Baru-baru ini saya telah beli sebuah smartphone yang kononnya ada fungsi 5G dan untuk makluman ini ialah peranti pertama saya yang ada fungsi 5G.

Smartphone yang dimaksudkan ialah Vivo Y36 5G. Smartphone ini telah dilancarkan pada Jun 2023 dengan harga RM1099. Jun 2024 saya beli smartphone ini dengan harga RM600+ di Shopee. Lebih kurang 40% jimat beli sekarang berbanding beli pada waktu pelancaran.

vivo Y36 5G (Kredit gambar – kedai vivo di Shopee)

Spesifikasi smartphone ini ialah 8GB RAM + 8GB Extended RAM, 256GB ruang simpanan, 44W Fast Charging, saiz skrin 6.64 inci dengan resolusi skrin 2388 × 1080 Full HD+, bateri 5000mAh, kamera 50MP. Asalnya datang dengan Android 13 tapi saya sudah update ke Android 14. Spesifikasi penuh boleh check di laman-laman reviews.

Saya pasangkan smartphone ini dengan simcard Hotlink tapi tak dapat line 5G walaupun dalam coverage map Maxis/Hotlink rumah saya dalam liputan 5G. Kat tempat kerja saya juga masih tak dapat 5G. Saya tak pasti jika simcard saya tak support network 5G. Tapi mengikut maklumat yang saya baca, simcard yg support 4G tak perlu simcard baru untuk network 5G.

Kawan saya cakap dia pakai nombor Umobile dan smartphone dia dapat network 5G di tempat kerja kami. Jadi saya beli simcard Umobile di 7E dan buat self activation dengan app My Umobile. Simcard baru ni confirm ready untuk network 5G. Namun malangnya masih tak dapat line 5G di rumah saya walaupun rumah saya termasuk dalam coverage map.

Umobile prepaid starter pack

Saya cuba pula di tempat kerja, namun saya masih tak dapat line 5G di situ.

Saya masih tak try lagi di kawasan bandar, kalau tak dapat juga di kawasan bandar, sama ada smartphone saya memang tak support 5G sebab memang ada variant vivo Y36 yang 4G tapi yang saya beli ni variant yang sokong 5G; atau smartphone ini rosak dan tak dapat detect line 5G.

Sebelum ini saya pernah alami masalah peranti rosak – Sokong 4G tapi tak detect line 4G, dapat line 3G sahaja.

Sebelum ini saya juga pernah alami masalah peranti 4G yang tak sokong network 4G – Telefon Yes Altitude hanya sokong network 4G jenis TDD dan tak sokong network 4G jenis FDD.

Saya tak pasti network 5G ni macam mana ada jenis -jenis jugak ke macam yang 4G yang saya sebutkan di atas. Takut jadi macam kes telefon Yes Altitude – telefon 4g tapi dapat line 3g sahaja. Ada siapa-siapa boleh kasi pencerahan kepada saya? Tinggalkan komen OK!

Tak apa lah dulu, saya masih belum test di kawasan bandar lagi. Kalau di kawasan bandar masih tak dapat network 5G, saya akan refer balik pihak vivo dan kalau perlu saya akan claim warranty jika masalah tak detect network 5G dan perlu dibaiki.

Kalau yang berminat dengan vivo Y36 5G ini, anda boleh beli di Shopee, saya beli dengan harga RM616.87 selepas guna Shopee Voucher dan Shop Voucher. Harga asal ialah RM725.99. Jimat RM109.12, memang berbaloi.

Harga vivo Y36 5G di Shopee

Update 3 Julai 2024

Pada hari Selasa, 2 Julai 2024, waktu rehat di tempat kerja saya dapati telefon saya telah dapat line 5G. Apa yang berlaku sebelum itu ialah beberapa hari sebelumnya telefon saya telah dapat update dan saya telah install update tersebut.

Saya tak pasti adakah masalah saya telah dibaiki dengan update tersebut sebab selepas update, saya guna WiFi rumah sahaja, mobile data saya tutup jadi tak terus perasan sebarang perubahan selepas update.

Apa-apa pun, sekarang di tempat kerja, di rumah, sudah dapat line 5G. Jadi memang berbaloi beli telefon ni. RAM besar, storage besar, bateri kapasiti besar, skrin FHD+, dapat VoLTE, dapat VoWiFi, dapat 5G lagi. Kalau berminat nak beli jugak phone ni, tekan sini sekarang juga!!

Maxis/Hotlink 5G network on vivo Y36 5G
Sudah dapat line 5G

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *