UPSI yang pada awal penubuhannya pada 1922 dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC), kemudian ditukar nama kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada 1957 kemudian ditukar lagi kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) pada 1987, dan ditukar kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1997 dan kekal sehingga sekarang.
Secara sengaja tapi tidak disangka-sangka, aku dapat melangkahkan kaki ke salah satu universiti tertua dan gah di Malaysia. Aiseyy. Tumpang glamer sikit. Registration pada 7 september 2011, sesi ke 4 pada pukul 2.30-4.30 petang. Bertolak dari Melaka melalui PLUS terus ke tempat pendaftaran di kolej kediaman. Sampai 2 jam awal sebelum registration, nak dijadikan cerita, pergi round-round bandar dan kemudiannya sesat sehingga terlalu tol PLUS untuk kali kedua. Memang duit melayang sakan dengan sia-sia. Sampai-sampai balik ke sana, sedang elok sampai masa untuk registration. Aku menetap di Kolej Harun Aminurrashid ataupun KHAR untuk singkatan, dibaca sebagai K-HA.
Hari orientasi memang memenatkan. Tidur lewat, kena bangun awal. Dah la kena tunggu bas nak ke lokasi aktiviti di kampus utama. Kat sini ada 2 lokasi kolej kediaman, 2 kolej setiap lokasi, kolej harun aminurrashid, khar dan kolej ungku omar, kuo di taman bahtera manakala kolej za’ba, kz dan kolej aminuddin baki, kab di kawasan berdekatan kampus di proton city.
Kampus ada tiga dua, kampus utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di tanjung malim, kampus yang akan dibuka, kampus Sultan Azlan Shah dan kampus sewa/sementara di Proton City. Kampus di proton city memang menarik, nampak maju.
Hari ketiga orientasi, hari bacaan ikrar dan angkat sumpah sebagai mahasiswa/i upsi, ataupun mahasiswa/i dikenali sebagai anak kandung suluh budiman. Kena pakai baju melayu hitam pada hari yang panas terik. Dah la beritahu mengenai pakaian itu pada last minute, orang dah beli baju melayu siap dah pada masa tu, terpaksa la beli baju yang baru.
Hari keempat orientasi, pada waktu pagi ada taklimat PTPTN dan pada waktu malam ada konsert ala-ala jomheboh kat padang. Hari kelima orientasi, pagi-pagi lagi kami dikerah untuk buat kerja amal memungut sampah di pekan, kemudian ada permainan sekitar kampus, kami yang pada masa itu tak arif lagi mengenai environment kawasan kampus, terkejar-kejar mencari tempat. Malamnya ada taklimat live daripada menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Baru sekarang dapat update blog, busy. WiFi ada tapi kena tunggu sebulan baru boleh guna. Laptop pulak takde, ni aku bedal pakai handphone aku dan pakai WiFi di library.
Pada minggu pertama pengajian, minggu kedua di upsi, pada hari Khamis malam Jumaat. Telah diadakan satu spotcheck gara-gara kehilangan laptop. Mana mungkin dapat tangkap. Kalau curi tentulah bawa keluar awal-awal, takkan simpan dalam bilik punya. Dah la masa tu aku tengah mamai. Maklumlah. Keesokkannya cuti, aku tidur awal. Tiba-tiba member kejutkan katanya ada spotcheck. Mati-mati aku ingat hari dah pagi pukul 7 pagi. Tengok kat jam telefon, “apasal la hanphone aku tunjuk pukul 1:30 pagi? Rosak ke?” Rupanya baru aku tahu, aku ni dah mengigau ni.
Adoi. Penat, penat, main dengan orientasi ni.
Minggu ke-3, WiFi dah boleh guna. Tapi sayang aku takde laptop. Buat masa sekarang, pakai phone dulu.. Nanti cuti mid semester baru nak beli. Try download pakai laptop member, laju bapak. Tapi bila ramai guna. Siot lembap.
bila diberi peluang nk pilih kolej kediaman,,kd mane yg paling best??
entah la tp sy di KHAR, kt sini rasa lebih ada life sbb di luar ada byk kedai, nk g KL senang, ada bas SKS-KL kt tepi jer, dekat dgn pekan dan Kampus lama. Pasar mlm KHAR tiap2 hari jumaat
KAB/KZ bdk2 ni kata jumaat sabtu klau nk makan kena dtg KHAR, tp dekat dgn kmpus baru tp mostly
kelas di kmpus lama so kalau yg naik bas kena tunggu bas awal2..
KUO baru dh pindah dr sebelah KHAR ke dlm kampus baru, internet di kolej so far xde, mkn pun budak2 sana komplen..
So, in my opinion, KHAR terbaik kot..