Assalamualaikum. Apa khabar semua? Sudah daftar sebagai penerima vaksin atau belum?

Saya sudah daftar dari bulan 3 tapi sekarang sudah Ogos masih krik krik krik lagi.

Kecoh di media sosial kononnya yang daftar lambat dapat dulu, yang daftar awal terus tenggelam ke dasar.

Saya penat semak tiap-tiap hari, kemaskini pendaftaran dari semasa ke semasa, sampai hampir give up vaksin. Ada yang kemaskini tiap-tiap hari. Ada juga yang daftar balik di laman web vaksinasi. Ada yang kongsi tips & trick tapi takde kesan apa pun.

Akhirnya, 6 Ogos 2021, di hari Jumaat, penghulu segala hari, saya dapat tarikh untuk vaksinasi. Yahoo!!! Yabedabedu!!! Alhamdulillah! Thank God!

SMS notifikasi tarikh temujanji vaksinasi C0VID-19
SMS yang bawa berita gembira
tarikh temujanji suntikan vaksin C0VID-19 di MySejahtera
Tarikh temujanji suktikan vaksin

Vaksin ini dan doa sebagai ikhtiar untuk lindungi diri daripada virus C0VID-19, selebihnya serahkan kepada Allah SWT untuk jaga kita.

One thought on “Temujanji Vaksinasi C0VID-19”
  1. […] cengkerik sahaja, sehinggalah saya dapat tarikh untuk dos pertama pada bulan Ogos. Boleh baca entry temujanji vaksinasi saya untuk maklumat lebih […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *