Assalamu ‘alaikum dan selamat sejahtera. Di sini aku ingin berkongsi satu software yangg disarankan oleh lecturer aku. Ini berikutan kerana tatabahasa atau grammar bahasa Inggeris yang agak lemah di kalangan pelajar terutamanya pelajar Melayu.
Perisian ini bagus kerana boleh menyemak dan betulkan grammar bahasa Inggeris kita. Perisian ini adalah percuma dan memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Ia menyokong bahasa Inggeris United Kindom (British) dan Amerika Syarikat. Nama software ini ialah Ginger
Ginger boleh di-integrate-kan bersama-sama dgn microsoft Office seperti Word, Firefox dan Google Chrome.
Contoh penggunaan dengan Microsoft Word ialah:
Ginger mestilah dibuka terlebih dahulu, pastikan ada ikon atau logo huruf G dalam bulatan biru pada taskbar.
Taipkan ayat dalam bahasa Inggeris, highlighkan dan tekan F2.
Ataupun letakkan kursor (actually bukan cursor, alah benda yang berkelip-kelip utk key in perkataan tu),
letakkan kursor pada permulaan ayat yang ingin disemak, kemudian klik butang G yang terdapat di atas tengah skrin.
Ginger akan analyze dan detect kesalahan grammar dan ejaan dan bertanya kepada user untuk approve atau mahu edit sendiri.
Note: Awalnya lecturer syorkan software White Smoke. Fungsi dia lebih kurang sama tetapi boleh translate dari satu bahasa ke dalam bahasa yang lain. Tapi sebab mahal giler, kalau harga dalam USD pun dh beratus, dalam Ringgit tak usah story la.
So dia recommend Ginger, free of charge. Ada jugak aku cuba cari White Smoke yang cr@ck3d version, tapi jumpa yang tahun 2010 punya, dah lapuk dan cr@ck tak menjadi. Kalau aku ada test yang trial punya, nanti aku post review dia. Mana taw terbukak hati korang nak beli app ni yang berharga $169.95.
BTW, sebut pasal rekomen ni, aku nk rekomen lesen percuma Avast Internet Security.