• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Panduan Windows 7 / Tutorial Tukar Boot Screen Windows 7

Tutorial Tukar Boot Screen Windows 7

15/01/2015 by Toji Ali Leave a Comment

Baiklah semalam, aku ada post tutorial menukar logon screen Windows 7, kali ini berkisar tentang tukar menukar Windows 7 juga. Tapi kali ini lebih menarik kerana bukan sahaja menukar gambar statik macam semalam, tapi untuk menukar animasi ketika Windows 7 tengah boot up atau startup. Inilah dia, tutorial tukar boot screen windows 7.

Software yang digunakan kali ini ialah Windows 7 Boot Updater daripada CoderForLife.

windows 7 boot screen
Antaramuka (interface) software yang akan kita terokai

Di atas ialah antaramuka perisian sebaik sahaja aplikasi tersebut dibuka. Di atas adalah segala option yang ada bagi tab booting. Booting ialah proses ketika Windows 7 mula dihidupkan (pasang laptop/desktop). Resuming pula adalah proses untuk menghidupkan semula Windows 7 setelah hibernated atau terlalu lama berada dalam sleep mode.

Dalam dropdown menu kategori Animation, terdapat 3 option; default, static image dan juga animation. Animation yang default adalah animasi logo Windows yang berada dalam kotak merah pada gambar di atas. Animasi default juga merujuk kepada animasi yang didatangkan sekali dengan boot screen file (.bs7) yang kita boleh download dari internet. Bahagian ini kita akan bincang kemudian. Static image pula ialah sebarang gambar yang kita boleh pilih untuk digunakan sebagai boot animation yang menggantikan animation default Windows 7. Manakala animation pula ialah sequence gambar sebanyak 105 keping yang bertindak sebagai animasi untuk menggantikan animation default Windows 7. gambar pertama sehinga gambar ke 60 akan dimainkan dahulu sebelum gambar ke-61 dan ke-105 akan dimainkan secara looping memandangkan Windows memang akan loading dengan lama bergantung kepada setting, startup object and services, kemampuan hardware etc.

Background ialah warna latar, defaultnya ialah hitam.

Bagi method, biarkan option simple. Ada satu lagi option iaitu complete, di mana option ini membolehkan user memilih sendiri gambar latar yang mahu digunakan berbanding hanya boleh memilih background colour pada option simple.

Message adalah sebagaimana yang tertera pada gambar iaitu (c) Microsoft Corporation dan juga Starting Windows. Pada option count, kalau hanya memilih 1 message, hanya message (c) Microsoft Corporation akan keluar. Mesej-mesej ini boleh diganti, boleh ditukar warna, saiz dan kedudukan, sila rujuk pada gambar, ada option untuk menukar semua itu.

Boleh klik pada play untuk preview boot screen yang sedang dibuat.

Selepas sudah puas hati boleh klik pada Apply dan sila tunggu seketika untuk proses selesai membuat penukaran.

Tapi option yang paling senang ialah untuk memuat turun boot scrren file yang sedia ada. Fail .bs7 yang dinyatakan di atas. Boleh cari di internet, berlambak fail yang dah orang buat, ada banyak yang menarik dan cantik.

Pergi ke File >> Load Boot Skin. Pilih fail yang korang dah download. Boleh klik play untuk preview dan klik apply bila sudah puas hati atau load skin yang lain kalau yang itu tidak lawa.

Selain boleh buat sendiri atau load yang orang lain sudah buat, kita juga boleh export boot screen yang kita buat ke dalam fail .bs7 yang mana kita boleh upload dan share kepada orang lain.

Menarik bukan? Software ini boleh didapati di sini atau pergi ke laman web rasmi penciptanya untuk versi terbaru.

Sekian sahaja untuk kali ini, Diharap artikel ini bermanfaat untuk para pengunjung sekalian. Mohon share artikel ini agar orang lain dapat manfaat sama. Sekin terima kasih.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Panduan Windows 7, Perisian Tagged With: boot screen, startup scrren

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Cara Daftar BSN Online Banking (myBSN)
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in