahaja akan memudahkan korang untuk follow tutorial ini, tapi juga kerana harga yang lebih murah.
Harga domain name NetKL = RM35 setahun
Harga whois guard / ID protection NetKL = RM10 setahun, sebelum ini percuma
Harga domain name GempakBox = RM30 tahun pertama, RM35 tahun kedua dan seterusnya
Harga ID protection GempakBox = RM14 setahun, sebelum ini percuma
Since aku sudah ada domain name daripada NetKL, aku akan tunjuk cara untuk point domain name NetKL ke server GempakBox.
Untuk membeli hosting Gempakbox, pergi ke laman web rasmi Gempakbox dan klik pada Web Hosting di bahagian atas-kiri skrin seperti gambar di bawah.
Pakej yang paling murah ialah RM50 setahun dan sudah memadai bagi aku walaupun storan dia agak kecil, namun aku memilih pakej RM80 kerana aku mempunyai dua domain name yang ingin ditempatkan dan pakej RM50 hanya boleh menempatkan satu domain name sahaja.
Di bawah merupakan butir-butir setiap pakej
Klik pada butang Order Now pada pada mana-mana plan yang dikehendaki.
Kemudian tick pada I will update my nameservers on an existing domain Or I will register a new domain. Sila isi nama domain yang telah korang beli pada kedua-dua kotak selepas www. Contohnya kalau domain name www.tojiali.com, sila isikan tojiali pada kotak pertama dan com pada kotak kedua. Kemudian klik butang Click to Continue >>.
Klik pada dropdown list dan tukar daripada RM8.00 monthly kepada RM50.00 annually, dan harus ingat, nilai yang dinyatakan berbeza-beza mengikut pelan yang telah dipilih, yang penting mesti pilih option annually supaya lebih murah dan tidak perlu untuk bayar tiap-tiap bulan. Melainkan korang nak langgan satu bulan atau beberapa bulan dengan tujuan untuk testing. Kemudian klik pada Add to Chart.
Kemudian skrin order summary akan keluar. Di bahagian bawah akan ada ruang untuk promotional code. Penting! Jangan abaikan ruang ini kerana diskaun menanti korang. Aku pun dapat diskaun masa beli hosting ni dulu. Pergi ke gempakbox.net/specials untuk dapatkan kod diskaun dan masukkan pada ruang yang disediakan. Klik pada validate dan harga akan berkurang jika kod itu sah. Klik pada checkout.
Isikan maklumat yang diminta. Pilih kaedah pembayaran, tick pada I have read and agree to the T.o.S. dan klik pada Complete Order.
Kemudian, korang akan dapat email invoice daripada GempakBox dan nombor akaun untuk pembayaran dibuat. Invois ini akan luput untuk jangkamasa yang tertentu jika pembayaran tidak dibuat untuk tempoh tersebut.
Selepas pembayaran dibuat, beberapa emel akan dihantar untuk mengesahkan penerimaan pembayaran korang daripada pihak mereka. Emel-emel ini termasuklah emel maklumat untuk login ke akaun korang ke laman web GempakBox dan yang paling penting maklumat untuk login ke server hosting yang korang telah langgan, maklumat ini adalah janaan pihak GempakBox. Maklumat lain termasuk maklumat nameserver untuk point domain name ke server ini dan juga maklumat untuk setup emel. Ini lah yang bestnya kalau beli hosting, sebab boleh ada emel sendiri contohnya email[at]tojiali.com sebelum ini hanya mampu ada emel tojiali[at]yahoo.com atau tojiali[at]gmail.com je.
Pembelian hosting sudah selesai, langkah seterusnya ialah untuk point domain name korang ke server. Langkah ini adalah tidak perlu sekiranya domain name dibeli daripada GempakBox.
Pergi ke DSN management domain name korang dan tukar rekod nameserver daripada yang default daripada provider domain kepada nameserver GempakBox
ns1.gempakbox.net
ns2.gempakbox.net
Sepertimana yang aku telah beritahu pada awal post, aku telah ada domain name daripada NetKL, aku akan tunjukkan cara untuk point domain name NetKL ke server GempakBox. Langkah yang sama sahaja untuk point domain name dari pembekal lain namun sebab interface yang berlainan jadi aku tak dapat untuk terangkan, korang kena cari sendiri.
Sila pergi ke http://mydomain.netkl.com dan login. Pilih customer dan klik Login.
Letakkan mouse pada menu Manage Orders dan klik pada List/Search Orders. Kemudian keluar la paparan macam nombor 2. Klik pada domain name yang korang nak setup.
Lepas dah klik, dia akan pergi ke satu laman, skrol ke bawah sampai jumpa DNS Management. Klik pada Manage DNS.
Lepas tu, akan keluar satu pop-up seperti gambar di bawah.
Sila rujuk semula tutorial setup domain name NetKL, yang mana tutorial itu adalah untuk tukarkan blog Blogger daripada ada .blogspot.com kepada hanya .com sahaja. Tutorial itu menyuruh korang supaya tambah empat A Records dan 2 CNAME Records, delete rekod-rekod tersebut.
Pergi ke bahagian Domain Registration, dan klik pada Name Servers. Satu pop up akan keluar dan isikan dengan dua name servers GempakBox dan klik Update Name Servers.
Apabila selesai langkah ini maka kerja untuk point domain name ke hosting telah selesai. Tapi perlu ingat, sekurang-kurangnya ianya memerlukan sehari untuk perubahan selesai. Jadi aku sarankan buat langkah ini pada waktu malam, apabila selesai tukar name server, terus tidur dan esok pagi-pagi Insya Allah, prosesnya sudah selesai.
Bila domain name sudah berjaya dihalakan ke hosting, maka langkah seterusnya ialah untuk memasang WordPress pula. Server korang boleh akses ke sana dengan menambah /cpanel pada hujung alamat blog korang. contohnya www.tojiali.com/cpanel. Maka sila lah log masuk menggunakan ID dan password yang telah dihantar oleh pihak GempakBox ke dalam emel korang.
Selepas berjaya login, skrol ke bawah skrin dan cari Softaculous pada menu Software and Services, klik pada Softaculous, Kemudian senarai CMS (Content Management System) akan keluar dan WordPress adalah CMS yang pertama pada senarai tersebut. Halakan pointer padanya dan option Install dan Demo akan keluar, klik pada Install.
Kemudian tetapan pemasangan WordPress akan keluar seperti gambar di bawah. Gambar hanya screnshot untuk page bahagian atas sahaja, masih ada banyak setting jika skrol ke bawah page.
Choose Protocol: Korang hanya ada dua option sahaja iaitu http:// ataupun http://www melainkan korang ada beli sekali SSL (Secure Sockets Layer) semasa beli domain name maka boleh pergi sama ada https:// ataupun https://www. Pilihan antara http:// atau http://www adalah untuk memilih sama ada alamat blog korang nanti akan dipaparkan dengan www atau tanpa www. Contohnya apabila korang pilih http://www, alamat blog korang pada address bar akan dipaparkan sebagai (ambil contoh tojiali.com) http://www.tojiali.com, tidak kiralah korang taip www.tojiali.com ataupun tojiali.com, ianya akan tetap menghala ke www.tojiali.com. Bagi aku aku lebih prefer tanpa www.
Choose domain: Jika korang belum setup apa-apa subdomain atau belum ada tambah domain yang lain pada server yang tu, maka hanya ada satu option je lah yang keluar. Pilih alamat blog mana yang korang mahu install WordPress nanti.
In directory: Yang ini biarkan kosong. Seperti yang tercatat di situ, kalau letak nama di situ maka subdirectory akan dijana secara automatik dan WordPress akan dipasang ke situ pula sedangkan kita mahu install WordPress pada direktori utama.
Database Name: Boleh letak sebarang nama.
Table Prefix: Biarkan begitu. Kalau ubah, contohnya dari wp_ kepada ta_, untuk login ke WordPress nanti selalunya diakses dengan alamat tojiali.com/wp-admin/, jika tukar kepada ta_, maka perlu akses dengan tojiali.com/ta-admin/
Site name & description: Beri nama dan penerangan ringkas tentang blog korang.
Enable Multisite: Tick jika mahu ada banyak blog dengan satu pemasangan WordPress. Contohnya kita sudah ada blog tojiali.com dan kita mahu ada satu lagi blog dengan subdomain blog2.tojiali.com. Kita boleh tambah subdomain pada control panel GempakBox kemudian install WordPress menggunakan Softaculous sepertimana yang telah dibincangkan tadi. Kalau tak mahu install banyak-banyak WordPress sebab nanti penuh pula storage server, boleh pilih enable Multisite. Contoh yang paling senang, apabila kita buka akaun di wordpress.com atau di blogger.com, satu akaun sahaja tapi boleh ada banyak blog. Secara default, multisite akan menggunakan subdomain jika buat blog baru iaitu contohnya blog2.tojiali.com, tapi kita juga boleh tukar kepada subdirectory iaitu tojiali.com/blog2. Hal ini mungkin kita akan bincang kemudian.
Admin account: Buat satu username dan password baru. Username dan password ini akan digunakan untuk login ke WordPress nanti. Masukkan juga emel yang betul.
Language: Unfortunately Bahasa Melayu belum ada lagi dalam senarai bahasa WordPress. Yang ini bukan bermaksud bahasa blog kita, tapi bahasa yang digunakan oleh software WordPress yang kita gunakan.
Select Plugins: Sila tick untuk install Limit Login Attempt. Ini adalah penting sekurang-kurangnya jika ada orang mahu cuba log masuk ke blog kita, untuk beberapa kali salah username dan password, fungsi login akan dilumpuhkan untuk sementara waktu.
Advanced option: Tidak perlu usik
Select theme: Pilih mana-mana tema yang korang suka
Masukkan alamat email untuk memaklumkan apabila WordPress berjaya dipasang. Klik pada Install.
Selepas pemasangan selesai. Boleh login ke WordPress korang dengan menambah /wp-admin pada belakang alamat blog korang, contohnya tojiali.com/wp-admin. Masukkan username dan password yang telah korang pilih pada langkah di atas.
Akhirnya tamatlah tutorial kali ini yang meliputi pembelian hosting daripada GempakBox, cara untuk halakan domain name NetKL ke server GempakBox dan cara untuk memasang WordPress. Diharap tidak ada step yang aku tertinggal dan semoga berguna untuk korang semua. Kalau korang rasa ada keinginan untuk beli hosting daripada GempakBox maka bolehlah gunakan artikel ini sebagai rujukan. Sepanjang aku guna hosting ini, tidak ada lagi masalah blog aku down. Itulah saja untuk kali ini, jumpa lagi di lain artikel. Kalau artikel ini membantu korang, sudi-sudilah untuk klik share pada butang di bawah ye. Terima kasih banyak-banyak.
[…] hari yang lalu, maka genaplah setahun aku bersama GempakBox (laman web GempakBox). Maka layaklah juga kiranya aku membuat review web hosting GempakBox Network […]
[…] extend hosting GempakBox, kerana aku betul-betul sudah pokai dan tak mampu walau untuk membayar hosting GempakBox yang hanya […]
[…] Kalau nak cuba hosting murah, boleh cuba GempakBox Hosting. […]
[…] tentang domain name NetKL. Untuk hosting, walaupun optional, tapi kalau nak try usha aku syorkan web hosting GempakBox kerana ianya murah RM50 setahun dan antara yang […]