Bye Bye Digi Infinite 150, mungkin anda sudah tahu Digi sudah tidak tawarkan lagi pelan ini. Telco-telco utama sudah tawarkan internet tanpa had dengan kelajuan terhad dengan tawaran serendah RM30 sebulan, jadi Digi Infinite 150 yang secara asasnya adalah pelan internet mudah alih sudah tidak releven lagi dengan kos RM159 sebulan termasuk tax.
Suatu ketika saya masih setia dengan pelan ini sebab saya jadikannya sebagai talian internet utama di rumah saya menggunakan modem 4G TP-Link. Maxis tawarkan pelan internet 4G unlimited (asalnya dengan had quota) dengan kos bulanan yang sedikit lebih murah. Saya kurang minat untuk tukar kerana kos yang hampir sama. Kemudian Unifi Air pula tawarkan pelan internet unlimited dengan kos RM79 sebulan sebelum tax. Rasa tergoda juga untuk beralih, namun orang cakap kalau tak rosak jangan baiki. Saya rasa OK pakai Digi, kalau tukar ke Unifi Air takut line perlahan pulak.
Tutup akaun Digi
Mac 2022 saya putuskan untuk tamatkan talian Digi Infinite 150 setelah setia dengannya sejak Jun 2018. Saya menulis sepucuk email kepada Digi menyatakan hasrat saya. Namun Digi memaklumkan saya perlu ke Digi Center untuk tutup akaun saya. Saya berkeras dan memberikan alasan serta bukti pengguna lain boleh tutup akaun melalui email sahaja.
Macam mana nak ke Digi Center, saya masuk kerja Digi belum buka lagi, saya balik kerja Digi dah tutup. Akhirnyanya boleh lah terminate dengan email sahaja. 30 Mac 2022, secara rasminya akaun Digi Infinite 150 saya ditutup. Saya bayar bil RM159 siap-siap sebelum hantar email permohonan tutup akaun, ingatkan saya dah bayar habis bil, rupanya bulan April saya terima bil terakhir untuk bulan Mac. Lama sangat melanggan sampai tak tahu bayar bil untuk bulan mana.
Internet sementara
Saya ada simcard YES percuma yang saya dapat menerusi program Jaringan Prihatin, saya masukkan ke dalam modem 4G saya. Dulu saya sangat benci YES, tapi sekarang speed YES boleh tahan, lagi padu berbanding Digi. Malangnya, browsing di PC makan banyak quota, 15GB quota percuma YES Jaringan Prihatin digunakan ibarat air yang mengalir keluar deras dari bekas yang bocor. Nak tak nak kena juga cari internet yang unlimited.
Dilema nak pilih yang mana
Saya dilema nak pilih Unifi fibre atau Unifi Air (4G). Selepas fikir masak-masak, kalau Unifi fibre mungkin port sudah penuh dan terikat dengan kontrak pula tu, saya putuskan untuk pilih Unifi Air.
Ada dua pelan – kalau pelan dengan modem ada kontrak, pelan simcard sahaja tanpa kontrak. Saya pilih pelan simcard sahaja kerana saya sudah ada modem 4G Tp-Link, modem Tenda pun ada jugak. Kalau tak ada kontrak senang nak belah kalau line macam siput.
Hello Unifi Air
1 April 2022, saya order simcard Unifi Air. Saya perlu bayar RM100. Selepas itu saya hanya terima dua pucuk email daripada TM, satu email resit bayaran dan satu email mengandungi butir-butir tempahan. Dan itu je lah yang ada, tiada cara untuk track status tempahan sama ada masih dalam proses atau sudah dipos ke rumah.
7 April saya terima panggilan daripada courier untuk hantar simcard saya. Saya langsung tak expect akan terima pada hari itu. Seperti yang saya cakap, tiada cara untuk check status tempahan saya, langsung tiada tracking number. Kalau saya create akaun di laman Unifi dengan maklumat tempahan sekali pun, saya hanya diberitahu “tiada langganan” dalam akaun saya.
Tempahan dihantar dengan courier Line Clear, pertama kali saya dengan nama courier ni. Ingatkan van syampu yang masuk rumah saya.
Apa yang saya dapat? Courier serahkan satu plastik flyer, sangat nipis. Di dalamnya ada sampul kecik, lagi kecik dari sampul angpau duit raya. Di dalamnya ada simcard dan pamphlet kecik. Itu sahaja, tiada bubble wrap pun. Mujur tak patah simcard tu.
Apa-apa pun, semuanya berjalan lancar, masukkan simcard ke dalam modem dan turn on modem, simcard sudah aktif dan sudah boleh digunakan.
Speed test pertama pada pendapat saya langsung tidak impressive, hanya sedikit atas 20 Mbps untuk download. Tapi itu adalah speed yang sudah dijamin oleh pihak Unifi. Speed upload pula lagi menyedihkan.
Tapi yang itu cuma sekadar speed test, yang mana nombornya mungkin boleh dimanipulasi. Prestasi penggunaan sebenar yang lebih penting. Saya test tonton Astro Go, wow, masa saya pakai Digi, kerap sangat buffering dan gambar jadi pecah dan kabur, padahal kalau tonton Netflix OK je. Tapi dengan Unifi Air, Astro Go video cantik dan lancar. Nice dan puas hati.
Test download dapat dalam 1-3 MBPS sahaja, tapi kira OK lah kalau nak banding dengan Digi, kalau dapat 1 MBPS tu dah kira bersyukur. Digi ni makin lamam makin slow, masa test awal-awal dulu dapat lah juga dalam 5 MBPS, sekarang tinggal kenangan, memang layak pun kena terminate.
Overall, setakat seminggu menggunakan Unifi Air, saya rasa puas hati dan satu langganan yang berbaloi dengan harga RM80+ sebulan berbanding Digi Infinite RM159 sebulan. Saya boleh recommend kepada anda. Tapi bergantung pada liputan kawasan tempat anda lah. Nasihat saya, ambik pelan simcard only tanpa kontrak, kalau line macam siput, senang nak terminate.
Satu lagi perkara, saya masih tak boleh monitor penggunaan internet saya. Bila saya login ke akaun Unifi yang saya buka dulu, dia mintak nombor akaun untuk pengesahan. Masalahnya, nombor akaun takde, kena tunggu bil pertama baru boleh check nombor akaun. Kena tunggu bil bulan depan baru boleh check.
[…] akan pasangkan 4G router ini dengan sim card unifi Air yang saya sedang langgan […]