Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ada sebuah laptop usang yang jarang-jarang digunakan. Laptop berkenaan mempunyai masalah overheating dan auto shut down.

Laptop yang dimaksudkan ialah Lenovo IdeaPad Z470 yang berusia hampir 10 tahun. Laptop itu jarang-jarang digunakan dan digunakan selalunya untuk connect ke TV yang tak berapa nak smart untuk tujuan streaming.

Laptop ini mencecah suhu 70-80 darjah celcius walaupun hanya menjalankan background processes sahaja. Entah berapa agaknya suhu yang laptop ini cecah sehinggakan dia akan padam dengan sendiri.

laptop overheating - Piriform Speccy temperature reading for lenovo ideapad z470
Suhu pada 77 darjah celcius

Namun dengan masalah overheating ini telah membantutkan penggunaannya. Laptop ini walaupun sudah berusia, namun masih boleh digunakan untuk tugasan yang tidak demanding.

Sebelum laptop ini jadi laptop panggang, lebih baik saya cuba atasi masalah laptop overheating ini dengan menukar dia punya CPU fan.

laptop overheating - replacing cpu fan for lenovo ideapad z470
CPU fan gantian dari China yang dipesan melalui Lazada

Saya sediakan video timelapse proses saya menggantikan kipasnya. Boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=c7Btm0UrSOc atau terus di bawah.

Proses mengatasi masalah laptop overheating

Berikut ialah ringkasan proses yang saya lakukan untuk menggantikan CPU fan laptop Lenovo IdeaPad Z470 saya.

Pertama sekali, saya buka penutup bahagian bawah untuk mengakses CPU fan laptop ini. Nasib saya baik kerana komponen-komponen boleh ganti seperti HDD dan RAM mudah diakses hanya dengan membuka penutup ini.

laptop overheating - replacing cpu fan for lenovo ideapad z470
Buka cover bawah laptop

Setelah CPU fan dapat diakses, cabut kipasnya untuk dibersihkan dan digantikan dengan yang baru.

Tapi sebelum itu, saya tanggalkan dulu fan connector untuk memudahkan kerja.

laptop overheating - replacing cpu fan for lenovo ideapad z470
Bahagian dalam laptop

CPU fan ini perlu dipisahkan kepada dua bahagian kerana spare part hanya datang separuh sahaja, separuh lagi pula adalah sebahagian daripada heatsink laptop ini. Ia perlu dibersihkan dan digunakan semula.

Habuk dan sisa thermal paste perlu dibersihkan. Untuk thermal paste, selalunya TechTubers sarankan dibersihkan menggunakan isopropyl alcohol dengan kepekatan 75%, namun saya gunakan alcohol wipes iaitu isopropyl alcohol 70% sahaja.

Memang sukar untuk bersihkan sisa thermal paste berusia hampir 10 tahun yang sudah keras macam batu dengan alcohol wipes. Dapat buang sebahagian besar pun jadi lah.

laptop overheating - replacing cpu fan for lenovo ideapad z470
CPU fan perlu dipisahkan kepada dua bahagian

Setelah bahagian guna semula dibersihkan, saya pasang kipas gantian yang saya tunjukkan tadi.

Walaupun bilah kipas berbeza namun bentuk fizikal luaran sepadan dengan yang asal apabila dilihat sepintas lalu. Namun lubang skru adalah tidak sepadan, jadi saya hanya boleh skru satu lubang sahaja.

laptop overheating - replacing cpu fan for lenovo ideapad z470
Salah satu lubang skru tidak selari

Bukan masalah besar, bahagian ini berjaya digabungkan dengan kemas kerana bahagian yang satu lagi mempunyai klip untuk memegang dua bahagian itu bersama.

Sebelum kipas ini dipasang semula, sisa thermal paste pada CPU dan GPU juga saya perlu bersihkan.

Setelah CPU fan dipasang semula, langkah terakhir ialah memasang semula fan connector dan penutup bawah laptop. Laptop saya ini siap untuk diuji.

Hasil setelah CPU fan diganti

Kali pertama saya hidupkan laptop sebaik selepas gantian CPU fan, saya rasakan seolah-olah tiada perubahan yang berlaku. Saya rasa kecewa.

Namun setelah laptop saya dihidupkan kemudian untuk streaming Liga Super Malaysia di saluran YouTube unifi pada waktu malam itu, saya dapati suhunya turun dengan agak significant. Dalam 50 ketika idle, dalam 70 ketika digunakan, dan tidak lagi padam dengan sendiri.

laptop overheating - Piriform Speccy temperature reading for lenovo ideapad z470
Suhu ketika idle, sebelum dan selepas CPU fan diganti

Walaupun saya rasa masih tinggi suhunya, tapi suhunya berkurangan dengan ketara dan mungkin sebab kipasnya kecil sahaja jika mahu bandingkan dengan CPU cooler desktop.

Saya sangat gembira dengan hasilnya, laptop ini boleh digunakan jika diperlukan tanpa masalah overheating.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *