ysense

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya akan kongsikan sebuah laman web yang mampu memberi anda pendapatan sampingan untuk tiap-tiap bulan. Laman web yang dimaksudkan ialah ySense. ySense sebelum ini dikenali sebagai ClixSense sudah wujud dan dipercayai sejak tahun 2007. Keahlian mereka dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia.

  • Artikel ini telah dikemaskini untuk tahun 2023.

Berikut adalah senarai lengkap aktiviti yang anda boleh lakukan untuk dapat bayaran:

1. Paid Surveys.

Tinjauan berbayar adalah antara cara yang popular untuk side income online. Yang uniknya dengan ClixSense, surveys daripada website berbeza seperti Toluna, CINT, GTM, ViewFruit, Your Surveys dan banyak lagi dikumpulkan di satu tempat. Anda tidak perlu mendaftar akaun banyak-banyak, dengan satu akaun, dapat akses ke semua surveyors ini.

ySense paid surveys invitation
Senarai jemputan berserta kadar bayaran masa yang diperuntukan
buat duit online dengan ySense
Paid surveys yang ada di halaman Surveys
  • Lengkapkan profail tinjauan yang disediakan di halaman survey untuk mendapatkan survey invitation.
  • Install addon/extension untuk notify invitation survey.
  • Jangan sekadar tunggu invitation, boleh cuba daily survey router yang ada di halaman survey.
  • Survey juga terdapat di bahagian offer (baca di bawah).
  • Huraian lanjut mengenai survey.

2. Offers.

Paid surveys juga boleh didapati daripada senarai offers yang ada. Selain surveys, boleh main game, Android/iOS apps/games testing dll. Nilai yang ditunjukkan adalah dalam cents. 1 cent bersamaan $0.01, 100 cents bersamaan $1.

buat duit online dengan ySense
Antara survey yang ada pada halaman offers.
buat duit online dengan ySense
Antara offer games. Sumber download adalah selamat daripada Play Store dan App Store.

3. Daily checklist.

Lengkapkan daily checklist dan dapat bonus sehingga 16% daripada total daily earning.

Senarai semak harian (12%) ialah:

  • Lengkapkan 2 paid surveys, ATAU
  • Lengkapkan 2 offers, ATAU
  • Lengkapkan 1 paid survey dan 1 offer.

Bonus tambahan (+4%) ialah:

  • Pasang addon (extension ySense) dan buka web browser yang dipasang addon itu selama 1 jam. (+2%)
  • Streak. Maksudnya lengkapkan senarai semak harian (12%) setiap hari tanpa miss dan anda dapat 2% lagi bonus tambahan.
buat duit online dengan ySense daily checklist
Daily Checklist Bonus

Gambar di atas menunjukkan antara rekod terbaik saya untuk daily checklist. Untuk tahun 2023, hanya ada paid surveys dan offers sahaja sebagai keperluan untuk daily checklist.

4. Referrals.

Ajak kawan-kawan join sama dan dapat komisen daripada earning diorang. (ySense yang bayar, bukan potong daripada earning kawan-kawan ya :p )

Langkah ini optional sahaja. ySense menjanjikan hasil pendapatan tanpa perlu mengajak orang lain untuk turut serta, terima kasih kepada tinjauan berbayar dan offers.

Namun, jika mahu lebih lagi, anda bebas untuk mengajak orang lain turut serta menggunakan pautan khas (referral link) anda. Anda akan dikira sponsor kerana mengajak orang lain untuk turut serta manakala referrals anda dipanggil sebagai downlines.

  1. Anda akan dapat 20%-30% komisen untuk setiap paid survey atau offer yang dilengkapkan oleh downline anda.
  2. Anda akan dapat $0.10-$0.30 komisen untuk setiap ahli baru yang aktif di ySense.
  3. Setiap downline yang cecah earning $5 untuk kali pertama, bonus $2 akan diberikan kepada anda.
Screenshot langsung daripada website ySense
Komisen yang saya dapat

Gambar di atas menunjukkan rekod komisen yang saya dapat. Saya dah susun/sort bagi komisen paling besar kat atas dulu. Column “description” yang saya sudah block menunjukkan referral mana yang sumbang komisen kepada saya.

Pembayaran keluar (cashout)

Minimum cashout adalah $5 melalui kaedah Amazon gift card. Untuk cashout ke akaun PayPal minimum $10 diperlukan. Untuk pindahkan wang dari ySense ke akaun bank saya sarankan pakai PayPal. Kalau masih baru dengan Paypal, rujuk panduan buka akaun Paypal, panduan sahkan identiti untuk akaun Paypal dan panduan pindahkan wang dari Paypal ke akaun bank Malaysia.

buat duit online dengan ySense, cashout options
Pilihan yang ada untuk cashout

Bukti pembayaran daripada ySense

Sudah semestinya semua orang mahukan bukti pembayaran sebelum sertai apa-apa program di internet supaya terbukti mereka benar-benar membayar dan bukan penipu/scam.

Untuk makluman, ia akan mengambil sedikit masa sebelum bayaran diproses, jadi kalau lama sangat tu, jangan gelabah pula, diorang tetap akan bayar.

Saya sudah join ySense atau dulunya dipanggil ClixSense sejak 2016 dan masih join sehingga 2023, mereka memang membayar dan tak pernah scam/menipu.

Ini ialah bukti bayaran daripada ySense untuk 2023:

“The Rewards Store” tu ialah ySense

Berikut antara bukti-bukti bayaran yang terdahulu daripada ySense. Juga bukti bayaran melalui kaedah lain disamping PayPal.

buat duit online dengan ySense - bukti pembayaran
Antara payments yang datang dari ySense ke akaun PayPal
clixsense payment proof
Bukti bayaran daripada ClixSense (PayPal history)
buat duit online dengan ySense - bukti pembayaran
Payment dari ySense dalam bentuk Amazon.com gift card
buat duit online dengan ySense - bukti pembayaran
Sebelum ini, ClixSense hilang sekejap PayPal , maka payment method saya pilih Visa prepaid card

Kesimpulannya ySense mampu untuk menjana pendapatan sampingan kepada anda. Anda buat duit USD dan transfer ke akaun bank dalam mata wang Ringgit. 1 USD sudah lebih RM4, lumayan lah tu. Cuma perlu berpijak di bumi yang nyata, ySense boleh buat duit sampingan tapi bukan untuk jadikan sebagai pendapatan tetap.

Daftar ySense sekarang.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

17 thoughts on “Buat Duit Online Dengan ySense (ClixSense)”
  1. […] yang belum tahu mengenai CrowdFlower, disarankan baca post tentang side income melalui ClixSense. Di situ, salah satu cara earning adalah menerusi micro tasks daripada […]

  2. Salam… Terima kasih di atas info ini. Saya dah register Clixsense.
    Boleh saya tau, setelah anda upgrade ke PREMIUM, adakah apa2 perbezaan ketara dgn semasa anda di account STANDARD?
    Terima kasih.

    1. Wslm. Sama-sama. Beza yang ketara antara biasa dengan premium hanyalah bonus (7% vs 16%) dan lebih komisen bagi yang ada ramai referrals (5% vs 10%). Tiada beza antara biasa dengan premium dari aspek jumlah survey invitations atau lepas tak lepas survey atau kadar bayaran untuk survey/tasks. Ianya sama sahaja. Hanya upgrade jika (1) Ada sekurang-kurangnya ada level 1 untuk buat minimum 10 tasks setiap hari dan/atau (2) Ada ramai referrals/downline.

  3. […] Artikel berkaitan: Panduan untuk sahkan (verify) akaun PayPal – tambah kad kredit atau kad debit Panduan tentukan bahawa akaun Paypal anda verified atau unverified Panduan keluarkan duit dari PayPal ke akaun bank. Panduan buat duit online percuma masuk ke akaun PayPal. […]

  4. Hello..masih aktif dgn clixsense x? Nk tanya skrg clixsense dh x guna paypal so what the best option utk buat cashout ye?

  5. salam,skrg clixsense dah xbole guna paypal …cuma bole guna payoner ,payza dan tango card mcm mana eh ?saya cuma ada paypal yg … antara payoner ,payza and tango card tu mana yang ok ??

  6. assalam bagaimana cara kita nak minta syarikat survey bayar pd paypal adakah guna link atau merchant id yg diberi oleh paypal

    1. Waalaikumussalam. Bila nak pindahkan duit ke akaun PayPal, masukkan alamat email yang digunakan untuk daftar akaun PayPal.

  7. assalam apakah no akaun paypal yg telah kita create. adakah merchant id atau link yg diberi

    1. Kalau untuk terima duit masuk ke akaun PayPal, kena pakai email yang digunakan semasa daftar akaun PayPal tu.

  8. […] USD dan keluarkan ke akaun PayPal untuk dibelanjakan atau dipindahkan ke akaun bank Malaysia. Dulu Clixsense adalah reward site terbaik untuk kumpul duit USD, sekarang tetap terbaik tapi sudah tidak ada […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *