Bunyinya macam pelik dan tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya. Masa form 4 dulu, hari-hari aku cirit-birit dan terpaksa berulang-alik ke tandas. Ianya sangat menyusahkan kerana berada di sekolah. Aku fikir-fikir, apa yang telah aku makan sampai jadi macam ni sekali. Baru aku perasan ibuku sediakan air teh Lipton untukku. Selalunya aku minum teh Boh. Lepas aku berhenti je minum teh Lipton, perutku sudah tidak memulas lagi.

Lama berselang, itu cerita hampir tujuh tahun yang lalu. Minggu lepas, minggu pertama aku menjalani latihan industri, perutku memulas lagi. Malam sebelumnya, aku minum teh Lipton yang housemate-ku bancuh. Aku tak sangka pula, minum waktu malam akan melarat sampai ke siang hari. Aku buat kerja dengan penuh rasa tidak selesa. Tiga kali juga aku ke tandas hari tu. Hampir-hampir aku buat keputusan nak berbuka awal kalau-kalau lega sikit perut ini.

Since then, aku decide kalau boleh tak nak lagi sentuh teh Lipton. Memang terbukti perutku tidak boleh menerimanya. Tapi aku tak faham kenapa aku alah kepadanya sedangkan akak aku selalu kata, perut aku adalah perut lembu pasal aku boleh makan apa saja dan makan macam-macam tanpa keracunan makanan.

air teh
Enjoy drinking Tea O, but for sure bukan Lipton

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

0 thoughts on “Aku Elergik Dengan Teh Lipton”
  1. salam..saya ingin membuka akaun paypal.bolehkah saudara memberi penerangan step by step dengan lebih detail.saya ingin survey online dan nak buka akaun paypal personal bukan untuk jual beli.just untuk receive payment dr survey online.jadi klu nak buka akaun paypal untuk personal kena klik yg mana coz ada untuk buy online dan business serta receive payment.klu guna debit card cimb blh x utk link dengan akaun paypal.harap saudara dapat beri sedikit penerangan tersebut pada saya.terima kasih

    1. Wslm.. Sy ada buat post cara2 untuk buka akaun PayPal kat sini – https://sanazi.my/panduan-buka-akaun-paypal/
      Sy dah check, hanya ada dua option sahaja “Buy with PayPal” dan “Receive payments with PayPal”. Piliahn untuk akaun personal ialah “Buy with PayPal” walaupun awak tak nak beli apa2 dengan akaun PayPal tu. Boleh terima bayaran tanpa sebarang masalah. Refer link yg saya bagi tadi untuk step by step. Kalau ada masalah boleh tinggal komen kat situ. 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *