Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar kawan-kawan semua? Semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT daripada penyakit yang berbahaya yang kini sedang melanda.

Anda sudah daftar vaksin atau belum? Sudah terima tarikh temujanji vaksinasi atau belum? Sudah dapat dos pertama atau sudah lengkap 2 dos atau belum? Harap-harap jawapan untuk semua soalan adalah ya. Semoga vaksin menjadi satu ikhtiar untuk lindungi diri daripada C0VID-19.

Saya sudah daftar vaksin pada bulan Mac, namun 5 bulan asyik bunyi cengkerik sahaja, sehinggalah saya dapat tarikh untuk dos pertama pada bulan Ogos. Boleh baca entry temujanji vaksinasi saya untuk maklumat lebih lanjut.

Temujanji vaksinasi bertindih dengan temujanji klinik

Walaupun gembira kerana dapat tarikh suntikan vaksin setelah lama menanti, namun tetap menggaru kepala kerana tarikhnya bertindih dengan temujanji klinik.

Bulan Ogos saya ada banyak temujanji klinik, bukan setakat temujanji diri sendiri, malah temujanji klinik dan vaksinasi mak dan ayah.

Tarikh vaksinasi hari Rabu dan bertembung dengan temujanji klinik. Kalau perlu pilih, tanpa perlu berfikir sudah tentu vaksin yang saya pilih kerana kes baru di negeri saya 800-1000 kes setiap hari. Malah, susah payah nak dapat tarikh, kalau cancel, entah bila pula akan dapat.

Saya usahakan untuk tukar temujanji klinik. Malangnya klinik berkenaan hanya beroperasi pada hari Rabu sahaja. Rabu minggu hadapan bertembung dengan temujanji klinik ayah saya. Rabu minggu seterusnya OK, tapi jauh sangat dari temujanji asal. Kalau jumpa doktor pun, sudah basi perkara yang mahu dibincangkan kerana saya ada rawatan lain 2 hari sebelum hari itu.

Staff cadangkan supaya datang juga pada hari temujanji asal dan beritahu staff bertugas saya perlu pulang awal untuk divaksin agar staff dapat dahulukan saya. Saya setuju kerana masa suntikan saya 11:30 pagi. Tapi 11:00 pagi confirm saya harus angkat kaki kerana nak redah traffic jam SJR lagi. Sebab itu saya decide untuk tukar tarikh, tapi tak kesampaian. Jadi let see what will happen. Saya agak berdebar kerana kali pertama temujanji di klinik itu, 8:30 daftar, asar baru pulang ke rumah. Kali kedua dan terakhir, saya tidak ingat tapi dari log parking Touch ‘n Go, at most jam 12 tengah hari.

Hari Temujanji Klinik & Vaksinasi

Pukul 7 pagi saya bertolak ke hospital untuk temujanji klinik. Lagi cepat sampai, lagi cepat daftar, lagi cepat dapat, lagi cepat balik. Dalam 7:30 saya daftar di kaunter pendaftaran hospital, dalam 7:50 saya daftar pula di klinik. Saya beritahu staff ada temujanji vaksin dan staff catat di nombor giliran, ada temujanji vaksin.

Saya memang sakit hati dengan klinik yang ini. Ada 3 buah klinik sebelah menyebelah, klinik lain pukul 8 dah beroperasi, klinik ini saja yang mula pukul 9. Alhamdulillah, beberapa minit melepasi jam 9, staff panggil nama saya untuk terus masuk, tanpa perlu tunggu giliran. Terima kasih diucapkan kepada pihak klinik. Maaf ya pesakit-pesakit lain yang lebih awal, saya ada kecemasan. Kalau ikut giliran, saya yang ke-5.

Selesai pada pukul 9:40 saya terus bergegas pulang. Rancangan asal mahu terus ke PPV, namun saya masih ada masa lalu saya pulang dulu ke rumah. Ada masa 30 minit untuk saya berehat dan minum air dulu.

Sampai di sana, saya lihat ramai orang yang tunggu giliran. Saya tak suka di sini kerana tiada parking. Kenderaan diletak merata-rata di tepi jalan, memang crowded. Kalau di PPV untuk mak ayah saya, memang ada kawasan khas untuk parking malah dekat dari rumah.

Masuk pintu pagar sahaja, terus kena saring suhu, kalau lepas terus ke stesen pertama untuk check in MySejahtera dan serahkan MyKad. Kemudian kena tunggu nama dipanggil di setiap stesen dan bergerak ke stesen yang seterusnya. Selepas disuntik, penerima vaksin akan dipantau kemudian diberikan temujanji untuk dos kedua. Sebelum balik selfie lah gambar “saya telah divaksin.” Saya dapat Sinovac, mak ayah dapat Pfizer. Mujur tak dapat AstraZeneca, yang ni yang ada isu blood clot tu kan? Lagipun masa menunggu untuk dos kedua AZ sangat lama.

Selfie gambar kenang-kenangan. Betul-betul selfie ni, tak nak mintak orang tolong snap.

Dos kedua

21 hari kemudian, masa untuk dos kedua. Hari ini tenang dan tak kelam kabut sebab tidak bertindih dengan mana-mana temujanji.

Walau bagaimanapun, kali ini memang menguji kesabaran saya. Masa menunggu sangatlah lama, tidak sama seperti ketika dos pertama. Menunggu di stesen 1 di luar dewan itu sahaja sudah cecah 1 jam.

Menunggu di stesen-stesen seterusnya, tidaklah lama sangat, not bad. Tapi yang buat saya rasa geram ketika di stesen untuk cucuk vaksin. Ada 2 bilik untuk Sinovac, bilik 1 laju, bilik 2 bukan main lagi dia punya perlahan. Nasib saya tak baik sebab borang saya dihantar oleh sukarelawan ke bilik 2. Geram rasanya kerana ramai yang di stesen-stesen sebelumnya nama mereka dipanggil selepas saya tapi kini meraka disuntik dulu dan dah balik pun sebab mereka dapat bilik 1. Selepas penat menunggu, tiba juga giliran.

Apa-apa pun, saya tidak marah-marah sebab saya faham kalau saya penat menunggu beberapa jam di PPV, para staf dan sukarelawan tentunya lagi penat bekerja sepanjang hari, tiap-tiap hari untuk cucuk vaksin kepada rakyat. Jadi saya tidak marah-marah walaupun memang rasa geram.

Alhamdulillah, saya telah divaksin dan lengkap 2 dos. Vaksin ini sebagai lapisan pelindung C0VID yang keempat. Yang pertama, kedua, ketiga ialah double fask mask dan face shield. Dan pelindung yang utama sudah tentu doa.

#AllahJagaKita

Doa yang boleh dibaca untuk dilindungi dari C0VID-19 (Kredit gambar)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *