Aku bukannya seorang yang bersikap kenegerian dan berpuak-puak. Aku kalau boleh mahu kawan dengan semua orang. Tapi kalau ada orang yang tak boleh nak terima aku, aku tak kisah.
Aku tak suka bila kawan aku selalu berkelompok dengan geng-geng senegeri sahaja dan macam tidak mahu untuk bercampur dengan rakan-rakan dari luar. Lagi aku tak suka bila kawan aku kata dia tak suka bergaul dengan orang luar.
Apa yang lebihnya kami dan kurangnya orang luar? Aku sendiri pun tak faham dengan segelintir manusia ni. Masa aku di KMPP, aku seronok sangat. Kerana ketika ini lah kali pertama aku bermastautin di luar Kelantan dan bertutur dalam banyak loghat.
Lidah sudah biasa cakap Kelantan
Sebelum ini, kalau aku keluar Kelantan aku tibai loghat kelantan aku jer. Aku ingat lagi sebelum aku pergi ke KMPP, aku pergi ke Melaka, masa tu memang s!@L sebab aku nak communicate dengan orang lain pakai loghat Kelantan.
Bukan aku tak reti cakap KL tapi sebab aku tak pernah pun sebut istilah-istilah KL, inikan pula nak cakap KL, memang hampeh la.
Lepas tu, first time kat KMPP, aku nak komplen benda yang aku tak puas hati dekat roomate aku, terkeluar pulak bahasa Kelantan aku.
Teruk, teruk.
Peluang untuk belajar banyak loghat di Malaysia
Berbalik ke cerita asal, di KMPP memang syok sebab masa ni aku mula belajar banyak loghat, sebab aku nak berkawan dengan mereka semua, tak nak berpuak-puak, so aku belajar lah loghat diorang.
Aku tak nak lah berkomunikasi dengan mereka pakai loghat standard sedangkan pakai loghat lagi alami dan lagi mesra, lahir daripada hati.
Aku tak kekok berkomunikasi dalam loghat Utara dan juga loghat-loghat yang lain.
Ada juga loghat yang aku turut belajar walaupun takde pun member aku yang bertutur loghat tu,
tapi dah alang-alang belajar satu-satu loghat je, baik belajar semua kan.
Aku tak faham betul lah, ada sesetengah kawan Kelantan aku yang berkomunikasi dengan orang luar pakai bahasa Kelantan, sedangkan kemungkinan besar orang itu tidak mengerti bahasa Kelantan. Aku cukup senang berkomunikasi dengan member-member aku pakai loghat diorang walaupun memang tak totally fluent loghat tu, tapi consider okay la kan.
Walaupun mungkin ada yang tak senang aku dok bertutur dalam bahasa diorang kerana sebutan tak betul dan sebagainya menjadikan aku ni perosak bahasa diorang.
Tapi aku peduli apa, aku buat bukan aku ada niat nak rosakkan bahasa, aku cuma nak bergaul mesra dengan mereka dan aku nak rasa perasaan bertutur bahasa mereka,
adakah aku akan menjadi seakan-akan ahli negeri diorang?
Suka bergaul dengan semua orang, tidak berpuak-puak
Aku senang sangat bergaul dengan budak-budak Kedah dalam kelas aku, mereka ni friendly dan aku lebih prefer sembang dengan orang kedah berbanding orang penang walaupun loghat mereka sama, tapi ada jugak istilah-istilah yang berbeza sikit-sikit.
Aku juga memang suka kawan dengan budak-budak Terengganu, loghat mereka ni saling tak ubah macam loghat kelantan cuma kalau -am/an/ang kat belakang ganu tukar -ang, kelantan tukar -e dan -ar kat belakang ganu tukar -or dan kelantan memanjangkan sebutan “a” tu. Ada satu-satu part dimana memang tak boleh nak differentiate loghat Kelantan ke Terengganu sebab memang ternyata sama.
Tapi kalau budak Kedah atau Terengganu yang memang betol-betol kamceng dengan aku, aku akan tibai cakap Kelantan juga dengan diorang tuh, sebab kalau cakap bahasa Kelantan, senang aku nak paku (perli) diorang.
Kan kalau betol-betol kamceng, kita suka paku memaku antara satu sama lain.
Room mates dari pelbagai negeri, jangan berpuak-puak
Satu jer yang aku tak pass, aku tak tahu kenapa bila aku berhadapan dengan orang Penang, aku suka paku diorang, terutamanya roomate aku, Helmi. Memang dia kena getah ar sebab aku selalu dok paku dia, lepas tu dia paku aku balik, tiap-tiap hari sampai la habis matrik ni.
Sebut pasal roomates, aku dok kat C4.3.6, roomates aku adalah Bak (KLite), Khai dan budak Helmi tu (dua-dua Penangites). Helmi aku selalu cakap Utara dengan dia, tapi kadang-kadang terkeluar juga bahasa KL. Khai kadang-kadang ada juga cakap Kelantan dengan aku. Bak pula, kalau aku cakap kelantan memang haram dia tak faham.
Syok tau cakap bahasa luar nih. Kadang-kadang orang tertarik untuk belajar bahasa kita kalau kita bercakap dalam bahasa diorang. Ada kawan aku tu cuba-cuba nak cakap Kelantan. Memang habis jahanam hancus lebur bahasa Kelantan jadinya. Bunyi Siam pun ada, kan bahasa kelantan dengan loghat melayu Pattani sama je kan.
Orang Kelantan sendiri pun susah nak cakap siam, dia cakap kelantan bunyi siam selamba jer. Tapi satu yang aku tak penah reti, Bahasa Siam ataupun formalnya, Bahasa Thailand, mak ai susah doe. Aku nak try blajar sebab ada kawan aku tu keturunan Siam.