Rangkaian 5G sudah mula beroperasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Maka tiba masa untuk bertukar kepada SIM card baru. Bukan tukar dari 4G ke 5G, sebaliknya bertukar dari SIM card 3G.

Prabayar Hotlink dengan 5G

Saya masih menggunakan SIM Card 3G prabayar Hotlink yang dibeli pada tahun 2006 dan seingat saya langsung tidak pernah ditukar.

Disebabkan smartphones terkini menggunakan Micro SIM dan Nano SIM, maka SIM card saya yang bersaiz Mini SIM langsung tidak boleh dipasang di peranti-peranti terkini dan tersangkut di smartphone yang usang dan bermasalah.

SIM card asal Hotlink dengan logo lama

Malah, rangkaian 3G sudah pun ditamatkan, maka kalau tak bertukar ke 4G, panggilan suara akan menggunakan rangkaian 2G yang kurang berkualiti.

Waktu ini memang masa yang sangat sesuai untuk tukar SIM card baru.

Tukar SIM card baru

Saya mahu tukar SIM card Hotlink saya, kalau boleh ke SIM card 5G.

Saya ke Maxis Center yang terdekat dan proses penukaran sangat mudah dan pantas.

Saya hanya beritahu nombor telefon asal dan serahkan MyKad. Staff akan uruskan lain-lain. Selepas turunkan tanda tangan dan scan cap jari, SIM card yang baru sudah siap.

Saya perlu bayar RM10. Saya ada baca di laman web Hotlink, penukaran SIM card 3G ke 4G adalah percuma. Tapi saya berat mulut untuk bertanya, saya bayar sahaja sebab hanya RM10, saya tak berkira sangat. Kalau lagi mahal, memang saya akan tanya.

Do I need to pay for the SIM swap?

FREE SIM Swap for all non-LTE to LTE SIM (4G SIM).

https://www.hotlink.com.my/en/faq/services/sim-swap/

Yang saya terlupa untuk tanya ialah tentang 5G. Saya terlupa untuk tanya sama ada SIM card baru sedia untuk rangkaian 5G atau sekadar 4G sahaja. Namun melihat kepada kad yang saya dapat, macam 4G sahaja.

SIM card baru – 4G je

Saya tidak akan risau tentang perkara ini buat masa sekarang kerana saya di luar liputan 5G dan saya masih menggunakan smartphone 4G. Apabila rangkaian 5G sampai di kawasan saya dan saya membeli smartphone 5G barulah saya akan fikir pasal perkara ini.

Sebaik sahaja saya keluar dari Maxis Center, ada tempat duduk, saya duduk di situ dan terus test SIM card baru ini. Kalau ada masalah, boleh tanya terus. Memang terbaik, SIM card baru sudah pun aktif.

Masalah baru

Saya tahu selepas menukar SIM akan ada satu masalah baru.

Smartphone yang akan saya gunakan bersama-sama SIM card ini ialah telefon TCL L7 edisi YES.

Mungkin anda sedia tahu telefon dari telco YES ini akan lock network 4G kepada SIM card YES sahaja. Kalau SIM card dari telco lain, hanya boleh pakai 3G. Kerana 3G sudah tiada, maka 2G adalah satu-satunya pilihan.

Kalau untuk panggilan suara sahaja, boleh tolerate lagi walaupun kualiti suara memang rendah. Tapi apa guna smartphone kalau tak boleh menggunakan internet. Saya dulu biasa pakai internet GPRS, speed dia memang nightmare. Browsing dan streaming memang out lah kalau 2G. Untuk Whatsapp boleh lah kot.

Namun, jangan risau kerana ada trick untuk bypass perkara ini. Saya gunakan panduan Youtube ini dan memang menjadi. Sudah dapat network 4G.

Sudah ada line 4G walaupun bukan SIM card YES

Masalah yang masih tak boleh diselesaikan ialah kebolehan VoLTE ataupun panggilan suara melalui rangkaian LTE/4G. Jadi saya masih terpaksa gunakan rangkaian 2G untuk panggilan suara, sms dan USSD code. Bukan masalah besar kerana smartphone ini sekadar sementara sebelum saya tukar yang baru.

By Sanazi

One thought on “Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru”
  1. […] map Maxis/Hotlink rumah saya dalam liputan 5G. Kat tempat kerja saya juga masih tak dapat 5G. Saya tak pasti jika simcard saya tak support network 5G. Tapi mengikut maklumat yang saya baca, simcard yg support 4G tak perlu simcard baru untuk network […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *