Lebih kurang sebulan yang lepas, aku ‘terbeli’ modem 4G model Tenda 4G185.

tenda 4g185
Tenda 4G185

Tujuan beli

Sebab aku dalam proses untuk terminate langganan internet YES 4G. Aku perlu putuskan langganan internet yang seterusnya. Aku perlu test sama ada line internet yang baru laju atau hampeh.

Aku hanya fokuskan kepada Digi dan Maxis sahaja kerana Digi tawarkan pelan yang menarik iaitu RM100 untuk 100GB data. Puas hati dah tu. Maxis adalah backup sekiranya Digi line tak OK. Maxis tak ada masalah kat rumah aku sebab aku dah biasa pakai, selalunya takde hal punya. Masalahnya Maxis harga dia agak mahal la sikit.

Takde peranti 4G

Masalah yang dihadapi untuk menguji cuba ialah, jujur aku cakap, aku takde smartphone 4G. Aku hanya ada seketul (?) telefon 3G usang jenama Samsung yang dibeli beberapa tahun yang lalu. Barang Samsung barang baik, tak rosak lagi. So aku tak suka membazir, guna je yang itu.

samsung galaxy trend plus
My old trusty Samsung Galaxy Trend Plus. Bercalar-balar dah

OK la, OK la, sebenarnya aku ada telefon 4G iaitu YES Altitude yang aku gunakan bersama-sama simcard YES 4G. Malangnya smartphone berkenaan hanya menyokong gelombang 4G/LTE TDD (gelombang 4G yang YES pakai). Kalau masukkan simcard telco lain, Digi ke, Maxis ke, dia hanya naik 3G sahaja. Bukan sebab YES block simcard lain, tapi sebab telco lain menggunakan gelombang 4G/LTE FDD yang tidak disokong oleh smartphone YES Altitude. Sebab itu awal-awal aku cakap, aku takde smartphone 4G.

YES Altitude
Sumber gambar: laman web yes.my

Jadi nak tak nak aku terpaksa beli either modem 4G or smartphone 4G. Jadi aku putuskan untuk beli modem 4G terus, boleh guna modem yang tu terus nanti. Digi dan Maxis kalau tak ambik modem diorang, tak payah kontrak, so senang nak terminate bila-bila masa kalau tak best.

Pilihan modem 4G

Aku sebenarnya dah decide nak beli 4G router jenama TP-Link. 4G router ini boleh masukkan simcard dan boleh cucuk kabel terus ke PC. Acah-acah macam router Streamyx/UniFi gitu lah.

Jadi aku pergi lah ke sebuah kedai PC terdekat. Aku pun mula buat hal. Aku tanya pekerja kedai, maka dia pun bagitahu lah segala modem 4G yang ada kat kedai tu. 4G router yang aku nak tu pun ada. Dan akhirnya aku pun beralih hati daripada nak angkat 4G router TP-Link kepada portable MiFi model Tenda 4G185.

Alasannya mudah:

1. Murah. RM300 sahaja. Lebih kurang RM150 lebih murah berbanding 4G router TP-Link. Lagipun aku kekurangan budget untuk beli budget graphics card dan juga monitor bersama-sama dengan modem 4G ini.
2. Pakai bateri. Jadi tak payah la selalu on suis. Sedangkan TP-Link perlu dipasang suis sepanjang masa.

So, dipendekkan cerita, jadilah aku beli modem 4G Tenda 4G185 tu. Kira ‘terbeli’ lah tu. Sebab lain yang dirancang, lain pulak yang dibeli.

So sampai rumah aku tak terus bukak sebab aku pasang dulu graphics card yang aku beli tu. Aku bukan gamer pun, main PES dengan CS:GO je. Selalunya aku ‘galo’ main game pakai onboard graphics je. Tapi sebab PES 2018 langsung tak boleh main tanpa graphics card, so beli je lah satu budget GPU. Jadi main game sampai malam lah sebab excited first time PC aku ada dedicated GPU. Lepas tu try monitor pulak. Alhamdulillah monitor dan graphics card tadi berfungsi dengan baik.

Unboxing

Dah tengah malam baru aku cuba bukak modem Tenda 4G185 ni. Aku masukkan simcard Digi ke dalam modem ini.

Modem ni memang teruk. Nak bukak cover belakang untuk masukkan simcard dan bateri bukan main susah. Aku tak boleh nak bukak dengan kuku. Aku terpaksa umpil dengan pisau. Lepas tu, nak masukkan simcard bukan main susah lagi, habis calar dan tertanggal cat kat belakang simcard. Belakang simcard tu dah nampak macam kena toreh dengan pisau.

Bila on je, line 3G yang naik. Aku dah frust dah. Takkan aku salah beli. Takkan pekerja kedai tu ‘lipak’ aku pulak. Aku risau perkara sama macam smartphone YES Altitude iaitu modem ini hanya support 4G untuk YES dan Webe sahaja (YES dan Webe/P1 pakai spektrum 4G TDD). Walaupun kat kotak tulis support Digi, Maxis, Celcom bagai tapi sekadar support untuk 3G sahaja. Kalau betul, naya aku, aku pergi ‘lerak mejo’ jugak kat kedai tu nanti.

tenda 4g185
Naik line 3G je

Aku cuba bertenang dan try research sikit pasal modem ni. Dan semua website yang aku bukak katanya support spektrum FDD (yang kebanyakan telco pakai), siap tanya soalan bagai kat Lazada. Tapi kenapa aku punya 3G? Rumah aku dapat 4G untuk semua telco.

Esoknya aku try sekali lagi, sama jugak, tetap 3G. Aku tak ada simcard lain untuk test. Simcard Celcom dah berbulan-bulan mati, simcard Altel pun sama. Simcard #Hotlink yang aku pakai sekarang sekadar simcard 3G sahaja.

Aku pun cuba pulak dengan simcard YES 4G walaupun spektrum tak sama dengan yang lain-lain dan aku takde niat pun nak test simcard YES sebab boleh guna elok-elok je dengan smartphone YES Altitude tu. Yang mengejutkan aku bila masuk je simcard YES, terus jadi “No Service” sedangkan sebelum aku cabut simcard dari smartphone YES Altitude, elok-elok je ada line 4G.

tenda 4g185
“No Service” bila masukkan simcard YES 4G

Sometimes Sh^_^t Happens

Kat sini aku dah dapat detect apa yang tak kena dengan modem ni:

1. Simcard Digi = Line 3G
2. Simcard YES = Takde line

Disebabkan YES 4G hanya ada line 4G sahaja, kalau di kawasan yang tiada liputan 4G dia akan jadi no service. Manakala Digi pula hanya naik 3G sahaja sedangkan dalam kawasan 4G. Jadi dapat disimpulkan modem ini tidak dapat detect line 4G.

Aku pun PM Facebook Page kedai yang jual modem ini. Dia reply aku kena bawak ke kedai untuk technician diorang check dan bawak resit sekali untuk claim warranty.

Jadi memang terbukti rosak dan kena tunggu la untuk dihantar repair.

Aku mana ada masa nak tunggu untuk benda alah tu di-repair, jadi tak lama lepas tu aku beli pula 4G router TP-Link, yang sepatutnya aku mahu beli dulu.

Sudah siap dibaiki

Hari Jumaat minggu lepas, akhirnya modem Tenda 4G185 itu pun siap dibaiki, pekerja kedai dah call bagitahu. Jadi hari Sabtu terus aku pergi ambik.

Bila dah dapat balik tu aku tak terus bukak. Aku abaikan je. Sebab aku dah takde mood dengan benda tak guna tu. Lagipun sebab sekarang aku cukup berpuas hati dengan 4G router TP-Link, so pelan-pelan unbox la. Yang aku perasan, pengedar/importer asal dah ganti dengan unit yang lain, sebab nombor siri dan nombor EMEI berbeza daripada yang asal. Patutnya kedai awal-awal ganti dengan unit lain, sebab jual barang rosak dekat pelanggan!

Tenda 4G185
Tenda 4G185 yang sudah diganti baru

Dua tiga hari lepas baru aku bukak. Macam yang sebelum ni jugak, nak bukak cover belakang sangat susah, nak masukkan simcard lagi susah. Tapi alhamdulillah, sudah naik line 4G. Aku pun acah-acah pakai secara ala kadar, buat speedtest dan try USB tethering. Hasil speedtest membuatkan aku dalam dilema jugak lah samada nak stick dengan Hotlink Fast atau beralih kepada Digi biGBonus, sebab nampak gayanya Digi lebih berdesup berbanding Hotlink, ping pun rendah jugak.

speedtest digi
Speedtest Digi

Nampaknya speed wireless lebih laju berbanding USB tethering. Mungkin itu memang limitation USB la kot. Lepas tu dah tak on dah. Mungkin boleh digunakan sebagai backup nanti.

Packaging

Yang disertakan dalam packaging ialah:

1. Modem itu sendiri
2. Bateri
3. User manual
4. USB cable

Specs Tenda 4G185

Ukuran:
98×59.5×13.8mm(L*W*H)

Berat:
Lebih kurang 85g termasuk bateri

Gelombang yang disokong:
FDD-LTE: B1/B3/B7/B8/B28
TDD-LTE:B40/B41
WCDMA:B1/B8
GSM:B3/B8

Speed:
FDD-LTE DL/UL 150Mbps/50Mbps
DC-HSPA+ DL/UL 43.1 Mbps/5.76 Mbps

Paparan:
1.44′ Color OLED,128X64 Pixels
4G/3G/2G Network Status
Connection Status
Battery Status
New SMS Status
Mobile operator name
WPS
Roaming Status
Internet Status

Bateri:
Capacity: 2100 mAh
Working time:6 hours (normal network situation)

Slot:
MicroSD slot ,Support(Up to 32GB)
SIM slot
Micro-USB, 5V/1A for charger and storage data sharing

Butang:
Power
WPS
Reset

**Sumber daripada laman web Tenda. Sila ke laman web Tenda untuk spesifikasi lengkap.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

4 thoughts on “Aku Terbeli Modem 4G Tenda 4G185”
  1. […] murah dan pakai bateri jadi tak perlu nak pasang plag sepanjang masa. Namun nasib aku agak malang, beli-beli terus rosak. Daripada nak jimat duit, RM300 yang dikeluarkan terus masuk […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *