Kali ni aku nak citerkan serba sedikit mengenai perihal hacking phone bimbit. Istilah ni aku mula tahu bilamasa dulunya aku memiliki sebuah device N-Gage yang unofficial iaitu N73 yang aku dapatkannya dengan sapu yang akak aku punya.

Jangan salah faham N-Gage disini bukan merujuk kepada henset Nokia N-gage, tak kira la yang first (glamer dengan panggilan N-Gage kapak sebab saiz yang besar) ataupun N-Gage QD, tp adalahhenset N-series dan model-model nokia terbaru yang beroperasi dibawah sistem Symbian 9.0 keatas dan berantaramuka (user interface) Nokia Series 60 3th Edition (S60V3). Aku tahu istilah hacking henset ni bilamana aku terbaca forum yang menyatakan semua peranti S60V3 boleh mainkan game N-gage bukan hanya terbatas kepada peranti-peranti N-gage (masa ni hanya ada tiga peranti N-Gage yang official iaitu, N81 dan bla bla bla. dan menjadikan game “Star Wars The Force Unleashed Mobile” sebagai ikon untuk platform game tersebut).

Aku yang pada masa itu tak tahu apa-apa mengenai phone ni mula tergaru-garu tergolek-golek wonder what the hell is that. Selama ni, yang aku tahu, kalau hacking, hacking pakai komputer je lah nak curi maklumat. ni hacking phone sendiri. apa kejadahnya. Lepas itu aku baru tahu apa itu hacking phone. Ia sebenarnya dilakukan untuk membolehkan kita mendapat akses sepenuhnya ke directory sistem (./sys, ./private etc) di dalam peranti kita. Ini untuk membolehkan kita install sebarang softwarehenset tanpa perlu sign installer-nya terlebih dahulu.

hacked
Hacked

Berbeza dengan Symbian yang terdahulu, bermula dengan Symbian 9.0, installer perlu di-sign sebelum boleh di-install dan salah satu cara untuk bypass benda ni adalah dengan hacking phone anda. Cara yang mula-mula feymes untuk hacking adalah dengan install aplikasi “HelloCarbide“, aplikasi ni perlu di-sign terlebih dahulu. kemudian selepas berjaya diinstall, dah tak perlu lagi nak sign apa-apa, just install software yang diingini

Sebut pasal sign, anda diberi pilihan untuk public sign dengan 13 capabilities atau dapatkan certificate yang ada 17 capabilities dari OPDA. Capabilities adalah kebenaran untuk perform sesuatu action. Full 20 capabilities, memang jarang-jarang orang ada kerana satu-satunya cara untuk orang awam dapat hanya dengan request daripada Nokia sendiri, mana mungkin nokia nak bagi.

Aku sebab phone aku unhacked, aku sign pakai 17 capabilities cerificate jer Lama-lama, Nokia naiktaraf sistem security dalam phone, hellocarbide dah takleh pakai. muncul la pulak “HelloOX” dan “HelloOX2“. Berbeza dengan hellocarbide yang perlukan istallation fail-fail sampingan sebelum phone berjaya dihack sepenuhnya, helloOX hanya perlu di-install secara stand alone dan phone berjaya dihack sepenuhnya.

Selepas itu, Nokia naiktaraf sistem lagi, peranti Nokia kini telah kebal dengan HelloOX. muncul la pulak cara terbaru nak hack yang diperkenalkan olehH PNHT dengan menginstall semula “hacked firmware” iaitu memasang semula operating system yang telah di-hack ke dalam phone. Reinstalling firmware boleh dilakukan dengan cara flashing. Dan software yang popular untuk flashing sehingga sekarang adalah menggunakan JAF. Cara install OS sebegini memang banyak kelebihannya berbanding install secara sah menggunakan Nokia Software Updater dan Nokia OVI Suite.

Selain daripada install yang hacked, anda diberi pilihan untuk install CFW (Custimized/Cooked FirmWare) iaitu firmware yang telah diubahsuai untuk prestasi phone dan jangka hayat bateri yang lebih panjang di samping appearrance yang lebih menarik. Tapi kalau flashing ni, risikonya adalah nyata. kalau anda beli phone dengan harga RM2K, maknyanya anda mempertaruhkan RM2k untuk flashing kerana sebarang kesilapan berlaku semasa process flashing, phone anda akan mati permanently ataupun istilahnya, phone anda akan “brick“, kerana bila phone dah mati,henset nokia anda yang besar gajah tu dah dianggap sebuah batu bata (brick) sebab dah xberfungsi. Dan jangan tak tahu atau buat-buat tak tahu, walaupun anda ikut 100% tutorial untuk flashing, peratusan untuk phone brick masih tinggi, buktinya boleh search kat google –“my 5800 dead after flashing“, berlambak forum dan artikel yang menyatakan phone brick/dead selepas flashing. So kalau ada yang terdesak nak flash jugak phone, baik fikirkan dulu baik-baik. kalau kau jutawan takpe la, buat la apa yang kau suka.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *