Tahukah anda gambar background pada lgon screen yang keluar setiap kali Windows 7 selesai proses boot up dan ketika sistem dikunci, ianya boleh ditukar? Jika korang sudah bosan dengan gambar latar warna biru yang didatangkan secara default apabila membeli laptop atau desktop Windows 7. Apa salahnya kalau mencuba untuk tukar gambar itu kepada wallpaper atau gambar peribadi kegemaran korang. Software yang diperlukan ialah Logon Changer for Windows 7 daripada Tweaks.com.
Gambar latar yang asal adalah berwarna biru seperti gambar di bawah, dan mungkin berbeza mengikut versi Windows 7 anda.
Klik pada Change Logon Screen untuk mencari gambar baru yang akan digunakan. Pergi ke folder dimana gambar yang akan digunakan berada. Klik pada imej tersebut dan seterusnya klik pada butang Open.
Satu mesej akan keluar untuk memberitahu gambar yang asal telah pun dibuat backup. Klik pada butang OK.
Satu mesej pemberitahuan gambar latar logon screen yang baru telah berjaya ditukar. Klik pada butang OK.
Maka keluarlah gambar baru yang telah diganti tadi. Yang ini memanglah hodoh sebab hanyalah gambar biasa sekadar contoh untuk tutorial ini.
Boleh tekan start dan pilih lock untuk test logon screen yang baru atau tekan je butang Test. Komputer akan dikunci dan korang kena masukkan balik password. Kalau tak suka, nak juga gambar yang asal boleh klik pada Revert to Default Logon Screen.
Sebagai tips, bagi mengelakkan gambar di-stretch (fit to screen) atau gambar terkeluar dari skrin (pan and scan), pastikan resolusi atau saiz gambar sama dengan resolution skrin semasa atau yang lebih besar tetapi mengikut nisbah lebar : tinggi yang sama.
Saiz skrin laptop yang standard adalah 1330×768, tetapi berbeza-beza mengikut kemampuan skrin dan juga kad grafik sesuatu laptop atau desktop. Untuk memastikannya, pergi ke desktop, right-click, dan pilih Screen Resolution. Dari situ maka keluarlah resolution skrin korang.
Tutorial ini sangat simple dan mostly korang semua dah tahu tentang ini. Kepada yang baru tahu, cubalah hari ini. Selain perisian yang ini, rasanya banyak lagi software lain yang boleh digunakan untuk melaksanakan tugas ini. Software ini boleh didapati di sini.
Cukuplah saja untuk kali ini. Jumpa lagi di tutorial yang lain pula. Kalau artikel ini membantu korang, sudilah kiranya klik pada butang share di bawah. Mungkin berguna juga buat orang lain. Terima kasih.
[…] semalam, aku ada post tutorial menukar logon screen Windows 7, kali ini berkisar tentang tukar menukar Windows 7 juga. Tapi kali ini lebih menarik kerana bukan […]