Alhamdulillah, BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah masuk hari ini. Tahun ini baru aku dapat rasa my first BR1M. Sebabnya, sebelum ini aku adalah pelajar universiti dan menerima Baucar Buku 1Malaysia atau BB1M. Penerima BB1M tidak layak untuk menerima BR1M.
My first BR1M vs previous BB1M
BB1M tak sama rasanya dengan BR1M sebab BR1M dapat duit manakala BB1M pula adalah baucar untuk membeli buku sahaja. Dan, bagi course degree aku pulak, tak perlukan sangat rujukan buku sebab lebih kepada perlukan tutorial video. Kalau betul perlukan buku, buku-buku ini adalah yang diimport daripada luar dan alamatnya, semua baucar habis untuk satu buku sahaja sebab mahal sangat. Disebabkan BB1M tidak boleh pakai untuk beli barangan lain, maka BB1M dihabiskan untuk buku-buku bacaan umum atau komik sahaja dan selalunya buku-buku yang aku terpaksa beli untuk habiskan BB1M disimpan sahaja dan menjadi tempat berkumpulnya habuk-habuk dan microorganism yang lain 😉
BR1M ini sebab duit so boleh la aku pakai untuk beli apa sahaja yang aku nak. BR1M sekarang lebih senang kerana masuk terus dalam akaun bank. Check sahaja akaun bank dah terus ada duit dalam tu. Kalau dalam akaun bank belum masuk lagi, cuba check status di https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=s&y=2016.