Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama juga blog ini menyepi. Kali ini saya akan buat walkthrough serba sedikit cara-cara untuk withdraw atau keluarkan duit PayPal ke akaun bank tempatan.
Langkah-langkah keluarkan duit PayPal
Mula-mula sekali log masuk ke akaun PayPal dan klik pada butang My PayPal di sebelah kanan atas jika tidak auto redirect ke My Account selepas login.
Klik pada pautan Withdraw Funds yang ada di bawah PayPal Balance.
Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan. Sila pastikan jumlah yang dikeluarkan sekurang-kurangnya RM400 bagi mengelakkan processing fee sebanyak RM3 dikenakan.
Semak buat kali terakhir butir-butir transaksi sebelum teruskan.
Kalau baca kat bawah tu, dia tulis proses withdrawal akan ambik masa dalam 2-3 hari bekerja, tapi ikut pengalaman saya, esok dah selamat masuk dalam akaun.
Email pengesahan juga akan dihantar sebagai rujukan.
Kalau ada yang tanya, akaun PayPal yang unverified boleh withdraw duit masuk akaun bank tak? Jawapan dia, boleh. Setakat entry ini ditaip, akaun PayPal saya masih unverified, so far so good.
Kalau tak withdraw boleh pakai buat shopping ler 🙂 Tapi kalau nak shopping hampir semua merchant mahukan akaun yang verified.
(Update: Saya sudah verify akaun Paypal saya. Panduan untuk verify akaun PayPal, panduan untuk semak adakah akaun PayPal kita sudah verified)
Nak topup duit dalam akaun PayPal? Tiga cara:
1. Link kad kredit atau kad debit dan transaksi akan dicaj ke kad walaupun baki PayPal RM0.
2. Topup pakai bank RHB.
3. Earn some cash online, contohnya join website Paid Surveys etc.
Well, sudah selesai entry kali ini. Semoga bermanfaat.
Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:
Ayie says
Assalamualaikum.
Tuan withdraw ke akaun bank apa ya?
Sanazi says
Waalaikumussalam.
Dulu saya withdraw ke akaun Maybank, sekarang ke akaun BSN.