Assalamualaikum. Kali ini saya akan tunjukkan cara untuk verify PayPal menggunakan kad debit. Untuk tutorial kali ini saya akan gunakan kad debit Bank Simpanan Nasional (BSN).
Keperluan untuk verify PayPal
1. Akaun PayPal
2. Kad debit
3. Online banking (optional tapi disarankan untuk kemudahan)
Pastikan kad debit anda aktif fungsi-fungsi berikut
1. Oversea Transaction – boleh aktifkan dengan myBSN
2. Online Purchase – boleh aktifkan dengan myBSN
3. Online Purchase on non-secured sites – kena call bank (customer support)
4. Sila set transaction limit jika masih menunjukkan nilai 0 – boleh activate dengan myBSN
5. Pastikan akaun anda mempunyai baki yang lebih daripada RM10.
Cara untuk aktifkan kad debit anda
Panduan ini menggunakan myBSN. Sila rujuk panduan daftar BSN online banking jika belum BSN online banking.
1. Cara untuk aktifkan oversea transaction, online purchase dan set transaction limit.
Log masuk ke myBSN.
Pergi ke Debit Card, tandakan kad debit dan klik pada Next. Sila buat perubahan yang diperlukan, SMS berisi nombor keselamatan akan dihantar kepada nombor telefon yang telah didaftarkan untuk mengesahkan pindaan.
Juga boleh klik pada pilihan yang ada di bahagian kiri skrin.
Tambah kad debit ke akaun PayPal
Jika belum ada akaun PayPal, sila baca panduan buka akaun PayPal. Untuk panduan keluarkan duit masuk akaun bank, sila baca panduan ini.
Log masuk ke akaun PayPal, anda akan dialihkan ke halaman My Account atau sila ke halaman berkenaan jika tidak dialihkan secara automatik.
Sila klik pada pautan “link a card” yang ada di bahagian kiri skrin (mungkin kena skrol dahulu baru nampak).
Masukkan butir-butir kad
Jika anda mengalami error seperti dalam gambar di atas, kad debit anda belum diaktifkan lagi untuk fungsi-fungsi yang saya sudah nyatakan di atas. Sila berhubung dengan pihak bank.
Jika kad diterima, anda akan ditunjukkan logo/icon kad dengan label “NEW” padanya.
Sila klik logo/icon berkenaan. Anda akan diberikan pautan untuk confirm / verify my card. Klik pautan berkenaan.
RM10 akan dipotong daripada akaun bank anda.
Dapatkan kod pengesahan di myBSN
Anda perlu log masuk ke myBSN atau laman online banking bank yang anda gunakan dan cari debit card transaction history. Ini senang kalau pakai online banking, kalau tidak kena call bank tanya.
Duit RM10 akan dipotong serta merta daripada akaun anda. Walau bagaimanapun, rekod transaksi mungkin tidak akan dipaparkan secara serta merta. Jika anda dapat secara serta merta, nasib anda memang baik. Jika belum ada, jangan risau, PayPal sudah beritahu ianya akan mengambil masa sehari ke tiga hari. Dalam kes saya, ianya mengambil masa selama dua hari.
Log masuk ke myBSN > Account Overview > klik pada nombor akaun bank > klik pada butang “Debit card transaction history” > pilih jangka masa transaksi dan klik “Submit”.
Masukkan kod di laman PayPal
Seterusnya anda perlu masukkan kod berkenaan di akaun PayPal anda untuk lengkapkan proses pengesahan.
Log masuk ke akaun PayPal. Anda akan menerima notification di bahagian kanan skrin supaya verify kad. Sila klik notification berkenaan. Anda juga boleh klik pautan “verify my card” yang ada di bahagian kiri skrin.
Masukkan kod 4 digit tadi dan klik butang “Submit”.
Selesai dan akaun PayPal anda sudah verified.
RM10 tu hangus macam tu je ke?
Tidak. RM10 itu akan dipulangkan semula tetapi mengambil sedikit masa. Mungkin RM10 itu akan masuk ke dalam baki akaun PayPal. Dalam kes saya, RM10 itu dikembalikan semula ke dalam akaun bank BSN.
Apabila akaun PayPal sudah verified, senang hati. Kebanyakkan merchant mahukan akaun verified untuk terima bayaran. Kebanyakkan website untuk buat duit online juga mahukan akaun PayPal yang verified baru boleh join.
Sila baca panduan untuk tentukan sama ada akaun PayPal anda sudah verified atau masih unverified.
Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:
Solehah says
Duit dh dipotong rm10 tapi dah 5 hari..xde pon kod…hanye tulis purchase from giro..ke sistem da x same
Sanazi Ali says
Saya pun perasan dia tulis macam tu je sekarang bila shopping online. BSN dah tukar sistem la tu.
Solehah says
Da dipotang 10 tapi x de kod..cume tulis purchase from giro..dah 5 hari..knp ye..ke da tukar sistem
Sanazi Ali says
Saya pun perasan dia tulis macam tu je sekarang bila shopping online. BSN dah tukar sistem la tu.
Nur hafizah bulia says
Salam tuan. Saya sudah buka akaun paypal cuma saya belum upload Ic saya. Credit card dah bank kad belum. Cuma masalah saya sekarang akaun saya tak sama dengan akaun yg cari lihat di YouTube utk verify atau upload Ic dan sebagainya
Zaini says
Assalamualaikum,
Bolehkah sekarang verified akaun PayPal dengan kad debit BSN?
Sanazi Ali says
Waalaikumussalam. Rasanya susah sebab dah tak boleh tengok kod di mybsn.
Lien says
Kalau bank tak tunjuk kode transaksi tu macam mana ya..? Paypal da potong da rm10 tu..bsn online pun tunjuk -rm10 dari akaun tapi tak da kode. Da 4 hari da
Sanazi Ali says
Rasanya sekarang BSN dah tak tunjukkan kod dah. Dah tukar sistem.
Kin says
Aik nape Saya xde “Debit” Kat myBsn
Kina says
Lepas. Update Kat bsn tu . Kene tngu brape lama? Or boleh buat lepas tarikh letak tu ??? Tolong jawap ty.
Am says
Asalam bro….pastu kalau paypal dh tolak rm10 tu tapi kod xkeluar jugk nak buat cane??
Toji Ali says
Wslm. Tutorial ini dah outdated sebab BSN dah tukar sistem. Kena call BSN untuk dapatkan bantuan.