Pengalaman saya renew hosting NetKL pada malam raya. Saya sudah menggunakan hosting NetKL sejak 2016 dan masih lagi menggunakannya hingga sekarang. Sila rujuk panduan beli dan setup hosting NetKL jika berminat.
Sebelum ini saya sudah kongsikan saya sudah renew domain .MY. Kali ini tiba masa untuk renew hosting pula. Macam biasa, last minute baru nak renew.
Namun kali ini, ianya bukan renew yang biasa. Saya baru check invoice, bayaran yang dikenakan adalah kos hosting dan kos domain name. Apa hal pulak ni? Biasanya domain name itu percuma je.
Bila saya contact support, katanya domain .com sahaja percuma, domain .net yang saya guna tu kena bayau la. Nasib baik support masih ada, malam raya ni. Announcement itu sudah lama rupanya, sebaik selepas saya renew hosting tahun lepas.
Jadi saya tanya boleh atau tidak jika saya mahu tukar ke domain .com atau renew hosting sahaja tanpa domain name. Pihak support balas boleh je kalau nak tukar domain name.
Saya beritahu mahu domain perkongsian.com, domain name yang saya daftar sebelum ini tapi tak renew. Bayaran yang dikenakan untuk hosting ialah RM100. Sebelum ini RM90, sebab saya dapat recurring discount RM10 (10%). Pihak support tak tahu kot saya dapat recurring discount ataupun diskaun itu sudah nullified selepas kejadian ini. Saya malas nak tanya sebab dah nak tengah malam waktu tu, malam raya pulak tu, nak tunggu support balas, ambik masa juga. Tapi bila fikir balik, rasa menyesal pulak tak tanya. Dapat tak dapat tu lain citer.
Jadi lepas saya jelaskan bayaran, semua selesai. Domain sanazi.net ( yang tak pakai pun sebenarnya, orang bagi free kita ambik) ditukarkan kepada perkongsian.com.
Pengajaran selepas pengalaman renew hosting ini dan domain name .MY ialah jangan tunggu last minute baru nak renew sebab setiap benda mungkin takkan berjalan smooth seperti yang dijangkakan.
[…] Contoh kesulitan ketika saya mahu renew hosting NetKL. […]