WordPress adalah salah satu perisian untuk blogging percuma yang popular, ianya terbukti lebih bagus berbanding platform Blogspot atau Blogger dan jauh lebih baik berbanding versi WordPress.com yang ternyata fungsinya agak terbatas. Namun kelemahannya yang paling nyata, kita memerlukan hosting atau server untuk menempatkan blog kita. Justeru itu, adalah elok untuk kita menggunakan servis percuma dahulu sebelum menggunakan versi berbayar, terutamanya kepada yang masih baru dengan WordPress. Boleh juga untuk pasang WordPress pada komputer kita, tapi ‘feel’ dia lain jika hendak dibandingkan dengan versi online. Jadi kali ini, aku mahu share tutorial untuk mendaftar hosting percuma untuk install WordPress padanya. Ada banyak sebenarnya, tapi aku mahu tunjukkan hosting yang aku cuba sebelum menggunakan hosting berbayar. Hosting tersebut ialah Hostinger.
Update: Hostinger tidak lagi menawarkan perkhidmatan hosting percuma. Hostinger mengesyorkan 000webhost sebagai hosting percuma gantian.
1) Pergi ke laman web Hostinger dan daftar akaun percuma. Sila log masuk ke emel dan aktifkan akaun.
2) Sila log masuk ke akaun anda di Cpanel Hostinger.
3) Klik pada submenu +Akaun Baru pada menu Hosting
4) Pilih pelan hosting percuma.
5) Sila masukkan alamat blog. Jika mahu gunakan root domain seperti domainname.com, perlu beli domain name terlebih dahulu dan halakan domain tersebut ke server Hostinger. Sila rujuk panduan tetapan domain name NetKL untuk membaca lebih lanjut cara untuk point domain name ke sesuatu server demgan DNS Management. Sila tujukan domain tersebut ke alamat ns1.hostinger.my, ns2.hostinger.my, ns3.hostinger.my dan ns4.hostinger.my. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila pilih menu butiran/details selepas anda klik pada pelan hosting yang telah didaftarkan.
Sila masukkan kod captcha dan tick pada I agree to the TAC, seterusnya klik pada butang Order.
6) Untuk memasang WordPress, pergi ke akaun hosting yang telah dibuka tadi, pilih pada pemasangan automatik pada kategori website dan pilih WordPress pada kategori content management.
Setelah itu masukkan maklumat yang diperlukan dan klik pada Install. Untuk bahagian URL (The URL to where the application should be installed) biarkan sahaja kosong dan ini akan memasang aplikasi WordPress pada root directory. Setelah selesai pemasangan, blog WordPress korang sudah boleh diakses dengan menambahkan /wp-admin selepas alamat blog, contoh : http://tojiali.subdomain.com/wp-admin
Perlu diingat pemasangan WordPress pada hosting percuma ini kadang-kadang amatlah lama dan kadang-kadang aku rasa macam it would take forever to install. Tak perlu tunggu pemasangan selesai, apabila sudah selesai, akan ada notification email nanti.
p/s: Aku tidak galakkan untuk blogging secara serius dengan hosting percuma ini, jadi aku galakkan gunakan subdomain percuma sahaja dan blogging di sini sekadar untuk mengenali WordPress sahaja. Berdasarkan pengalaman aku mencuba di hosting percuma ini, ianya agak teruk dan selalu ada masalah server down dan blog lambat loading. Tapi harus ingat, you deserve what you pay for, do not expect the best if you pay nothing. Tapi tidak rugi untuk mencuba. Ini adalah salah satu hosting percuma yang ada. Kalau aku ada try hosting percuma yang lain, aku akan try buat tutorial atau review. Daftar akaun percuma Hostinger sekarang.
Kalau nak cuba hosting murah, boleh cuba GempakBox Hosting.
Mohon share kalau artikel ini membantu. Terima kasih.
[…] (contohnya ns1.namahosting.com dan ns2.namahosting.com). Jika belum ada hosting, boleh daftarkan hosting percuma. Atau kalau masih mahu pakai blogspot boleh daftar servis DNS hosting percuma seperti CloudFlare […]