Dulu masa aku kecik-kecik aku memang seorang yang buta IT, aku langsung tak reti nak handle komputer, bila ade kelas ICT jer, aku memang takut nak jamah komputer kat sekolah, aku takut rosak. Bila aku masuk darjah enam, akak aku ada beli sebuah PC untuk menyenangkan kerja-kerja dia, aku pun tak tahu mana dia korek duit tuh, sebab time tuh dia tak kerje lagi. Start daripada situ la, aku mula godek-godek sendiri, semakin lama aku makin tahu serba sikit pasal komputer ni dan akhirnya aku mampu untuk memahami jiwa komputer ini, kira walaupun bukan expert tapi aku kira boleh la juga tahu pasal benda-benda penting yang aku perlu tahu berkaitan komputer ni.
Masa aku sekolah menengah, tingkatan tiga rasanya, tiba-tiba jer pc tu tak boleh nak on, dalam sebulan juga aku rasa tak boleh on, so aku menghabiskan masa untuk buat satu research kat cc macam mana aku nak repair pc tu, nak bawak pegi kedai komfem mahal. Aku try and error tapi tak jadi pun, satu hari tergerak hati aku nak buat benda ni, solution yang paling simple, RAM dia tak kemas, aku ketatkan jer RAM tu, terus happy, aku bukan main lagi happy sebab dah lama aku tak boleh nak on kan pc pastu hari tu dah boleh hidup jasa aku, mak aku pun puji aku. Satu lagi, dia buat hal lagi. Tak boleh nak on, bila aku tekan power button, screen keluar kata, “a disk read error occured”, sebab partition 1 di mana aku install Windows tu corrupted sebab virus punya kerja, tapi time tu aku tak tahu lagi, puas aku tanya orang kedai repair komputer tapi diorang pun tak tahu. Lepas tu bila aku dapat tahu, aku terus boot pc dari cd installer windows XP (time ni XP standard lagi, Vista pun tak berapa feymes lagi, 7 jauh lagi nak keluar), aku pun repartition hard disk dan reinstall Windows. Done. Aku dapat on pc aku balik. Sekali lagi pc aku hidup jasa aku. Tapi bila dah format balik ni memang letih la, nak install driver tu la ini la, lepas tu nak kena install software yang penting-penting lagi, Microsoft Offices, antivirus, apa lagi.
Kemudian, time aku form 4, motherboard pc tu pulak rosak. Aku on pc, boleh guna kejap, lepas tu hang. Aku tanya member-member dan buat researh kat internet, possibility yang tinggi adalah power supply failure atau motherboard failure. Sebelum aku assume ia rosak motherboard yang mahal tu, aku beli power supply baru. Membazir sebab hasil dia pun sama juga. Aku pun beli motherboard baru, bila dah beli motherboard baru tu, that means processor pun mesti la kena beli yang baru kan, nanti tak fit pula processor dgn papan ibu tu. Habis saving aku dan tak pasal-pasal kena hutang dengan member-member aku. Motherboard lama Asrock aku ganti dengan motherboard murah ECS berharga RM100 lebih jer sebab tak cukup budget. Processor lama Intel Pentium 4 aku ganti dengan Intel Dual Core, processor standard yang paling budget la, RM200++ or RM300++ la harganya. Aku tak berani nak pakai AMD sebab benda tu cepat panas.
Aku telah menyumbangkan ‘pitis’ dan fulus serta effort aku untuk repair pc tu, so dengan automatiknya aku gelar pc tu dah jadi hak mutlak aku. Bukan lagi milik akak aku. Disebabkan pc ni dan aku banyak kenangan dan telah mengharungi segala rintangan bersama, so thats wahy I loVe my pc very much. I LOVE YOU!