Kadang-kadang kalau ada nk copy imej dari skrin komputer.. Tekan jer PrintScreen lepas tu bukak Microsoft Paint dan paste, lepas tu baru save. Leceh jugak..

Tapi kalau guna third party software segalanya akan berjalan dengan mudah. Software pertama yg aku guna ialah Gadwin Print Screen. bagi aku ianya tak best sebab bila tekan printscreen, dia akan tanya nak save ke tak. Aku nak yang asal printscreen jer, terus dia save menggunakan setting yang telah ditetapkan awal-awal.

So aku test software satu lagi iaitu GreenShot. Memang terbaik sebab dia boleh berikan sepertimana yg aku mahukan. PrintScreen dan dia autosave. Masa awal-awal install memang dia tanya dulu nak save kat mana, tapi ada option untuk setkan folder untuk autosave.

Tapi sebenarnya tujuan aku nak yg ada option autosave ialah aku nak save screenshot PES 2014 yg baru aku install semalam. Tapi bila aku bukak pes dan tekan PrintScreen, aik asal lak dia tak save?

So aku google camner nak save screenshot PES, dapat la program namanya Fraps. Fraps mmg boleh buat screenshot tu, malah boleh rekod video yg kita playback pada PC dengan syarat bukan video internet. Tapi nak buat apa, sebab kalau video tu dah ada dalam PC, convert je lah kalau nak tukar format. kalau boleh rekod video internet ok jugak, boleh la rip video yg ada download restriction.

Ok lah, harap tiga software yg aku mention kali ni boleh membantu.

P/S: Link fraps yg aku bg adalah cr**k*d punya.. aku tlg link jer, tp bkn aku yg upload. Software yg dua terawal adalah freeware so boleh terus donlod dr official webpage.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *