Inilah gambar kenangan semasa aku menuntut ilmu di KMPP, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Rindu rasanya untuk kembali semula ke sana. Aku upload dan share dalam blog aku ini untuk tatapan sesiapa yang pernah datang ke sini.
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Banyak tempat-tempat yang aku tak tunjuk. Jadi lah cuma beberapa sahaja. Mengabadikan kenangan pada coretan blog!
Bangunan Kompleks Pelajar (Kompel)
Tempat di mana kami semua berteduh. Kami sebagai pelajar Matrikulasi diwajibkan menginap di asrama yang telah disediakan sepanjang tempoh pengajian dan hanya boleh menginap di luar pada hujung minggu dan kami diwajibkan mengosongkan asrama pada cuti semester dan cuti perayaan.
Pentad
Pentad adalah bangunan pentadbir dimana bangunan ini menempatkan kakitangan kolej, pentadbir dan pensyarah. Masuk sahaja pintu pagar, selepas nampak pondok pengawal, di hadapan itulah letaknya Pentad. Tempat ini memang aku anti sebab cikgu-cikgu semua berkumpul di sini. Semasa aku di KMPP, boleh hitung dengan jari berapa kali aku melawat tempat ini. Itu pun sebab semata-mata hendak hantar report sains. Kalau hendak tunggu aku masuk sebab mahu tanya soalan yang aku tidak faham, memang tidak pernah lah. Aku kalau tidak faham soalan, aku akan pergi tanya member berbanding guru sebab aku memang tidak mesra dengan pengajar, sejak aku kecil lagi.
Last time aku masuk Pentad adalah pada hari terakhir di KMPP sebab mahu jumpa Che Wan (En. Wan Rushdi), tutor Matematik aku masa semester 1, tapi dia tiada, belum habis jaga exam lagi. Che Wan aku sudah anggap macam bapa aku sendiri, dia ini memang baik. Juga mahu jumpa mentor aku, Puan Hasnah Idris, seorang cikgu yang penyayang dan baik terhadap kami, yang kami sudah anggap sebagai seorang ibu, juga dia tiada. Yang penting sekali untuk berjumpa dengan Cikgu Athirah. Sebab ada permasalah kecil antara kami, dia juga tiada, aku memang terkilan sebab tidak dapat hendak selesaikan masalah kami. Cikgu Suhaimi sahaja yang sempat aku jumpa. Aku jumpa, cium tangan dan mengaku yang aku ada ponteng kelas dia kadang-kadang. Aku surrender. Beliau seorang yang humour dan suka buat lawak. Kami semua memang terhibur. Dan cikgu ini juga agak kuat soal agama. Di hadapan Pentad itu adalah Dataran Pelajar. Tempat perhimpunan rasmi diadakan. Tempat pelajar berkumpul pada waktu malam untuk study group. Dan juga tempat untuk budak-budak main futsal pada waktu petang. Yang sedang baring itu, Helmi, room mate aku, kami ronda-ronda KMPP pada hari-hari terakhir, ambil gambar kenangan.
Pemandangan dari bilik aku
Inilah pemandangan dari bilik aku. Yang itu adalah blok perempuan. Kalau ada teropong, memang nampak lah apa yang budak-budak perempuan sedang buat di dalam bilik. Aku ada juga cuba tengok guna mata kasar ni kalau-kalau nampak mereka. Suatu hari, aku ada ternampak seorang budak bawa teropong, tapi tidak tahulah untuk teropong apa, aku rasa betul lah, dia teropong yang tidak elok. Dan kepada budak perempuan, jangan terkejut, di blok C3 dan C5 ada satu port yang dikhaskan untuk mengendap kalian menyidai pakaian di ampaian di luar bilik mandi kalian. Aku di blok C4 tiada port ini kerana agak jauh dari blok perempuan. Kalau tidak percaya, boleh tengok gamba-gambar ini (alamak! ada underwear pulak dalam gambar).
Siap ada kerusi lagi. Yang pecah-pecah tu adalah lubang untuk mengendap. Tapi maaflah, aku tidak buat kerja-kerja sebegini. First time aku tahu ada tempat macam ini, memang aku geleng kepala dengan kepala otak budak-budak yang tidak senonoh ini. Aku ambil gambar semata-mata untuk tunjuk kepada kawan-kawan aku di kampung.
Astaka
Ini adalah pemandangan dari atas astaka, pemandangan bahagian belakang. Siap boleh nampak highway PLUS lagi. Astaka ini merupakan tempat kami berkumpul untuk senamrobik dan sukan semasa kami mula-mula datang ke KMPP, masa minggu orientasi.
Dewan al-Farabi
Juga dikenali sebagai dewan besar. Tempat untuk bermain badminton. Ada tiga court di dalamnya. Juga bertujuan untuk majlis rasmi seperti ceramah, persembahan. Aizat pun pernah buat show di dalam dewan ini. Juga untuk perhimpunan rasmi sekiranya hujan dan dataran tidak boleh digunakan. Dan juga tempat pelajar Sains Hayat menduduki peperiksaan.
Tasik
Ini pula tempat yang paling aku suka di KMPP. Berada di belakang Dewan al-Farabi. Tasik ini mempunyai banyak ikan tapi tidak pasti pula ikan apa. Ikan flower horn pun ada barangkali. Kadang-kadang aku datang ke sini untuk beri ikan makan. Bagi roti, biskut Oat Krunch pun ada juga kadang-kadang. Seronok lihat ikan berebut-rebut makan. Lepas jogging sekali-sekala aku lepak di sini dahulu untuk lepaskan rasa mengah sebelum sambung lari. Di sini lah tempat pasangan-pasangan memadu ‘asrama.’ Dating sana-sini. Tapi tidak termasuk aku lah.
Tiang untuk Memanjat
Tiang ini aku selalu panjat kalau lepak di tasik, tiang ini ada berdekatan kawasan tasik. Yang sedang memanjat itu ialah aku. Masa aku panjat, baru lepas hujan, risau juga sebab licin, nanti tidak fasal-fasal tergelincir.
Bangunan Baru
Bangunan baru. Masih lagi dalam pembinaan. Berdekatan tasik dan dewan, kalau jogging pada waktu petang memang akan lalu kawasan ini. Bilakah agaknya akan siap.
P/S: Gambar-gambar yang aku ambil ini ialah pada hari ketiga dan kedua terakhir di KMPP (kecuali port ‘skodeng’), bertujuan semata-mata untuk mengabadikan kenangan di KMPP. Sweet memories 2010-2011.