• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Catatan Harian / Antara Ketam Dengan Kentang

Antara Ketam Dengan Kentang

29/06/2011 by Toji Ali Leave a Comment

Entry kali ni aku buat sebab terlalu geli hati membaca satu artikel kat sebuah blog semasa aku blogwalking.. Bahkan entry yg sama diulangsiar kat banyak blog yg lain. Search je query yg berkaitan dengan yg tu…, keluar banyak result bukan stakat dari blog, malah kat forum pun ada jugak. Entah sapa la pencetus asal idea tu… Aku tak tahu sapa, tapi kepada dia tu,, kredit kepada anda, dan aku mohon kebenaran anda utk ulang siar entry tu ok..

Memandangkan entry tu dah banyak diulangsiar kat blog-blog, so aku tak nak la ulang yg sama, aku cuma nak bagi sedikit pandangan aku mengenai benda tu dan akan modify sikit bagi lebih crisp (kepada pengarang asal, kalau kau terbaca yg aku modd ni, aku mintak kebenaran ye… jgn marah…..).

Sebenarnya,, aku bukannya nak kepoh-kepoh pasal benda yg remeh-temeh camni, tapi aku berpegang pada prinsip “sharing is caring”, benda yg simple-simple pun aku akan kongsi jugak. Lagipun ia sesuai dgn tema blog aku ini iaitu mengandungi luahan hati aku.. Aku tetiba rasa nak shout out pasal ni.. Dan dgn tajuk blog aku ni; “Aku Pasrah”, aku pasrah dgn segala kritikan yg dilemparkan kpd aku dan blog aku.. Kritikan itu sbg pembakar semangat utk penambahbaikan di masa hadapan…

Citer punya citer, dah lari jauh dari title entry kali ni. Dan, yet, aku belum bagitaw apa yg ketam dan kentang tu..

Sebenarnya gini, aku terbaca pasal masalah komunikasi antara menantu terengganu dgn mertua kelantan. Yg menantu ni nak ketam, mak dia pulak tersilap faham kentang.. Aku suka-suka hati bagi nama sendiri iaitu antara ketam dengan kentang.

Kalau nak baca artikel asal boleh search kat google, yahoo. Aku takleh nak bagi link tu pasal aku tak taw saper penulis asal.. Kang tak pasal-pasal, orang lain punyer masterpiece, orang lain yg dapat kredit.. Tak adil la gitu kan..

Berbalik kepada masalah komunikasi tu, si menantu suruh dia punya  mak-in-law beli ketang (ketam), tapi si mak mertua ni tersilap faham menantunya suruh beli kentang…

Yg aku nak sampaikan adalah; sebenarnya, masalah ni jarang-jarang akan berlaku sebab orang pantai timur kalau nak maksudkan ketam, mereka akan sebut kete (kelantan) dan ketang (terengganu) jer. Manakala kalau nak maksudkan kentang, mereka akan letak “ubi” sebelum kete/ketang, iaitu ubi kete (kelantan) dan ubi ketang (terengganu)..

Kesalahfahaman mungkin terjadi sekiranya berlaku dialog di bawah. (Aku dah modify sedikitje dari versi asal).

Menantu : Mok, kalu mok nok gi kkedaa, tulong beli ketang 4 kelo, nati orang bayor..

Mertua  : Begheh!!!

Setelah mertua kelantan pulang dari pasar…

Menantu : Lor,, bakpe mok beli ubi ketang banyok-banyok nih?? Nok wak mender??

Mertua  : La, doh takdi mu oyak suroh beli ketang, mok ingak ko mu nok ubi kentang.. Pahtu mu nok ketang hok mano??

Menantu : Bukang ubi ketang. Orang nok ketang! Hok ade sepit tuh…

Miscommunication seperti yg dlm dialog atas ni mungkin takkan berlaku, pada pandangan aku la, kerana kami orang pantai timur, berkongsi dialek yg hampir sama (ada tang yg sama, ada tang yg beza). Walaupun kami berbeza negeri, tapi kami tidak akan ada masalah komunikasi… Itulah keunikan kami…

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Catatan Harian, Kelas Bahasa Tagged With: Kelantan

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in