Sebelum ini saya kongsikan sebab penebusan ePenjana RM50 tidak berjaya. Kali ini saya share panduan untuk tebus ePenjana RM50 dengan Touch ‘n Go eWallet.
Tapi sebelum itu, pastikan anda penuhi syarat-syarat berikut untuk memohon:
- Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas
- Pendapatan tahunan bawah RM100,000
- Mempunyai akaun MySejahtera
ePenjana RM50 ini boleh ditebus melalui 3 eWallets berikut:
- Boost
- Grab
- Touch ‘n Go
Saya juga sediakan panduan versi video yang boleh ditonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=zn-SqmMSXGk atau di bawah.
Seperti yang diberitahu, saya akan gunakan Touch ‘n Go eWallet. Jadi pasang dulu aplikasi TnG eWallet.
Selepas pemasang selesai, daftarkan akaun percuma anda. Anda akan melalui proses yang mana perlu untuk scan gambar MyKad dan juga “selfie.” Proses ini diperlukan untuk mengesahkan identiti anda.
Setelah proses pengesahan identiti selesai, anda boleh menebus ePenjana RM50 di aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Jika tiada sebarang masalah, RM50 akan dikreditkan ke baki eWallet anda. Sudah boleh belanjakan. Saya pakai untuk online shopping di Lazada.
Semoga panduan ini bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.