Kalau korang ada banyak video yg di-upload-kan ke satu akaun Youtube, lepas tu tiba-tiba rasa nak tukar akaun baru, so video yg banyak-banyak tu rasa malas jer nak upload semula ke akaun baru. Tambah2 lagi kalau internet slow dan video tu pulak semuanya full HD dan of course saiz besar gedabak.
Cara yg paling senang adalah copy video dari akaun lama masuk dalam akaun baru.
Caranya senang jer.
1. Login dan bukak video manager akaun Youtube yg lama.
2. Tick video yg nak disalin masuk ke akaun Youtube yg baru. Tekan option action dan pilih Creative Commons. Copy link video itu.
3. Bukak pelayar internet yg lain. Login akaun Youtube yg baru. Paste dan buka link video yg telah di-copy tadi.
4. Tekan Remix this video.
5. Tukar My Edited Video kepada nama yg baru dan tekan Publish.
Video itu telah selamat disalin masuk ke akaun yg baru. Boleh Edit Info and Settings macam biasa. Dan jgn lupa untuk tukar balik video dari akaun yg lama daripada Creative Commons kepada Standard Licence. Ini bagi elakkan orang lain edit video anda. Caranya sama mcm di langkah 2.