Kali ini saya ingin tunjukkan tutorial untuk setup WiFi Hotspot menggunakan Android Smartphone anda. Kita boleh menukarkan Android Smartphone kita menjadi access point untuk sambungan internet dan peranti wireless yang lain boleh berkongsi internet daripadanya.
Walaupun mungkin orang lebih prefer untuk melayari internet dan bersosial di smartphone sahaja tapi bagi saya, ada certain part yang tak best kalau tak boleh online dengan laptop, contohnya ketika hendak blogging.
Keperluan untuk WiFi hotspot / tethering
Perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah untuk melanggan pelan internet daripada telco. Bagi yang jenis burung hantu iaitu aktif pada waktu malam, ada pelan yang menarik daripada prabayar Hotlink iaitu RM3 untuk 2GB data. Pelan ini nampak berbaloi untuk pengguna yang mahu download fail berbanding dengan langganan bulanan quota standard 1GB, kalau guna yang itu untuk buat download, sehari je sudah habis quota.
Setelah sudah ada langganan mobile data, boleh proceed untuk membuat tetapan pada Android Smartphone anda sebelum menggunakan fungsi ini. Sebenarnya mana-mana step boleh didahulukan, nak langgan pelan dulu atau nak setting dulu, sama sahaja, kalau dah ada plan tapi masih belum boleh guna kalau tak setting dulu, kalau sudah setting tetap masih belum boleh guna jika tidak ada langganan mobile data. Jadi buat mana-mana yang anda suka dulu.
Langkah-langkah tetapan WiFi hotspot / tethering
Hidupkan mobile data. Kemudian hidupkan fungsi tethering. Ini adalah langkah untuk membolehkan peranti wireless lain untuk detect signal internet dari smartphone anda.
Pergi ke settings, pilih more networks settings di bawah tab connection dan pilih tethering and portable hotspot. Swipe slider on/off ke arah kanan skrin untuk switch on fungsi hotspot. (Alternatifnya, boleh tap pada Wi-Fi hotspot pada notification screen (skrin yang kena slide ke bawah dari atas skrin; skrin yang ada notifications, screen brighness etc)). Lepas dah switch on, tap padanya untuk masuk ke submenu. Dari sini kita boleh pilih untuk benarkan semua peranti connect kepada hotspot ini atau secara manual masukkan sesetengah peranti yang boleh sambung. Disarankan benarkan semua dan setkan password supaya orang lain tak boleh guna hotspot kita sesuka hati. Kalau pilih untuk secara manual masukkan peranti, nanti susah pulak nak cari MAC address peranti sebab kita kena masukkan MAC address peranti yang boleh sambung ke hotspot ini.
Tekan configure dan sila tetapkan network name dan kata laluan.
Kalau dah siap, maka sudah settle lah proses tetapan untuk tethering. Boleh try connect hotspot itu pakai laptop atau peranti wireless yang lain.
Kelemahan tethering ialah bateri akan habis dengan lebih pantas, dah la penggunaan mobile data lebih cepat makan bateri berbanding WiFi, ditambah pula dengan proses tethering, 2X mempercepatkan proses pengurangan bateri. Jadi tak sesuai untuk penggunaan tempoh yang panjang.
[…] internet asas percuma ini tidak membenarkan untuk membuat internet tethering atau mobile hotspot untuk berkongsi internet kepada laptop atau peranti lain. Ulasan lanjut tentang […]
[…] Overall, consider ok la, kalau nak dibandingkan dengan mobile data. Tapi tak sure la nak langgan balik ke tak, kalau nak beli yang sebulan punya RM40. Kalau aku langgan mobile data, RM30 je sebulan, dapat 2GB. Itupun takkan habis dia punya quota kalau main internet kat henset je, tambah-tambah lagi kalau speed EDGE yang aku rungutkan sangat awal-awal tadi. Kalau kat rumah di kampung, laju HSDPA, silap-silap kalau phone aku support 4G, 4G pun dapat kat kampung aku. Kat kampung dua hari je dah habis 2GB, sebab aku buat mobile hotspot. […]
[…] dan terus angkat YES Altitude. Yang penting smartphone itu dapat baca kad sim YES dan dapat buat tethering/hotspot untuk digunakan pada […]
Apabila membuat hotspot atau thetering, yang paling penting ialah telco yang kita guna beri kebenaran untuk 100% hotspot.
Betul tu. Kalau dulu telco tak block tethering sebab benda ni tak ramai orang pakai dan belum ada pelan mobile data yang unlimited. Sekarang ni je, bila dah ada pelan data yang unlimited, telco block/limit tethering supaya tak nak customers abuse fungsi ni.
[…] padanya dan ia akan bekalkan sambungan internet rangkaian 4G secara Wi-Fi sama konsep seperti tethering atau mobile hotspot sharing pada smartphone […]