18 Mei 2015. Result PSPM II keluar, aku tak tahu pun. Aku kurang alert sebab internet takde kat rumah aku. Kalau ada internet boleh aku alert website MOE dengan Matrik. Nasib baik 17 Mei malam tuDin bagitahu aku. Aku punya la berdebar-debar dan tak sabar nak tunggu result aku nanti. Aku mula membayangkan yang bukan-bukan. Aku kalau boleh nak kekalkan PNGS I aku. Aku pun ingat 18 Mei 12.00 am tu dah boleh check la. Aku pun SMS la 15888. Haram, result tak keluar lagi, 40sen duit aku kena sapu, sebab sblm pukul 12 lagi aku dah sms 1 msg, sebab dah tak sabar sangat.
“RM0.20. MOE. Harap maaf, keputusan matrikulasi masih belum dikeluarkan.”
Very ANNOYING. Aku tak dapat nak pejamkan mata, memikirkan apa yg akan terjadi kepada result aku, pukul 4 pagi rasanya, aku baru tertidur, pukul 6:30 bangun subuh, Lepas tu memang takleh tidur dah. Aku keluar ambil kesegaran udara pagi, sambil menyaksikan matahari terbit. Alangkah indahnya panorama ciptaan Ilahi. Kepala aku memang pening gila sebab dah berapa bulan aku oversleep. Bila kurang tidur begini memang aku tak boleh nak tahan. Tapi aku buat macam takde apa-apa. Nak pengsan rasanya. Pagi tu Wan SMS kata result tak keluar lagi, kena tunggu pukul 12:00 pm pulak. Sial, aku dah tak sabar dia boleh main tangguh-tangguh. Macam result SPM, kena tunggu tengah hari baru result keluar.
Pukul 2:00 petang aku sms 15888 sekali lagi. Tak balas-balas. Very ANNOYING. Aku pun pergi la ke cyber cafe kat kampung aku. Sebab dah 2-3 jam aku tunggu, sms tak di-reply pun. Bila aku kat cc, punya la susah nak check, aku buka homepage MOE tak jumpa link, buka homepage bahagian matrikulasi pun takde link, buka portal KMPP, lagi la jauh bebenor nak ada. Aku buka Facebook, tengok annotation, nasib baik ada orang yang post direct link untuk check result PSPM II di wall group yang aku join. Terima kasih banyak-banyak ya.
Bila aku check, punggah! Aku memang kecewa la. Sepanjang petang dan ke malam aku termenung. Memikirkan result aku. Pilihan kursus kat UPU banyak yang kena tukar, dan kursus USM semua nak 3.x, memang dah takde harapan kot. Ditambah dengan result member-member aku yang semua gempak, lagi la ANNOYING. Malam tu ribut, petir, kilat, guruh, semua ada. Hujan lebat mencurah-curah dan tiba-tiba kilat yang aku rasa paling cerah setakat ini menyambar. Rumah aku terus blackout, aku ingat semua rumah area aku blackout la. Tapi yang misteri belantaranya, rumah aku sebuah je yang takde letrik. Very ANNOYING.
Dalam takde letrik tu, aku sms member-member, berkenaan result aku, nasib baik member-member pujuk aku. Apa gunanya ade kawan kalau bukan ni kan. Tapi bila keadaan aku yang cam gini, tiap kata-kata semangat dan harapan yang diorang bagi aku terasa seperti memerli dan hati aku begitu terpanah sekali. Bila dah macam ni, memang takleh tidur lagi la aku malam tu. Dalam bergelap tu lagi la aku takleh tidur. Di KMPP, aku memang takleh tidur dalam cerah, tapi bila kat rumah, memang turun temurun aku takleh tidur dalam gelap. Sungguh ANNOYING, aku pun taktahu bila aku terlelap.
Keesokannya, pukul 10pagi, call pihak TNB. Dalam 2 jam katanya, bantuan akan sampai. Dalam menunggu tu tergerak hati aku untuk buka tv. Bila aku buka je suis soket yang dekat tv tu, tiba-tiba ade letrik, lepas tu dalam bilik aku pun actually ada letrik, kat dapur pun peti ais memang ada letrik sejak semalam. Yang takde letrik nya adalah lampu-lampu dan kipas kat luar. Aku dah check semalam, main switch tak terpadam automatik, cuma ada satu jumper pengcawang dawai terarah ke bawah, aku ingatkan memang macam tu. Bila dah semua ada letrik so memang kat situ je la yang problem. Aku pun tolak la jumper tu keatas, semua lampu terus menyala, rupanya sebab kilat kuat, jumper yang satu tu terbuka automatik, so litar pun terputus la, bila aku tolak naik keatas, jumper tertutup dan litar pun terus bersambung balik. Very ANNOYING, aku bergelap sia-sia semalam. Aku dah ingat dah semua keadaan kat litar utama tu. so bila jadi lagi camni, aku dapat detect mana yang tak kena.