Artikel ini menyebutkan betapa aku rindukan sekolah aku. Hari ini (24/05/2011), kerinduan itu sedikit terubat. Aku kembali ke sekolah itu. Dengan member baik aku, Hakim. Atas alasan untuk mengambil sijil SPM. Kalau boleh, aku nak amek gambar untuk upload ke sini. Tapi apakan daya, aku terlupa.
Jejakkan kaki ke sana, sungguh menggamit memori. Apa taknya, masuk sahaja sekolah itu, dah nampak dataran perhimpunan. Tempat dimana aku selalu kena jemur sebab datang lewat, tak siap homework , kesalahan berpakaian etc, ditambah lagi aku berjumpa kawan-kawan junior aku yang still study kat sana. Betapa satunya dan rindunya hatiku nak kembali lagi ke sana.
Aku pegi kejap jer. Sampai-sampai terus masuk pejabat. Dalam pejabat, aku jumpa cikgu Nura. Dalam artikel aku sebelum ini, aku ada ceritakan pasal cikgu Nura. Aku tak tegur pun dia sebab dia tengah sembang. Aku nak tegur jugak tapi dia blah awal, nak pegi kelas kot. Dia dah tak ingat aku rasanya. Takkan ingat lagi kot. Aku batch 2009, kalau 2010, maybe still lagi kot. Tapi takpe, aku sentiasa ingat kat cikgu-cikgu aku.
Masa nak balik, aku ikut jalan belakang. Laluan yang sering aku guna masa ponteng kelas atas alasan nak ke tandas. Memang betul aku ke tandas, tapi bukan sebab nak kencing sangat. Saja-saja ambik angin, so kira ponteng la. Ikut laluan tu aku jumpa cikgu Maziah, cikgu form 1 aku. Borak kejap, lepas tu aku dengan Hakim terus berjalan turun anak tangga untuk ke pagar. Aku jumpa Mister Lokman. Lebih mesra dengan panggilan Sir, kami tegur beliau. Beliau memang seorang yang digeruni, termasuklah oleh aku. Kalau bab-bab ponteng dan disiplin, memang mati la kami kena bahan dengan dia. Aku memang sayangkan beliau. Dan dia pun okey dengan aku sebab dia pernah ajar aku masa form 5. Sejak dari form 1 lagi dia memang care pasal kami. Dan hampir semua pelajar dia kenal. Dulu memang la dia ingat nama aku, tapi sekarang sebab dah lama, ditambah dengan pelajar yang ramai, Sir dah tak ingat nama aku. Bukan itu saja, dia tak ingat aku ni batch SPM yang mana. Sedihhhhh… T_T Tapi takpe sebab dia still ingat kami. Walaupun tak ingat nama. Kami sayang Sir.
Itulah kisahnya aku kembali semula ke sekolah dan mengubat rindu untuk berada di sana. Masa belajar rasa nak cepat-cepat habis. Bila dah jadi alumni macam ni, baru la rasa nikmat ada kat sana. Okay lah, chow dulu.