Tinggal 2-3 hari lagi sebelum tahun 2016 meninggalkan kita. Anda sudah tukar kad debit baru atau masih belum?
Hujung tahun ini memang kalut. Bank-bank dibanjiri manusia yang ingin menukar kad debit lama kepada kad debit yang baru. Ramai yang terpaksa beratur panjang dan lama menunggu untuk selesaikan proses penukaran kad.
Tetapi tidak dengan Maybank. Terdapat kiosk yang boleh digunakan untuk menukar kad debit dengan cepat, hanya beberapa minit sahaja bergantung kepada kecekapan anda menekan skrin mesin tersebut dan kalau lama pun sebab beratur tunggu giliran.
Senarai lokasi yang dilengkapi kiosk ini
Senarai cawangan Maybank yang mempunyai kiosk ini.
Cara-cara menukar kad debit menggunakan mesin berkenaan
1. Masukkan kad asal dan masukkan nombor pin (dan mungkin pilih bahasa)
2. Tunggu arahan untuk masukkan MyKAD (slot yang berlainan, bukan slot untuk masukkan kad debit)
3. Tunggu arahan untuk letakkan ibu jadi di pengimbas.
4. Tunggu arahan untuk alihkan ibu jari dan cabut MyKAD.
5. Kad debit yang baru akan keluar (kad lama akan kekal di dalam mesin itu).
*Nombor pin adalah nombor yang anda sedang gunakan sekarang, bukan nombor default.
Tutorial video tukar Kad debit baru
Nak senang faham, tonton video ni. Kredit saluran YouTube Maybank.