• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Blogging Tutorial / Jana Pendapatan Online Dengan AdFly

Jana Pendapatan Online Dengan AdFly

09/01/2015 by Toji Ali Leave a Comment

Rata-rata orang sudah tahu bahawa kita boleh jana pendapatan online dengan AdFly. Terutamanya mereka yang kaki download pasti pernah terjumpa link yang menggunakan perkhidmatan AdFly atau mereka yang kaki upload, Adfly ialah salah satu cara untuk menjana pendapatan sampingan. Apa itu AdFly? AdFly ialah servis yang memendekkan url yang panjang dan kita akan dibayar sebab menggunakan servis mereka untuk memendekkan url. Bagaimana ianya berfungsi? Kita pendekkan url atau link yang panjang dengan servis mereka, kemudian kita share link tersebut. Apabila orang klik pada link itu, iklan akan dipaparkan untuk 5 saat sebelum pengunjung link itu boleh klik pada butang skip di penjuru kanan atas skrin komputer untuk pergi ke link yang asal. Kita akan dibayar kerana link kita tadi telah memaparkan iklan mereka.

Sebagai contoh, cuba klik link ini -> http://dl.tojiali.com/3 sebenarnya, ianya ialah link ringkas untuk link https://sanazi.my/cara-daftar-dan-setup-domain-name-dengan-netkl/ . Apabila link dibuka, paparan seperti gambar di bawah akan keluar.

Adfly
Paparan yang akan keluar jika klik pada link Adfly

Contoh di atas ialah contoh link jenis Interstitial Advertisement, jenis link yang dibayar paling mahal berbanding jenis-jenis yang lain. Jenis-jenis yang lain ialah banner dan popunder. Berbeza dengan iklan interstitial, iklan banner hanya akan menunjukkan banner adfly di bahagian atas, sementara bahagian body akan menunjukkan page link yang asal. Lihat gambar di bawah.

Adfly
Contoh paparan skrin apabila menggunakan iklan jenis banner

Sila klik link ini -> http://dl.tojiali.com/4 untuk live preview.

Manakala untuk iklan jenis popunder ialah pop under akan keluar apabila pelawat mengunjungi blog kita. Berbeza dengan dua jenis iklan terawal dimana kita perlu pendekkan url kepada link adfly, iklan jenis ini memerlukan pengguna untuk memasang skrip khas pada blognya untuk membolehkan iklan keluar secara pop under apabila pengunjung melawati blognya.

Perbandingan bayaran bagi ketiga-tiga jenis iklan ini dari murah ke mahal ialah banner < pop under < interstitial. Kadar bayaran juga adalah berbeza mengikut negara, kdarnya boleh disemak di kadar bayaran iklan Adfly.

Servis adfly juga menawarkan tools kepada ahli-ahlinya bagi memudahkan untuk menjana pendapatan.  Antara beberapa toolnya ialah:

1. Mass Shrinker. Mass shrinker adalah tool yang boleh memendekkan sehingga 20 link serentak. Ini menyenangkan kerja kerana tidak perlu untuk pendekkan link satu per satu dan sangat berguna untuk pendekkan link yang banyak.

2. Multiple Links. Fungsi ini memerlukan pengguna copy source code html dan paste pada ruangan yang disediakan. Kemudian source code html itu akan ditukarkan kepada html yang baru dimana yang baru tersebut akan mengandungi link-link yang telah ditukarkan kepada link adfly.

3. Full page script. Skrip ini perlu dipasang pada blog anda dan link tersebut akan automatik ditukarkan kepada link adfly.

4. Website entry script. Skrip ini juga perlu dipasang pada blog anda dan pelawat blog anda akan di-redirect-kan ke website Adfly dalam sela masa yang boleh ditetapkan sebanyak sekali atau beberapa kali bergantung kepada tetapan anda. Fungsi ini tidak digalakkan untuk menggunakannya kerana akan mengganggu pelawat anda.

Wang boleh di cash out apabila sudah mencecah sebanyak USD5 dan bayaran boleh diterima melalui akaun Paypal. Penting! Gunakan akaun email Paypal semasa mendaftar akaun Adfly kerana bayaran akan dibuat kepada alamat email tersebut. Pergi ke laman rasmi Adfly untuk mendaftar.

Diharap post kali ini boleh membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada blogging.

 

 

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Blogging Tutorial Tagged With: adfly, monetize

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Devotees - Info | Full Album | Lagu
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Pengalaman Menggunakan Hotlink Fast Pantai Timur

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in