Memang mengcemaskan
Nak update permohonan UPU
Tapi password dengan nama ibu aku tak ingat
Nasib baik aku ada save password dalam notepad
Aku taip password dah betul dah, tapi takleh login
Aku ingat password salah la
Dia mintak “password” ATAU “nama ibu”, so aku ingat nama ibu tak perlu la
Entah macam mana semua password dan nama ibu yang aku terfikir telah digunakan semuanya ditendang
Puas aku call UPU langsung tak dapat
Ditambah dengan emel yang aku hantar dari semalam tak dibalas
Aku dah mati akal dah time tu
Member aku yang ada kat cc nak update yang dia punya,
Aku suruh dia login untuk aku
Kejutan yang tak terduga, dia boleh login
Aku pun suruh dia datang rumah aku
Aku login sekali lagi
Anak hayam!!!
Kali ini aku login boleh pulak
Sedangkan aku dah key-in password dan nama ibu yang itu tadi
Yang misteri nusantaranya, apasal aku tak boleh login sebelum ini
Tapi bila member aku datang jer, terus boleh
Jeng jeng jeng!!!
Tapi walau apapun, satu kelegaan
Sebab aku dapat update permohonan UPU aku

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *