Hari ini aku nak tunjukkan cara download fail HTML pada peranti Android. Jangan salah faham, ini untuk download fail HTML, bukannya untuk simpan (save) laman web.
Masalah yang dihadapi
Aku ada masalah ini, aku ingin kemaskini entry blog ini tentang belajar loghat Kelantan. Entry yang asal aku gunakan kaedah embed (iframe) fail HTML yang menerangkan pasal loghat Kelantan. Aku mahu kemaskini supaya dokumen itu ditaip terus kepasa entry tersebut tanpa perlu iframing. Ketika ini, blog ini aku jalankan secara offline (localhost) dan tidak ada akses internet. Aku hanya ada internet asas pada smartphone Android aku. Bila aku cari fail HTML tersebut, malangnya ia tiada dalam simpanan, hanya ada versi online. Jadi aku perlu download fail HTML tersebut pada smartphone aku rujukan dan copy-paste. Malangnya, untuk download fail HTML pada smartphone Android bukanlah tugas yang mudah. Bila aku klik sahaja directlink fail itu, fail tersebut akan dibuka secara auto dan tidak akan dimuat turun. Walaupun ada fungsi “Save for offline browsing” ataupun dikenali sebagai “save as…” pada PC, formatting akan lari ekoran saiz skrin yang berbeza.
Download fail HTML dengan aplikasi WebGet
Penyelesaiannya ialah, memasang aplikasi daripada Play Store iaitu webget. Aplikasi ini bukan sahaja muat turun fail HTML, malah akan muat turun semua jenis fail asalkan berikan directlink/hotlink kepada fail berkenaan. Contohnya: http://laman-web.com/gambar.jpg. Fail dari filehosting seperti http://filehosting.com/fileid?=1234 tidak boleh dimuat turun.
Selepas selesai pemasangan, antaramuka aplikasi ini sangat mudah untuk difahami. Ianya ringan dan dapat memuat turun sebarang directlink dengan mudah.
Inilah aplikasi yang mampu untuk download fail HTML dalam keadaan asal. Sebab secara default fail HTML tidak akan dimuat turun sebaliknya dipaparkan terus. Kalau guna fungsi “save as…” source code asal akan berubah lebih-lebih lagi kalau pakai mobile phone. Selain fail HTML, ianya berfungsi sebagai download manager untuk sebarang fail. Asalkan berikan directlink kepada fail target.