Kali ni aku akan menunjukkan bagaimana cara untuk membuka fail backup Nokia yang telah dilakukan menggunakan Nokia PC Suite atau OVI Suite.
korang mungkin memerlukan ini kerana fail backup itu menggunakan telefon yang telah korang tidak milikinya lagi sekarang tapi korang perlukannya kerana terdapat fail/mesej/contact yg penting di dalam.
Atau korang tidak mahu untuk restore satu fail tersebut sebaliknya hanya mahukan beberapa fail untuk disalin semula ke dalam.
Jika korang mahu membuka fail ini untuk melihat kandungannya, di sini aku menggunakan dua program iaitu Noki dan juga NBU Explorer. Oh ya, extension untuk fail backup ini ialah *.nbu.
Noki bukan sahaja boleh membuka fail *.nbu malah juga fail *.nfb dan *.nfc. NBU Explorer pula boleh buka lebih banyak fail iaitusemua yg diatas dan juga *.arc (fail backup yg dijana sekiranya backup menggunakan telefon bimbit), *.nbf, *.mms, *.zip, *.cdb
Perbandingan antaramuka Noki dan NBU Explorer selepas membuka fail yg sama.
Lihat gambar di bawah cara-cara untuk membuka pesanan SMS pada NBUexplorer.
Atau buka terus dari tab ‘Messages‘
Untuk membuka pesanan SMS pada Noki pula, perlu masuk ke folder mesej secara manual kerana tidak terdapat tab ‘message’ sepertimana yang dimiliki oleh perisian NBUexplorer.
Kelebihan Noki berbanding NBU Explorer ialah Nokia boleh save mesej, notes, contacts, calendar entry dan yang seumpamanya dalam format *.txt. Malangnya program ini bukan percuma dan versi trial hanya mampu untuk save untuk 50 fail sahaja. korang ada pilihan samada nak save dlm format asal atau dalam txt. Kalau NBU Explorer, ianya percuma tapi kalau nak save fail, dia akan save dalam format yang sebenar, tak support untuk save dalam txt.
Dalam satu-satu kes, ada fail yg tidak dapat dibuka oleh Noki dan sebaliknya bergantung kepada versi PC/Ovi Suite yang digunakan untuk melakukan backup. Jadi gunakan kedua-dua program ini untuk semak secara silang fail-fail yg terdapat dalam backup supaya tiada yang tertinggal.